Salji yang turun semakin hari makin tebal. Takde tanda-tanda nak cair lagi. Seronok tu dah berkurangan sikit. Tinggal sejuk dan penat yang ada. Kali ni tak semangat pun nak buat snowman. Malas ah nak berlama-lama kat luar rumah.
Sejuk.
Amboi, mentang-mentang dah masuk kali ke enam merasa salji. Kerek eh bibik ni.
:P
Takdelah kerek mana. Keterujaan terhadap salji dah menurun. Dulu yelah, sanggup menahan sejuk semata-mata nak main salji. Sekarang, tulang dah tak kuat. Nyilu rasa bila pegang salji lama-lama. Dalam rumah pun bila sejuk terasa lenguh badan. Errkk.. badan banyak angin kot eh.
Ni dah masuk hari ketiga. Rasanya seluruh Bumi Permaisuri ini dah diselaputi salji. London taklah tebal sangat salji. Kawasan South East London ni adalah dalam tujuh atau lapan inci tebalnya. Kawasan paling teruk sekali di utara England. Lebih sepuluh inci ada rasanya. Tak kurang jugak yang turun nipis sahaja. Sabar eh. Nanti dah turun lebat. Mahunya tak larat nak main snow fight. Enjoy dulu jalan laju-laju takde salji. ;)
Ini adalah sedikit gambar salji buat tatapan kawan-kawan yang sukakan suasana bila salji turun. Moga ianya dapat mengubat rasa teringin nak berada di sini. Insyaallah, satu hari nanti korang pun dapat merasa.
Saya doakan ye. :)
Greenwich Park.
Nama-nama yang minta saya tulis di salji ada yang dah saya tuliskan. Ada dua tiga orang belum ditulis.
Cuma saya nak minta maaf di sini. Saya tak beritahu awal. Saya tulis untuk mereka yang dah berkeluarga dan individu solo sahaja. Bagi yang belum berkahwin (baca : couple) saya tak dapat nak tunaikan hasrat anda. Sebagai ganti saya tulis nama anda seorang sahaja. Harap anda faham.
Nanti saya emailkan. :)
3 comments:
irma, tiket balik dah kompem ke? saya bujang 2 minggu bulan 12 ni, hehe
akak..blh tuliskan nama saya,suami dan anak kami x kt snow.. Siti,Nazri dan Irdina..email saya irdina09@hotmail.com boleh yer kak?
Hee lawanya view.. Whitey! <3
keje kat sana eh?
Post a Comment