Saturday, April 30, 2011

Kate Middleton's Gorgeous Evening Dress.

Assalamualaikum wbt.


sumber :  Google.

Satu lagi gaun yang dipakai oleh Catherine Middleton untuk meraikan perkahwinan mereka di sebelah petang. Bagi saya, apa pun baju yang dipakai cantiknya bukan kerana mahal atau murah. Cara si pemakai menggayakan baju tersebut menentukan cantik atau tidak. Contoh macam Kate ni lah kan.




Mode Royal Wedding. Dah masuk empat kali duk tengok ulang tayang dekat TV. Bukan tengok sangat pun. Sambil duk buat muffin dan cake ni saya buka ajelah channel apa pun. :)


Friday, April 29, 2011

Kate Middleton's Wedding Dress.

Assalamualaikum wbt.







Dah dapat tengok. 

Semestinya semua orang teruja kan nak tengok wedding dress yang dipakai oleh Kate Middleton. 

Simple.  Elegant. Modern.

Semestinya sangat cantik.

"Less is more."

Sweet ja tengok dia senyum.

*

*

*

Sekarang mesti London Tube Station dan perkhidmatan bas sesak dengan manusia. 

Phewwww...!!


Berkampung Depan TV Sempena Royal Wedding.

Assalamualaikum wbt.

Salam petang Jumaat.


Saya yakin ramai yang dah mula  berkampung depan tv masing-masing.  Bukan setakat Malaysia. Satu dunia.

Korang nak tengok apa?

Saya nak tengok gaun Kate Middleton.

:)


Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday (5)

Assalamualaikum wbt.

Asal tiba hari Rabu je mesti nak buat Wordless Wednesday. Alasan untuk tidakbercakap panjang di blog. Hanya satu gambar mampu menghuraikan 1001 makna. Macam gambar di bawah ni kan.


Menuntut ilmu dari guru sudah. Sekarang kita belajar dari buku pula. 

=)

Saturday, April 23, 2011

Masih Dalam Proses. Maaf Jika Anda Tertunggu. Senyum.

Assalamualaikum wbt.



Salam hujung minggu di petang Sabtu.

Senarai peserta Cabutan Bertuah Irma DiLondon sudah diprint. 

Maaf jika buat anda tertunggu-tunggu keputusan 12 (barangkali lebih) pemenang yang bertuah. 

Terima kasih kerana anda seorang yang sabar. 

Moga kesabaran kalian akan dibalas olehNYA.

Senyum.  Tak perlu kata apa-apa. Senyum.

=)




Thursday, April 21, 2011

Tamat.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Dah tamat tarikh dan masa Cabutan Bertuah Irma Di London.

 Nantikan siapa 12 yang bertuah.

atau

mungkinkah tuan tanah akan menambah hadiah.

Tungguuuu..!!

 =)


Wednesday, April 20, 2011

Irma Di London : Cabutan Bertuah (1)

STICKY POST SEHINGGA 20 APRIL 2010. ENTRY TERBARU ADA DI BAWAH.

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dijanjikan sempena meraikan Followers yang dah mencecah 282 orang. Saya menganjurkan satu cabutan bertuah buat semua yang sudi datang singgah apatah lagi membaca blog ni. Lagi best, ramai yang dah cuba resepi yang ada. Tambah saham akhirat saya. Terima kasih.

Irma Di London : Cabutan Bertuah (1)

Syarat-syarat :

Pertama :

 Sekiranya anda FOLLOWER blog Irma Di London. Anda layak mendapat DUA cabutan bertuah.

Sekiranya anda PEMBACA blog Irma Di London. Anda layak mendapat SATU cabutan bertuah.

Cara-cara :

Tinggalkan alamat email atau alamat blog dan nyatakan sama ada anda follower atau pembaca blog ini.

Contoh :

Follower - niel_2203 [at] yahoo.com atau  http://irmadilondon.blogspot.com

atau

Pembaca - niel_2203 [at] yahoo.com

Cabutan bertuah ini bermula 4 April 2011 berakhir 20 April 2011 jam 12.00 tengahmalam.




Hadiah-hadiahnya ialah -

2 helai Tshirt London

1 keping tin cenderahati tempat-tempat di London

3 kotak Notecard (setiap satu mengandungi 12 keping notecard dan sampul)

3 keychain pengetip kuku London

3 keping fridge magnet London

Bermakna, ada 12 cabutan bertuah yang akan dilakukan.


Penyertaan yang tidak lengkap secara automatik akan terbatal.


Mudah kan. Jom tinggalkan komen ramai-ramai..!

Sebelum Jam 12.00 Tengahmalam.

Assalamualaikum wbt.


Ada lebih kurang dua jam tiga puluh minit lagi sebelum Cabutan Bertuah Irma Di London akan berakhir. Sementara menanti jam tepat 12.00 tengahmalam tuan tanah nak melayan minum teh sambil makan macaron dulu ye. Jumpa lagi nanti. =)

Siapa yang nak join cepat-cepat. Ada masa lagi. 

Tuesday, April 19, 2011

Macarons From Nathalie's Gourmet Studio.

Assalamualaikum wbt


Oooo. Aku tergoda. Aku tergoda TERkeciwa.

Dari kerana mata.


=)


Monday, April 18, 2011

Macaron Class at Nathalie's Gourmet Studio, Solaris Dutamas (3).

Assalamualaikum wbt.

Ada dua komen di blog yang saya mahu jawab di sini. Boleh bebel panjang-panjang dan ramai yang boleh baca.

1- macarons tu ap ya??? cookies is it??? aduyai... cam ketinggalan plak rasa tetiba...huhu...tau makan jak..yg laen suma tolak tepi...ni la akibatnya...hehe... Picairin.

Meh nak terangkan biar jelas. Macaron adalah sejenis kudapan/biskut dibuat dari telur putih, badam kisar dan gula caster. Nampak mudah kan bahan asas yang digunakan. Tiga je. Ada lagi bahan lain. Food colouring. Bahan buat filling. Apa yang membuatkan macaron ni mahal adalah bergantung kepada bahan dan teknik pembuatan yang memerlukan kos yang tinggi. 

Silap teknik akan jadi mangsa tong sampah. Sedih. Makan dalam Oo. Tak lama. Lepas tu semangat nak buat datang balik. Betulkan pencinta macaron? ;)

Macaron berasal dari Perancis. Kat sana macaron yang terkenal datang dari Laduree atau Pierre Hermes.

Macaron yang betul menjadi mempunyai permukaan yang rata dan ada feet. Rasanya crispy diluar dan chewy di dalam. Semestinya macaron mempunyai rasa manis. Manis sangat. Jangan gelabah okey. Meh nak bagitau. Nak rasa sedap masyuk, cuba makan macaron dengan teh O pudina tanpa gula. Sedap. 

Nak bagitahu lagi. Macaron tak sama dengan biskut yang boleh dimakan sampai 10 biji sekali jalan. Tak pasal-pasal ada yang dapat kencing manis pulak. Saya pun bila beli excited sampai 15 biji sekali borong. Nak warna tu. Nak warna ni. Bukan beli sebab perisa. Beli sebab warna. ;P Bila makan, saya makan sebiji atau dua pastu simpan. Macaron dari Nathalie Gourmet Studio boleh tahan sampai 10 hari kalau simpan dalam peti ais. Tak yah la kalut perabis sekali jalan kan. Kita enjoy sehari dua biji sambil gigit sikit-sikit. Nyum. Nyum.

Harga mahal. Satu bergantung pada bahan yang diguna. Ada yang guna bahan murah, boleh la jual dengan harga murah. Guna bahan mahal, takkan la nak jual murah kan. Bagi saya lah, bila cakap hal makanan. Tok sah la berkira sangat. Barang lain yang berharga beratus ringgit atau beribu riban boleh beli. Takkan macaron harga seketul RM1.80 atau RM4.40 tak boleh beli. Kita bukan nak makan hari-hari macaron ni. Sekali melabur untuk membantu orang melayu berniaga. Apa salahnya kan. ;) 

Nak bagitahu lagi, nak buat macaron ni memerlukan peralatan yang bukan boleh beli dengan harga RM10 atau RM50 saja. Bukan pakai periuk, sudip atau dapur gas sahaja. Tak. tak. Macaron tak pandang peralatan macam ni. Dia nak baring atas silpat yang berharga RM65 sekeping. Nak diukur suhu dengan digital thermometer yang berharga ratusan ringgit. Dah siap nak duduk dalam peti ais memanjang. Sekadar menyebut beberapa perkara sahaja. Itu kami sebagai pembuat macaron tak kisah. Dah minat kan. Stand mixer harga RM2k pun sanggup beli.

Saya dah belajar buat macaron dari tiga orang cikgu. Kesemua menggunakan peralatan yang berbeza. Uisshhh. ~kesat peluh~ 

Cukuplah cerita pasal biskut mahal ni ye. Harap korang dapat gambaran serba sedikit tentang biskut yang sedang mendapat tempat di hati perempuan comel di luar sana. =)

Sambung cerita kelas pulak.






Bila dah siap dikeringkan. Masa untuk letak filling pulak. Nathalie tunjukkan macamana nak letak filling. Kemudian, dia serahkan semuanya pada kami. Nak letak banyak ke. Sikit ke. Terserah. 


Nyum. Nyum. Masa ni dah tak sabar nak rasa. Tunggu Nathalie bagi lampu hijau saja. 



Macaron Chocolate ni sedap bagi sesapa yang suka dark choc. Saya kurang sikit sebab ada rasa pahit. Saya tahu chocolate mesti lemak berkrim disukai ramai. eheh. 

Saya silap. Saya silap. haha. Macaron atas ni saya makan masa dalam kelas. Tu yang rasa pahit. Terbaru. Selepas dua hari macaron chocolate ni disimpan dalam peti ais. Baru sekejap ni saya rasa. Masyaallah. Sedapnya. Tak tipu. Sungguh. Betul. Dah tak rasa pahit sangat. Saya makan dua biji tanpa rasa bersalah. Sedap sungguh..!



Raspberry macaron bagi sesiapa yang suka filling masam. Auww.. masam ya ampun. Sampai merembes air liur sambil menaip ni. Terasa masam walau tak makan.



Yo, doblas biji macaron yang sedia untuk dibawa pulang. 



Siap. Buah tangan dari Nathalie's Gourmet Studio.




Terima kasih Nathalie. Memang profesional sungguh cara dia bekerja. Bukan setakat dia saja. Saya tengok semua kakitangan yang bekerja pun sama. Tekun bekerja. Serius. Sampaikan pekerja Indonesia yang bekerja pun bukan calang-calang pekerja. Speaking London lagi. Wehooa. Sampai saya pun terdetik dalam hati. "Macam best je keja dengan Nathalie. Nak keja basuh perkakas la dengan dia. Hari-hari boleh tengok dia buat macaron." Punyalah teruja tengok studio dia sampai boleh pikir macam tu. heheh.

Rasa nak je pegi lagi kelas dia. Seronok. :D


Ok bagi sesiapa yang nak merasa macaron Nathalie. Ini alamat dia. 


Nathalie's Gourmet Studio 
Unit A4-1-5 - Solaris Dutamas  
Jalan Dutamas - 50480 Kuala Lumpur


03 - 6207 9572


http://www.nathaliegourmetstudio.com/

Bila dah sampai depan bangunan  Solaris Dutamas  tu kan. Dongak atas belah kanan. Nanti nampak signboard dia. Nak best jom la ajak saya. hehe.

Sesiapa nak join kelas dia bagitahu saya. Eh. Ada pulak. ;P

Sila rujuk tarikh di website Nathalie Gourmet Studio. Klik dekat cooking classes. Ada kosong. Telefon dia dan tempah tempat. Nanti dia akan hantar email untuk prosedur seterusnya. Jangan risau pasal bahasa. Nathalie punya english boleh difahami.  

Ok. Habis dah cerita pasal kelas macaron bersama Nathalie. Cerita macaron takkan habis. ngee.

Sekian. =)




Sunday, April 17, 2011

Macaron Class at Nathalie's Gourmet Studio, Solaris Dutamas (2).

Assalamualaikum wbt.

Mari menyambung cerita macaron. Mood sangat baik hari ni. Momentum bermacaron masih di tahap tinggi. Jom lah tengok apa cerita lagi ye.

Selepas Nathalie menunjukkan cara-cara membuat macaron raspberry. Tibalah giliran kami menunjukkan kebolehan dan kefahaman kami dalam membuat macaron. Waahh. masa ni takut la jugak. Mana tau kena dekat tangan kami tak menjadi ke kan. Bagusnya Nathalie ni dia seorang yang tenang. Macamana kalut pun kami dia tetap relax ja. Mulut dia tak pernah berhenti dari memuji.

Perfect. Perfect. Perfect.

Anak murid mana tak bangga kan. Kembang kuncup hati bila cikgu kata perfect. Buatnya bukanlah banyak mana pun. Cuma godek adunan tu bagi sebati. Buat sorang sikit. Setiap langkah tu penting. Silap langkah, jatuh sapa nangis. Kami jugak. ;)



Masa genting. Bukan pegi Genting. ;P

Tengok muka cuak sapa tu..? keh keh keehh.


Dengan cikgu sekali muka cuak. 

Cikgu cuak. Tipulah kau ma. Mana ada. Dia dah buat beribu-ribu lemon. Dah tahu kat mana kurang kat mana terlebihnya. Jangan risau ma.


Semua orang dapat peluang. Piping adunan sorang sikit.


Ehhh... eehhhh... anak siapa ni..?


Mencuba bakat mengadun. Nampak senang. Kacau. Kacau. 


Tengok.. tengok.. budak tangan Parkinson buat. ;P

Saya suka bila Nathalie betulkan adunan yang cacat.

Memang terbaeekk..!


Dalam hati ada taman betul bila tengok 'feet' dah keluar.


Dah terbaring selepas siap dibakar dan dikeringkan.

Tak sabarnya nak letak filling pulak.


Ok. Masa untuk menyediakan filling.


11 orang dalam satu kelas. Oklah kan. Kelas besar. Selesa. 

Boleh main kejar-kejar dalam kelas okey.


Salted Caramel Macaron. 

Oh.. oh.. oh lihatlah warnaku. ~macaron gediks~

Inilah keistimewaan macaron Nathalie. Warna dia memang tersendiri. Lain dari macaron tempat lain. Itulah kelebihan dia. Kami pelajar dia pun tak boleh nak tiru. Pewarna tu memang datang dari Paghi. Woiit.. bukan Parit. Ate korang silap sebut. Paris lah senang citer. Dia sendiri tak dapat nak tolong kami belikan pewarna. Pendapat peribadi saya, itulah strategi dia. Kalau dia bagi rugilah kan. Orang lain jual macaron dengan harga yang murah ( sekupang dua) dapat menjamu mata dengan rupa sama macam macaron Nathalie.

Saya terfikir kenapa dia tak tunjukkan botol pewarna yang digunakan. Boleh juga saya cari dekat internet atau minta kawan-kawan belikan dari UK. Ehmm.. itulah. Tak dapek den nak tengok. Dia dah letak dalam sudu siap-siap. Rupa botol atau peket pewarna pun ngak ada. Kalau korang nak warna cantik boleh beli di Nathalie Gourmet Studio. 

Pengalaman kawan-kawan yang guna pewarna sedia ada di pasaran memang tak dapat nak tandingi warna macaron Nathalie. Warna dia memang lain. Haiiishhh, jeles ni tau. 

Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sekiranya Nathalie bagi semua kat pelajar dia. Bankrup la dia kan. Jadi nak jadi macam Nathalie kena usaha sendiri. Buat kajian. Cari pembekal yang dapat jual pewarna serupa  macam Nathalie. Kejayaan takkan datang bergolek. Jatuh, bangun, kritikan dan pujian orang ramai tu lah yang akan mematangkan kita. Ewaahhh, kamu cakap macam dah buat macaron untuk menjual. ;P Saya tulis berdasarkan pemerhatian mereka yang dah berjaya dan sedang menuju kejayaan. 


Bersambung lagi.



Macaron Class at Nathalie's Gourmet Studio, Solaris Dutamas (1).

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Semalam angan-angan hari ini bertukar menjadi kenyataan. Sampai sekarang saya masih teringat-ingat keseronokan bersama Nathalie membuat macaron dari mula sampai habis. Seronok dengan kawan-kawan yang sama-sama mempunyai minat yang mendalam terhadap macaron. Teruja ( wow) dengan studio Nathalie yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi. Semuanya bergabung menghasilkan kelas yang hebat lagi mantap. Kebaboomm..! Segala tip dikongsi supaya hasilnya seperti yang diidam-idamkan semua. 

Satu ja tak boleh kongsi. Ini atas permintaan Nathalie sendiri. Resepi. Katanya, kami boleh ambil sebanyak mana pun gambar tetapi harap tidak disebarkan di mana-mana. Apalagi, jom daftar kelas macaron. Gerenti berbaloi. Sangat.! 

Hollaaahhh...! Andai RM220 tu seperti RM2.20. Mahu saja saya pergi kelas Nathalie selalu. Seketul macarons pun tak dapek den nak beli. Separuh ja dapat. Mana cukup..!

Malam semalamnya, Jumaat. Saya tak tidur lena menyiapkan tempahan empat biji kek gula hangus. Sedang elok menyukat tepung dan soda bikarbonat. Boleh pula saya TERLUPA beli soda bikarbonat baru. Masyaallah, macamana boleh lupa pun saya tak tahu. Sedih dan geram dengan perangai sendiri mengenangkan kelalaian yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Alhamdulillah ada mak. Terima kasih mak kerana menyiapkan dua biji lagi kek pada pagi Sabtu semalam.

Pagi Sabtu seawal jam 7.15 sudah bersiap sedia. SEMANGAT SUNGGUH. Sebenarnya saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Teringat kes kelewatan pada kelas pertama bersama Kak Rina. Jadi kali ni tak sempat langsung nak ambil sarapan pagi sebab nak cepat sampai.

Nahh. nak sangat sampai cepat kan. Memang cepat sungguh saya sampai Duta Solaris. Seawal jam 8.35 dah bertangga di depan bangunan. Dalam hati apalah aku nak buat ni. Studio Nathalie dah sah-sah tak buka lagi. Jalan-jalan di sepanjang deretan kedai nampak PappaRich yang seawal pagi menunggu pelanggan menjamu selera. Malas nak pikir kedai lain saya pun masuk PappaRich untuk mengalas perut. Alhamdulillah, kenyang.

Jam 9.10 pagi saya pun bergerak mula mencari di mana Nathalie's Gourmet Studio. Tanya punya tanya. Dongak punya dongak nampaklah signboard Nathalie's Gourmet Studio. Dalam duk jalan ada seorang perempuan tersenyum sambil melambai tangan. "Alamak, siapa pulak ni? Memang betul-betul tak kenal. Dah dekat dia menyapa. "Nak pergi kelas macaron ya?'. Saya pun apa lagi. Mula la angin peramah datang menderu-deru. Syok la dah ada kawan. Mulut tak henti bertanya. Pok Pek Pok Pek mak minah ni. 

Bila dah jumpa kawan ni langkah semakin mudah. Perempuan yang saya jumpa tu Kak Azizah namanya. Jauh dari Johor datang demi minat terhadap macarons. Bagus kan!

Masuk je studio kami disapa oleh Nathalie yang kecil molek saja orangnya. Sekali pandang hilang sudah rasa debar dan bimbang bila melihat dia tersenyum manis sambil menyusun resepi macarons yang akan kami pelajari.

Kelas sepatutnya bermula jam 9.30 pagi. Tunggu punya tunggu punya tunggu jam 10 juga kami bermula. Ehmm.. biasalah.


Macaron pertama Raspberry dibuat oleh Nathalie sendiri. Dia terangkan dan tunjuk proses dari mula sampai habis.


Raspberry - Salted Caramel - Chocolate.


Tekun mendengar dan melihat penerangan Nathalie.

Anak sapa tu..? =)


Catit jangan tinggal satu tips pun na.


Cara nak piping adunan. 


Siap..!


Perfect.


Bersambung...

Saturday, April 16, 2011

Kelas Macarons Bersama Nathalie Arbefeuille.

Assalamualaikum wbt.

Salam hujung minggu hari Sabtu. Hari yang dinanti-nanti sekian lama menunggu. Kelas macarons bersama Nathalie Arbefeuille pemilik Nathalie's Gourmet Studio yang terkenal dengan kepelbagaian macarons yang dijual. Naahh... sebenarnya saya teruja dan sedikit gusar juga. Sebelum ni belajar dengan orang kita. Senang dari segi komunikasi. Kali kedua juga dengan orang kita Malaysia tetapi berbangsa Cina. Boleh la lagi sebab chef yang dah lupa nama (sampai hati lupa nama cikgu) guna bahasa campur-campur. Malay Inggeris. 

Jadi esok inilah dia Chef yang bakal mengajar saya tentang macarons lagi. Memang berasal dari France.



Gambar : Google.

Doakan moga Allah permudahkan urusan saya esok.

 Berdebar-debar. 



Wednesday, April 13, 2011

Wordless Wednesday (4)

Assalamualaikum wbt.




Nama saya Kmix Stripes Firecracker.


Nama saya Kmix Stripes Barcelona.

Harga 399.99 pounds.

Mode terbayang-bayang. Alangkah cantiknya bila diletak kat dapur saya.

Sengih sampai belakang telinga punya.

=)



Sunday, April 10, 2011

Mereka Dah Sampai Malaysia.

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah. Kali terakhir mereka pulang ke Malaysia pada tahun Disember 2008. Masa tu saya kat sana. Sekarang selepas dua tahun, mereka pulang lagi untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara yang berada di Malaysia.

Mengikut kata Kak Siti mereka akan sampai jam 2 petang. Kali ini mereka mahu memberi kejutan kepada kedua ibu bapa Kak Siti dengan pulang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Mahu menangis makcik Rasiah melihat anak, menantu dan cucu-cucu yang semakin membesar ada di depan mata. Malam ni mereka akan berada di Kedah.

Ikutkan hati saya yang rindu dengan mereka memang rasa nak je pergi KLIA petang tadi. Bila fikir-fikirkan balik, biarlah mereka bersama keluarga terlebih dahulu. Mereka lagi dah dua tahun tak jumpa. Saya baru empat bulan. Dua minggu lepas pun dah berskype dengan mereka semua. Oklah kan. Ayat sedapkan hati yang sedang rindu. =)

Pastu semalam teringat Pesta Buku Antarabangsa bermula bila Kak Siti sekeluarga ada di Klang. Rasa macam nak ajak dorang jalan-jalan pergi Pesta Buku. Tu pun kalau dorang tak ke mana. Almaklumlah, cuti pun sekejap ja. Mesti nak luangkan masa dengan keluarga.

Saya sendiri pun tak ziarah lagi makcik Rasiah (mak Kak Siti) sejak balik dari London. Insyaallah, ada rezeki nanti nak ajak mak sekali ziarah.

Tak sabarnya nak jumpa Fatih yang dah keletah. Dah survey kek Ben10 untuk dia. Teringat masa berskype dengan dia. Saya cakap kat sini ada kek Ben10. Terus dia cakap, 'Kak Irma, bring the cake here please.' Tak dapat kek terus merajuk. Lawaklah Fatih.

Fatih.. Fatih... Rindunya..!

Saturday, April 9, 2011

Mutiara Ilmu Islam.

Assalamualaikum wbt.


Jam dah menunjuk ke angka 1.29 pagi. Mata masih belum mahu lena. Sambil melayan Tanyalah Ustaz di TV9 ada selingan Mutiara Ilmu Islam ditayangkan sekejap. Saya tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib mengenai KEBAIKAN.


Katanya...


"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara : percakapan, diam, pandangan dan gerak."




Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia. 

Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah leka. 

Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai. 

Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.


Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan. Dari lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan. 


Selamat beramal..! =)



Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday (3)

Assalamualaikum wbt.



Macaron

Monday, April 4, 2011

Dah Sampai 282 Followers.

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih pada semua yang sudi jadi Followers blog ni.

Terima kasih banyak-banyak-banyaaaakkk..!

Suka dengan nombor LAPAN PULUH DUA kat belakang. Tu kan tahun kelahiran saya.

Jadi.... sempena dah sampai 282 FOLLOWERS ni. Saya akan adakan satu GIVEAWAY (insyaallah) dalam masa terdekat. Paling cepat esok la kan. Hadiah dah ada. Tinggal nak buat entry saja.

Dah lama niat nak bagi hadiah kat pengunjung/Followers blog ni. Asyik bertangguh je. Kali ni takde dah alasan. 

=)



Sunday, April 3, 2011

Tako Tao.

Assalamualaikum wbt.


Nama saya Tako Tao Octopus. Saya berharga RM4.50 untuk tiga biji. Saya diperbuat daripada bancuhan tepung, kobis cincang dan ada sedikit sos merah yang sedap. Dah nama octopus, mestilah letak octopus barulah saya jadi sangat bertambah-tambah sedap. Mabeles laahh..! 

Tu baru kat bahan dia dah sedap. Belum tamat lagi cerita sedap saya ni. Bila dah siap golek-golek dalam acuan sampailah saya jadi bulat bin montel bertambah garing barulah boleh diangkat masuk dalam kotak. Nak tambah lagi kesedapan saya diletak lagi kepingan ikan yang nipis, mayonis dan kicap bukan cap kipas udang. Kicap khas tak tahulah jenama apa. Tak teringat pulak nak tanya.

Saya tidak keseorangan di sini. Ada lagi kawan lain yang turut sama dijual. Namanya prawn, chicken cheese, unagi dan abalone. 

Jadi untuk yang ingin mencuba. Sila dapatkan saya dan kawan-kawan di semua cawangan Jusco yang berhampiran. 

Selamat mencuba..!