Assalamualaikum wbt.
Mari tengok.. murah.. murah... murah..!
Malaysia bagus... Malaysia baik..!
Ini adalah salah satu dialog peniaga di Mekah dan Medina untuk menarik perhatian jemaah Malaysia membeli barangan mereka.
Nak gelak dengar bunyi slang mereka. Tahan. Simpan gelak dalam perut. Saya lemparkan senyuman ja.
Itu kisah di Haramain.
Sekarang kisah saya di Malaysia.
Alhamdulillah... rezeki dalam bisnes bakeri semakin bertambah. Tak putus tempahan walaupun saya berada di sana. Bila sms berbunyi, tak lain mesti sms tentang tempahan kek.
Sampai satu masa, bila saya ON kan hp selepas mendarat di Lapangan Terbang Changi. Bertalu-talu sms masuk. Bila saya periksa. Semua sms tanyakan tentang kek. Senyum saya bila baca satu persatu.
Terima kasih pada semua yang menempah.
3 comments:
Saya sudah mari... mintak lah sikit..
Hihi kek lagi :D
Geram betul akak dengan pavlova irma ni... nak tempah jauh.. nak buat belum ada kerajinan.. ^__^
Post a Comment