Sunday, March 4, 2012

CUTI. 13 Feb - 4 Mac 2012.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Selesai semua tempahan yang sudah diambil. Lega. Boleh rehat dan fokus pada persiapan menjadi tetamu Allah. 

Insyaallah, bermula pada 15 Feb sehingga 1 Mac ( Insyaallah, moga panjang umur ) saya akan mengerjakan ibadah umrah bersama mak dan mak saudara. 

Maka... dengan ini sepanjang tarikh di atas, saya tidak dapat menerima sebarang tempahan. Segala yang berkaitan dengan tempahan akan diambil selepas tarikh di atas.

Di kesempatan ini, saya dengan rendah hati mohon maaf kepada semua pengunjung blog andai ada salah dan silap juga hak yang tidak tertunai ( terutamanya membalas komen dan pertanyaan kalian) sepanjang saya menulis di sini. 

Saya juga turut mengharapkan doa moga peluang menjadi tetamu Allah ini dimanfaatkan sebaiknya dan diberi kesihatan yang baik sepanjang di sana. Insyaallah.




Monday, February 13, 2012

Pavlova terakhir sebelum bercuti.

Assalamualaikum wbt.

Ini memang betul-betul tempahan terakhir. Semalam sebelah pagi. Petang ada satu lagi. Pavlova juga.

Ikutkan hati saya nak cuti awal. Kata mak, 'ambik je lah order. duduk saja pun bukan awak buat apa.'

Makanya dengan itu saya pun pulun la ambik order sampailah yang terakhir semalam.

Petang semalam lepas selesai hantar order pavlova, masuk satu panggilan telefon nak order kek. Saya kuatkan hati tolak tempahan baru. Kalau terima, sekarang ni nampak gaya saya masih di dapur pegang tepung dan gula menyukat bahan.

Tempahan dari Yazrin. Pavlova yang dipenuhi dengan berries dan markisa. Meriah sungguh dengan warna merah dan hitam.Mengancam kan!










Pavlova Berries.

Harga RM 75 untuk 1 kg.

Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Terima kasih Yazrin.


Untuk sebelah petang, tempahan dari Lily.






Pavlova.

850 gram RM45.

1kg RM 65.

Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Terima kasih Lily.








Kuch Kuch Hota Hai Cake.

Assalamualaikum wbt.

Tempahan dari Umi sempena majlis pertunangan beliau.

Alhamdulillah.. selesai.

Kek ni dibuat masa hari Sabtu. Selepas selesai kursus umrah di Andalusia. Balik terus bancuh adunan kek sambil tengok KKHH. Penangan hindustan lama yang tak pernah padam. :)



















Terima kasih Umi. Alhamdulillah, Umi pun dah bagi komen puas hati dengan hasil kerja saya.


Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Thursday, February 9, 2012

Kek Karamel Edisi RM 30. Size 8 inci.

Assalamualaikum wbt.







Kek Karamel Edisi Harga RM30. Size 8 inci.

Untuk tempahan boleh hubungi saya. 013 258 8230. Irma.

Terima kasih.