Wednesday, June 29, 2011

Resepi Pavlova.

Assalamualaikum wbt.


Apa dia Pavlova ni?

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

Raaaajinnya cik Irma menterjemah teks yang disediakan di Joyofbaking.com ye. hihi. 


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Apa kata saya :

Sedap. Melalui pembacaan, mereka mengatakan rasanya seperti marshmallow. Selepas mencuba sendiri, apa yang boleh saya katakan, pavlova lagi sedap dari marshmallow. Makan sampai tak sedar dah habis sepotong. :)

Semestinya pavlova ni manis rasanya. Nak kata manis sangat tu tak lah. Saya pernah makan dessert yang lebih manis. Contohnya macaron. Bila dimakan dengan buah yang masam (strawberry, blueberry,kiwi) rasa manis tu dah hilang dalam rasa masamnya buah-buah ni. Mak saya tetap kata manis. Saya tak leh nak ambil pendapat mak saya sebab dia memang jaga kesihatan betul. Satu jug besar air teh dibancuh dengan satu senduk gula sahaja. Nak bagitahu jugak. Dalam mak duk kata manis. Habis juga sepotong pavlova. ;D

Bagi sesiapa yang merujuk pada resepi Joy of baking. Dia menggunakan suhu 130'C. Sebagai anak murid yang taat ( tang ni yang taat pun. tang lain ada je derhaka.) saya guna suhu 130'C. Selepas 50 minit pavlova saya masih lagi tak bertukar wajah seperti yang saya nak. Bila dipegang masih lagi rasa melekit dan tak betul-betul garing kulitnya.

Dalam masa yang sama saya tutup api. Jarangkan pintu oven untuk sejukkan meringue. 

Bila dah sejuk, saya sentuh lagi. Pasal tak puas hati, saya panaskan balik oven dengan suhu 150'C dan tunggu api panas. Saya masak balik selama 1/2 jam. Haaaa.. kali ni baru puas hati. Kulit dia bertukar menjadi keperangan dan ada rekahan kecil yang membuatkan saya tersenyum. :)

Kemudian dalam satu video youtube, dia gunakan cream of tartar menggantikan tepung jagung dan cuka masakan. Saya yang teruja dengan cara mudah telah menderhaka resepi Joy of baking. Kan dah kata. Ada je nak derhaka. ;)

Satu lagi terakhir, Joy of baking guna esen vanilla. Saya pulak ikut resepi yang tak guna. Jadi bila makan ada rasa hanyir sikit. Betul. Sikit ja. Tak mencacatkan pun rasa pavlova yang sememangnya sedap. Jadi gunalah esen vanilla ya. Kalau tak nanti ada bau hanyir. 


Sumber rujukan :

Joy of baking - klik sini.

Salam Dua Benua - klik sini

Delia's Strawberry and Vanilla Pavlova - klik sini.

Youtube - klik sini

Summer Pavlova - klik sini


Rasanya tu je kot nak kongsi. Kalau malas nak buat, order je dengan saya. ;) 

91 comments:

siti said...

Salam, nama saya siti
saya nak order pavlova dan kek dan macarons

sbelum order saya nak tahu harga agar saya boleh tengok budget saya cukup atau tidak...huhuhu


saya di cheras, saya mahu rder untuk birthday anak pada 3 july ini

boleh cik Fazlinil email kepada saya di momluvyou [at] gmail [dot] com
tqvm

siti said...

Salam, nama saya siti
saya nak order pavlova dan kek dan macarons

sbelum order saya nak tahu harga agar saya boleh tengok budget saya cukup atau tidak...huhuhu


saya di cheras, saya mahu rder untuk birthday anak pada 3 july ini

boleh cik Fazlinil email kepada saya di momluvyou [at] gmail [dot] com
tqvm

lemongrass said...

Irma,
Sampai sekarang orang Aussie masih lagi 'gaduh' dgn orang NZ pasal pavlova ni, hahaha.
But betul lah mcm you ckp, makan first slice, rasa sedap sgt and nak makan sepotong lagi. Pastu sepotong lagi, pastu dah muak sbb manis :-).

nonierahman said...

saya tak pernah makan...tapi tgk gambaq dah tau sedap.boleh la try lepas nie..hmmmm lazat!

Anna Qawina said...

selalu tgk rsp ni dlm majalah & buku masakan tp tak pernah nak cuba..bnyk gak bhn2 tu kan..tp nampk meriah & mewah..nyummm

bopandot said...

salam irma.
dah lama follow ur blog.ni baru tergerak nk komen sbb tgk ade pavlova!!
my fav..tq post that recipe with step-by-step skali ngan lesson learnt. really appreciate sbb sy bdk baru nk blaja. konfem nk buat for my hubby bday nnt. ;)
nk suh pos kang jauh sangat..mau je ode, tp mau ke cik irma pos ke tokyo? hehehe
keep posting the recipe okeh! tqvm

lina said...

ya allah teruja nya ....huhu...sedap nak copy dulu mungkin lagi dua saya pulak yg buat hik...hik..

Anonymous said...

salam...mmg menarik...bila bila senang boleh cuba resepi ni...bila saya ke kl boleh la order dkt irma...harganya mana bu....he he..

Nurul Atilia said...

salam akak...saya confuse sikit ni tgk steps yang akak beri.

ada satu part yang saya tak faham. Semasa akak letakkan adunan atas parchment paper, parchment paper tu akak alaskan dengan ape? loyang ke?

Parchment paper tu strong enough ke nak support adunan and terus boleh dimasukkan dalam oven without alas?hehe...sori byk tanye, xpaham.

Please make me clear thank you

regards,
ATILIA

Fazlinil Irma said...

wsalam atilia.

parchment paper tu letak atas loyang ya. :)

deena said...

K.irma, teringin nk mkn.. Nk buat takut xjadi....

anumuchan said...

sedapnya kak..nak sikit...huhu~
pandai la akak ni buat kek..mcm2 kek..huhu

sweetsal said...

sedapnye..terliur, nk buat xde masa pulak..nk ode kt irma lah..

Asmara said...

Salam Irma, saya amik resepi pavlova dan link ni ye. Alhamdulillah, terima kasih atas panduan yang sangat detail. :D

juha said...

salam kak, sedapnya tgk pavlova ni. For ur information, sye da try nk dkt 7 8 kali buat tp still xjd. Mula2 bwh tu hangus mybe sbb tin pmbkr kot, then buat lg tak jadi pun rangup kat luar tu. Kdg2 wrne dh tukr perang, tp bwh still x msk. Sedih sgt. Teringin sgt nk mkn tp kt area sye xde jual. Nk order ngn akk pnye la jauh, :)

nak tnye, bakar ni gne api atas n bawh ke?

Bila dah perang means bila dah mask, mmg trus kulit luar dia rangup or lepas kte biarkan dlm oven yg trbuka? Sye pnye pvlova lpas time oven over je, stil melekit melekat kt jari.

P2 mse dh mask, pintu oven tu just bkk sikit atau bkk luas? Kot la sbb tu yg pgaruh pvlova tak rangup kat luar.

Kk, hope dpt tlong sbb sye dah ltih asyik buat tak jd je:( sorry kk byk tnye. :)


tqsm.

Fazlinil Irma said...

juha..

maaf lambat menjawab.

akak pun bukanlah pakar sangat.

akak bakar pakai api atas bawah.

lepas masak. akak biarkan pav duduk dlm oven dgn pintu dia terbuka sikit.

lepas sejam baru akak keluarkan.

harap membantu.

Anonymous said...

irma, akak dah try resepi ni, alhamdulillah menjadi...tapi akak nak tnya bila dah letak cream & buah tu tahan baper lama? sebab aritu buat bawak ke open house kawan, akak letak siap2 cream & buah kat umah, tgk2 dlm keta pav dah lembikkkk.....cream pun dah turun sampai kena cake board....huhuhu...sedihnya....tak jadi bagi kat dia....kalau menjual pun mesti letak siap2 cream & buah kan, cemana tu ye?

Fazlinil Irma said...

anonymous...

sy pun tak pasti berapa lama tahan dlm cuaca bilik. sbb sy kalau org tempah. 10 min dia nak sampai baru sy letak whipped cream dan buah. whipped cream tu yg sejuk keluar dr peti bahagian beku.

ke awk punya cream tak cukup kental..?? tu yg cepat cair...

Anonymous said...

ye ye dah tau sebabnya...tak letak kat freezer mahupun fridge...akak biar kat room temperature...tu la pasal....tqvm irma kongsi ilmu dgn akak.....moga Allah murahkan lagi rezeki irma :)

Anonymous said...

salam..akak mcm mne nk order kek . .akak add saya di facebook ikin batrisyia . .ASAP . .terima kasih ye..

Fazlinil Irma said...

ikin.. nak order call sy ya. tq.

nhhas said...

Assalamualaikum...

irma...
akhirnya saya berjaya juga buat.
niat di hati nak tempah, tp tak rajin nak ke danau kota - jauh la pulak kan...

terima kasih banyak kongsi resepi... moga Allah murahkan rezeki yang halal untuk anda... saya dan semua pembaca di sini... ameen.

syirazulhafiz said...

salam kak irma...
saye nak order pavlova dri akak...
how about the price ya?

mysara said...

salam kak..
tqvm sb share resepi pavlova ne.. mmg teringin nk rase tp kat tmpt my xde jual.. sib bek ade resepi n tips2 dr akak... dpt la rase.. tq kak : )

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

nak cube...nak cilok resepi...ehehehe

- AZIE - said...

akak..mekasih share recepi, trus nak cuba buat cuti nie..excited sbb recepi yg akak bg senang nk fhm. tq akak

- AZIE - said...

akak..mekasih share recepi, trus nak cuba buat cuti nie..excited sbb recepi yg akak bg senang nk fhm. tq akak

CIK PAPAU said...

salam kak irma..sy nk tnya pasai cream kt atas tu..guna whipping cream..sy buat last2 jd berair..2 kali uat failed cm tu gak..kali ketiga sy buat kejap jer la..tp rasa cream tu mcm xkental..kalo lg lama ptar tkut cream tu cair..sy trauma..help2

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

salam, sy saja search resipi kek pavlova...mmg dh lama teringin nk mkn...awk da jual ke? kalau ada brape rm ek? teringin sgt...nasib tak pregnant huhuhu

Neerza said...

Askm,
Saya try resipi ni ye.

Thanks for sharing!

=)

budakgebupunya said...

MACAM MENARIK JE NIH ..

budakgebupunya said...

Macam best jer resepi ni

budakgebupunya said...

mcm best je resepi ni

~ana~ said...

salam irma,

sekali lagi ana nak mintak permission utk copy n paste resepi ni kat blog ana utk entry pavlova nnti..(x sure bila lg entry ni akan kuar)...:).br je lepas buat..alhamdulillah menjadi even x perfect 100%...thanks...

all about me!!! said...

salam...can i ask u??i see the other of recipe for making pavlova are using cream of tartar..actually that cream r using 4 what??i just wanna know...thats all.. =)

LizHairi said...

dah try buat and jadi :D

mohon share ngan kengkawan eh...

tq :D

Lelord said...

hehehhee tergelak2 akak baca

nak cuba la tatau bile jek...dak marsha berjaya dah buat

ummisufya said...

Salam...terima kasih atas resepi tersebut...sy pernah try buat pavlova tetapi bawahnya menjadi hangit dan atasnya melekik...mula saya guna api atas bawah lepas tu sebab hangit sy try suhu atas tetapi dia mengecut...so nak tanya adakah sebab sy kurangkan gula kepada 150gm shj atau sb oven sy kecik n suhu jd terlalu tinggi..sy guna suhu 150c n 140c...tqvm

shamyheart said...

wah, menarik ni. tq sudi kongsi. nak cuba =)

adex-aieda said...

nak oder camno?

Hanamaruku said...

saya tak penah baca resipi yang terangkan satu satu macam ni. bagus sangat! tq so much. nak cuba buat nanti! hehe.

perhiasan-rumah said...

Saya cuba buat pavlova 100% guna resepi ni... 3x saya buat...tp masa bakar, tak merekah2 pon...apa masalahnya ya?

FaizaH said...

kak irma, cream of tartar 1 sudu kecil cukup tak?

noor haNISAh said...

i dah try this resepi, thanks ya!!!

Rosie said...

thanx irma...i dh try resepi nie...sedapppp

Rosie said...

thanx irma..i dh try resepi nie...sedapppp

Sutera Salju said...

Salam, kalau x letak whipping cream boleh ke?

Sutera Salju said...

Salam, kalau x letak whipping cream boleh ke?

♥Cik Puan♥ said...

salam akak mohon share resepi

Miss uCu said...

nyum2 sedap2 ..mohon share resipi:)

rosfazila said...

salam kenal
ak minta izin share resepi, post special utk Irma http://fizarose.blogspot.com/2012/04/cinta-pavlova.html#!/2012/04/cinta-pavlova.html

Nazifa Mazni said...

salam..

akak sy tak fhm yg step 7..leh jelaskan pasal lukis tu...

Unknown said...

Salam,kak. Nak tanya,akak pakai oven jenama ape?
N kalau cth nak makan pavlova esok, so malam tu sy da bakar maringue n wat whipped cream. Whip cream simpan kat tempat beku kn n maringue yg da bakar tu nak simpan kat luar or masuk fridge?

Naira Nasim said...

Kak Irma..

Dah try smalam.. agak menjadi gak la.. mmg senang jer pakai resepi akak ni.. thank u so much!!

Cheida_Mymee said...

mohon copy nk try blik umh :)

Miss sHa said...

sy da wat pavlova ikut resepi ni..alhmdullah jadi..cuma whiped cream tu sy pakai yg siap dlm botol tu...spray je..sbb masa sy pukul whipped cream n masuk gula...dia mencair..nape ye..

Zie Has said...

Salam,

boleh tau.. berapa lama kena pukul bagi putih telur & gula tu jadi agak kental yer? sy dah pukul 20min guna mixer makin cair je rasenya :)

Myvitrd said...

tengok dah terliur.. dapat tahu ni pun dari blog eyriqazz

umiawadah said...

sana sini orang duk sebut pavlova ni...memang buatnya nampak senang,jadi tak jadi je...

Unknown said...

Salam...sedapnye tgk kek pavlova ni kak..mcm mane sy nk order kek akk ni?ade fb or cntct number?

Liza Othman said...

terima kasih share resipi & tips2 penting.. nak cuba buat juga ni :)

Unknown said...

nape pavlova saya bawahnya hangus..? saya dah ikut suhu yg kakak bagi....

Unknown said...

nape ye pavlova saya hangus bahagian bawahnya ,sy dah ikut suhu yg akak guna......

Unknown said...

sis kenapa ye pavlova saya hangus bahagian bawah....suhu saya gunakan sama seperti kakak.......

Unknown said...

Salam.akak dh bnyk kali buat tp nape hangus kt bwh

Unknown said...

Saye punye pun hangus

Unknown said...

Salam.akak dh bnyk kali buat tp nape hangus kt bwh

Unknown said...

Salam.akak dh bnyk kali buat tp nape hangus kt bwh

cintahati said...

salam kak..,whippe cream jnama ape akak pkai yea..?

~::Chenta::~ said...

wahhh menariknya blog akak ni ...
Chenta nak join ...

Salbiah Abdullah said...

Irma.. Boleh ker masuk dalam bekas cup cakes..? Kena sapu shortening ker supaya maringue tu tak melekat kat kertas...?

Salbiah Abdullah said...

Kak irma... Boleh letak dalam bekas cupcakes ker? Kena sapu shortening ker kat kertas kalu tak nak kasi maringue melekat...?

Unknown said...

Whipping cream tu dari jenis non-dairy whipping cream ke? Sbb sy guna dairy WC smpi kesudah dok cair je..sikit je yg kental..tp secara overall mmg menjadi..tq

Unknown said...

Whipping cream tu dari jenis non-dairy whipping cream ke? Sbb sy guna dairy WC smpi kesudah dok cair je..sikit je yg kental..tp secara overall mmg menjadi..tq

NinaDiana said...

Salam lilin lynn.
Sy cuba bantu ya. Utk topping atas tu kena guna non-dairy. Beat sampai kental. Sama macam utk coating kek. Kalau guna dairy mmg xakan kental. Dairy wc ni biasanya kita guna dalam campuran utk buat choc ganache. Bukan utk topping. Harap dpt membantu dgn pengetahuan yg tak seberapa ni. Gud luck.
Btw thanks sis irma :)

Unknown said...

Nice__nak test jd ke x hihihi

Unknown said...

Best nyer... Nak test buat

Sue said...

' Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.'

Persoalan saya: bekas yg nak dimasukkan dlm peti ais tu, means bekas kosong atau bekas berisi whipping cream?

thx

Anonymous said...

salam ziarah.. tak pernah cube mkn lgi pavlova nih..hehe.. nnty ade kesempatan nk cuba ahhh :)

eiman's mummy said...

assalaualaikum kak...

nak tanya pasal crust pavlova tu..bila letak cream,tak sampai sehari crust yg kat luar tu jadi lembik..adakah dia mmg mcm tu atau salah teknik dalam bancuhan,or apa2 saja.blh bagi tips tak cm mana nak kekalkan crust tu crunchy?

boleh tak emailkan pada saya sebab saya jarang bukak blog..wan_syamzaima@yahoo.com

pacificblue said...

Asslmualaikum..slame ni silent reader..semlm try wat pavlova..alhamdulillah jd..cme cream dia he gne instant x cbe lg..

Mhn share resepi dlm blog..

dalila said...

salam kak irma..nak tanya, sukatan utk cream of tartar tu cmana?kire klu guna cream of tartar xyah guna t.jagung ngan cuka dh la ye?

TQ kak..

Aini Razali said...

tq! nak try lagi... meringue saya bila dah bakar kecut pulak.. then keliling tak masak...

p/s: ada beza guna whipping cream yang belum diputar dgn yg already tinggal squeeze je???

anilsur said...

kenapa pavlova saya masih rasa hanyir telur. dah letak vanila esen 1 1/2 sudu besar

anilsur said...

slm. kenapa pavlova saya masih rasa hanyir telur, dh letak 1 1/2 sudu besar esen vanila

mommyqalesya said...

Hai..smlm baru lepas buat 2 pavlova..1 pavlova jadi tapi bwh dia agak hangus la nasib baik boleh makan, ms tu sy gunakan api bawah sahaja: oven letrik corrnell preheat 150degree n lepas masukkan kek sy turunkan jadi 110-100 deg je (lepas sejam lebih atas tak masak, sy tukar api atas sahaja pula huhu)

Pavlova no 2 lepas masuk oven dia meleper, pastu lebih hangus berbanding y pertama..api sama juga tapi oven jenis lain lah sebab di kampung..

harap sesiapa boleh tolong bg info ya, sgt2 dihargai..tq c:

Unknown said...

bahan ni buat cukup utk sekeluarga ke??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Selama ni x penah tepikir pun nk buat pavlova...risau tkut anak2 x suka mkn.tp bila baca entry ni..
tetiba terpanggil untuk mencubanya..
thanks a lot untuk resepi dan tunjuk ajar yg senang d fahami..

Unknown said...

laaaame sangat tak jenguk blog irma..harap irma masih ingat lagi zara pernah order kek karamel pelangi tu..nak order red velvet selalu tak kesampaian..irma di malaysia ke..harap2 ime masih tekun baking..nanti kalau zara ade di kl..nak order red velvet..rindu air tangan irma...sedaaaap..

Multivitamin Terbaik

Unknown said...

sedapnya. last 2years buat menjadi je merekah tu. smlm buat x merekah langsung. dh jd macam kek sponge dh. huhu