Tuesday, August 31, 2010

Resepi Oreo Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt...




Cuti dah habis. Alhamdulillah, Tujuh hari bersama keluarga sepupu. Banyak pelajaran dan pengajaran yang saya dapat di sana. Macam-macam. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak sepupu saya tiga lelaki dan bongsu perempuan. Adoii, gamat rumah dibuatnya dengan kerenah mereka.

Nama ja cuti tapi masih lagi tolong buat kerja-kerja rumah. Tolong sepupu memasak. Mengemas. Kadang-kadang saya yang menguasai dapur tu sambil dibantu oleh sepupu. Ahaa, melampau kan. Dapur orang pun buat macam dapur sendiri. Ikut suka hati ja nak ubah barang. :P


26 hb lepas ulangtahun perkahwinan Kak Linda dan Cik Din yang ke 10. Semoga perkahwinan yang terbina akan dilimpahi dengan barakah, rahmah dan mawaddah hingga ke syurga. Insyaallah. Demi meraikan mereka, saya sempat bakar sebiji Oreo Cheese Cake. Cheese Cake lagi! =)

Sementara ingat resepi dalam kepala. Baiklah saya kongsi sama-samakan.




Bahan-bahan untuk dasar biskut :

2 cawan penuh biskut Oreo ( kalau suka tebal. Lebihkan lagi)
2 sudu besar  butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk Cheese Cake :

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia ( 300 gram setiap bekas)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (belah 4)

Hiasan (takda pun x apa) :

1 paket kecil milk chocolate
1/2 cawan whipped cream


Cara untuk membuat dasar kek :

1.  Hancurkan biskut yang dah dikeluarkan krimnya. Kalau ada pengisar kering lagi senang. Cepat kerja. Nak kerja renyah pun ada. Masukkan biskut dalam plastik. Kemudian ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai. hehe.

2.  Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal. Kalau anda tambah kuantiti biskut. Makanya silalah tambah sedikit lagi kuantiti butter ya.

3.  Kemudian tekan di atas loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.

4.  Sejukkan di dalam peti ais sebentar. Kemudian bolehlah teruskan dengan kerja-kerja membuat adunan cheese.


Cara-caranya :

1.  Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik untuk memudahkan kerja-kerja memukul. Sebaiknya satu jam atau dua sebelum kerja-kerja memasak dimulakan.

2.  Pukul cheese dengan menggunakan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Sehingga cheese benar-benar kembang. 

Kalau takda mixer pun tak apa. Gunakan tangan yang Allah berikan untuk tujuan memukul. Memang susah sedikit. Pengalaman saya membuat cheese cake dengan menggunakan manual (baca:tangan). Masa yang diambil untuk memukul cream cheese sahaja ialah 20 minit ya kawan-kawan. Ada berani kah? ;)

3. Bila cheese dah kembang. Masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit lagi. Bila nampak gula dah sebati denga cheese kira ok la.

4.  Seterusnya masukkan sour cream dan terus memutar untuk jangka masa 3-4 minit lagi. Tak perlu putar lama-lama. Cukup sekadar bahan tu sebati. Lepas ni nak putar bahan lain lagi.

5.  Kemudian, masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla. Teruskan kerja-kerja memutar lagi ye. Kali ni tak perlu lama. 1 atau 2 minit dah cukup.

6.  Kaupkan bahagian tepi bahan yang kurang mendapat kasih sayang mixer.

7.  Pecahkan telur sebiji. Putar selama 1 minit. Kemudian pecahkan sebiji lagi. Putar 1 minit. Pecahkan telur yang terakhir dan pukul lama sikit. 2-3 minit.

Untuk terakhir kali. Kaupkan semua bahan supaya sebati dan bersatu dengan yang lain. Bersihkan tepi-tepi mangkuk yang bersepah akibat dari percikan semasa memutar.

Keluarkan bekas yang mengandungi dasar kek. Patahkan biskut Oreo dengan menggunakan pisau untuk mendapatkan pecahan yang cantik. Tapikan, bila dah tenggelam dalam adunan. Tak nampak dah pun cantiknya. kehkehkeh.

Untuk membakar :


Gunakan kaedah water bath. Rujuk entry sebelum ini. Di sini.

Suhu yang saya gunakan ialah 150' C atau untuk gas pada tanda no 4 selama 45 minit. Sekiranya menggunakan dapur gas. Anda perlu tambah 10 minit sekiranya kek menampakkan tanda-tanda masih lembik sangat di tengah apabila digoyangkan.

Kemudian tutup api oven. Keluarkan aluminium foil. Kalau tak nanti kek lembab kat bawahnya. 


Biarkan kek di dalam oven selama 2-3 jam sebelum dikeluarkan. Masa ni bila digoyangkan bekas akan nampak seolah kek belum masak sepenuhnya. Tak apa. nanti bila dah dibiarkan 2-3 jam lagi selepas api ditutup. Kek akan masak lagi dengan saki baki panas yang ada.


Selepas tu masukkan dalam peti ais. Nak bagi sejukkan dia sebelum dimakan. Paling kurang 4 jam.. Kalau buat malam. Esok pagi boleh makan dah. Kalau tak sabar. haha.


Pengalaman saya. 4 jam tu dah ok la. Kalau lama sangat nanti susah nak keluarkan. Dia dah melekat kat tepi loyang. Nanti tak cantik bila nak keluarkan. 

Untuk hiasan :

Kalau tak nak letak ganache atau coklat cair pun tak apa. Terpulang. 

Kaedah satu :

Pecahkan satu peket kecil milk chocolate kepada ketulan kecil. Cairkan menggunakan kaedah double boiled atau masukkan ke dalam microwave selama 20 saat. Keluarkan kacau. Kalau masih berketul, tambah lagi 10 saat. Jangan dicairkan terlalu lama. Nanti hangus coklat tu ye kawan-kawan.

Bila coklat dah cair. Masukkah whipped cream dan kacau sehingga sebati.

Kaedah dua :

Masukkan whipped cream dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

Tuang ke dalam mangkuk yang berisi coklat. Kacau sehingga coklat cair kesemuanya.

Tuangkan atas Oreo Cheese Cake yang sudah dikeluarkan dari loyang. Biarkan sejuk selama sejam.

Kemudian boleh di hidang.






Tadaaa... 


Inilah sepotong Oreo cheese Cake yang menjadi santapan sahur saya. hehe.



Selesai ketiga-tiga resepi cheese cake yang saya pelajari dari Dina.




Berapa ramai dah yang merasa kek ni. Sampaikan saya dah boleh menderhaka kalau tak cukup bahan. eheh. Terima kasih Dina!


Akhir kata...


Selamat mencuba.

=)


45 comments:

Ummu~Ishak said...

taknak cuba, nak awak masakkan bila balik nanti

Fazlinil Irma said...

ummu.. boleh.. sy masak awk bawak sy jalan2 kan. hehe.

Ummu~Ishak said...

deal!

Fazlinil Irma said...

hurraayyy!

Anonymous said...

nanti buatkan cheese cake untuk anniversary akak ye? disember ni.. hehehe

Fazlinil Irma said...

kak fa10.. boleh. kalau ada rezeki sy sampai edin. sy buatkan ye =)

Anonymous said...

salam..utk base oreo tu kene kisar smpi halus ke...br2 nih sy buat oreo cheesecake tp bwh nyer hangit n xsedap... :(

sweetsal said...

aduh...terliuq aje tgk irma masak kek lagi..bila masa nak buat pn taktau..hehe

Fazlinil Irma said...

anonymus.

kalau pakai pengisar mmg akan jd halus. kalau pakai letak dlm plastik pastu tumbuk. kasar sikit pun x apa. asal bila dah bubuh butter. kita kepal. dia tak berderai.

kenapa hangit..? awk bakar base dia ka?

sepanjang sy buat. base dia tu sy simpan dlm peti sejuk. sampailah bila siap adunan atas. sy keluarkan. curah adunan dan bakar.

tak pernah pulak hangit.

ehmm.. sy musykil jugak.. =)

kak sweetsal..

sy ni p mana2 antara permintaan tuan rumah bila sy memasak ialah. buatkan cheese cake. sy ok je kalau ada bahan. kalau nak harap sy yg buat. sy x suka sgt. hehe.

Unknown said...

salam irma..

thanks sebab kongsi resepi cheese cake yg simple ni..
sour cream (krim masam) tu apa ek? kalo x letak boleh x?

Fazlinil Irma said...

maz.. sour cream ni x letak pun x apa. sy pun x tau apa fungsi dia. tp dr segi nama barangkali utk memberikan rasa masam dlm kek.

kalau dah letak lemon jus. pun ok dah.

kalau awk nak cuba. cr dekat supermarket bahagian cream cheese agaknya..

syidah said...

salam kenal cik irma

amboiiiiiiiiiiiiii sedapnya... kena cari masa ni buatkan untuk cik abang.... terima kasih kongsikan resipi

Anonymous said...

adui ma..ko ni terer sesungguh2nya lah eee geramnya aku ngan ko nih...

eLLy said...

alamak.. banyak benda nak kena buat kan .. emm beli je la jawap nye ;)

Fazlinil Irma said...

salam kenal jugak utk syidah.. selamat mencuba. nanti tuang kasi melimpah kasih sayang tu tau. biar extra super duper sedap. ehehh.

ni sapa pulak komen takde nama eh. tp dr gaya bahasa mcm kenal je.

ko ka shai ;)

kak elly.. oreo cheese cake mmg banyak bahan. plus mahal. tapi hasilnya mmg sedap. hehe.

DYL said...

wow! best3.. nak.. sis elly yg advice ini blog.. menarik.. nnti i study.. skunk xsempat.. ihiks~

Ummu~Ishak said...

irma
jemput ke blog amik kad raya :)

p!nkerton said...

*telan air liuq!~*

Fazlinil Irma said...

dill. akak tunggu hasilnya nanti ;)

fatih.. jgn telan ja. kena cuba sekali. eheh.

Nur Ede said...

salam Irma... sedappp nyer kek yang Irma wat tu... sampai terkunyap kunyap mulut akak... niat di hati nak cube juge buat untuk raya.. insyaallah...
"Selamat menyambut hari raya AidilFitri buat irma n keluarga CT kat London" Ampun maaf di pinta seandai nyer ade silap dan salah dari akak Ede

Anonymous said...

salam..
sedapnya..nk try bt la utk birthday anak buah..nk tnya klu adunan tu dh siap,kena masuk dlm freeze ke?

Fazlinil Irma said...

wsalam kak nur..

eid mubarak.. kullu a'm wa antum bikhair..

macamana kak dah jd ka..?

anonymous..

yup.. keluarkan.. biarkan 4 jam paling kurang dlm peti..

Anonymous said...

salam irma..

nak tnye,time bakar cheesekek nih kite guna waterbath teknik kan??so biler da lame dlm over mesti air akan kering kn?so kite kene tmbah air x biler da makin bekurang?

Fazlinil Irma said...

anonymous..

ya.. spnjg sy gunakan teknik ni. air yg digunakan x kering.

jd x payah tambah air.

air tu banyak jugalah. dlm 1 liter..

Anonymous said...

salam..irma nk tnyer kite ade beli 2 bekas philadelphia cheese tp 250gm setiap kotak..blik umah br perasan xckp lg 100 gram as ur recipe..agak2 bley proceed x??hehehe..reply a.s.ap ye sbb esok nk wat da..

Fazlinil Irma said...

wsalam..

tak apa. cuma kurgkan sikit bahan yg lain. agak-agak lah ye.

Anonymous said...

salam...
irma,
terliur tgk oreo cheese cake nie...so, tryla buat ... akhirnyer menjdik wlaupun ader crack cikit..anyway tq 4 sharing the recipe.
wsalam.

Deliah's Deli said...

salam kenal..sedap2 kat sini..sy dtg cuci mata :p~

♥ kami ♥ said...

salam akk..saya dh cuba resepi akk..sedap..
ramai kwn2 saya yg tny resepi so saya bg link blog akk..terima kasih kak..

cikpuanhady said...

salam..mitak izin untuk share resepi ni..saya copy dan link kan ke sini ek..thanks..

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

jamilahamzah said...

sedapnyer la...

ore is my fav..yum yum...

SzuLisa said...

Sedap nyer....huhu

Cik Wani said...

sdpnye!! n mlm ni wani nk try wat..
nk share resepi ni ea..

btw jom komen kat link wani ni

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

belog|amiyo said...

mengancam nya kek ni =__=

nadiah qurratuaini said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam,

tq tuan tanah....awak membuatkan masak/baking nampak mudah dan seronok...saya baru dapat oven tu yg gile carik resepi mudah ni..makasih chekgu!

Citystay Admin said...

I love cheese cakes..tapi kalau bake sendiri, jarang menjadi.. how I wish my 10th yr anniv nanti ade org bake kan oreo cheese cake ni.. ;)

Anonymous said...

kak, krim masam tu kalau ganti dengan yogurt boleh tak?

Kikin Nora said...

kak irmaa ! thx for sharing recipes ! i love baking ! ;) btw, baru je try buat this cake.. baru siap bakar nih. hehe.. this is my 1st time buat cheese cake.. mcm byk je nk kne blaja.. x reti pilih cheese.. =.= btw, sour cream tu yoghurt ey? i put yoghurt . =.=

E-na Zarina said...

yummy! yummy!my fav...

RYOVZHVR said...

nak copy lah resepi ni

SuRiA said...

salam nk tye klu cheese tu ganti gune cheese yg dah siap paking yg ader jual kat kedai borong 500gram pyer just bancuh ngan air klu nk gune tu takpe ker???atau mst gune cheese yg cik gune..

Myra Jay said...

Saya penah buat tapi cheese tu kaler kuning, nape ye..

BTW rasa sedap.

:: ciK TeaChEr :: said...

kak, ape beza letak gndum dgn xletak? sbb ade sy tgk rsepi lain xgune gndum pun,huhu..

DESA PERMAI said...

mak aii....cair air liur tengok kek yg meleleh coklat cair ni..eeemmmm..sedapnya..tu baru tengok belum rasa.