Showing posts with label Carrot Cake. Show all posts
Showing posts with label Carrot Cake. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Eh... biru semuanya..!

Assalamualaikum wbt.

Selesai. Lega rasanya bila semua urusan tempahan dah selesai. Memang sangat penat bercampur berdebar selagi urusan tak selesai.

Saya paling bimbang jika terlepas pandang tempahan. Cukuplah dua kali rasanya saya TERLUPA tempahan pelanggan. Sekali bila pelanggan telefon nak ambil kek. Saya sedang elok duduk berehat macam takde tempahan. Sadis sungguh bila ingatkan balik kejadian tu. 

Selepas kejadian tu, saya lebih berhati-hati dengan tempahan yang ada. Ulang semak sms dan email yang dihantar. 

Minggu ini juga saya belajar banyak perkara dengan kerenah-kerenah pelanggan yang pelbagai. Mana yang baik kita kekalkan. Mana yang kurang kena perbaiki dan ambil iktibar.

Buat kerja sorang-sorang ni memang lah kena hadap semua. Saya yang ambil tempahan. Saya juga yang jawab panggilan. Sampaikan saya jugalah yang kemas periuk loyang yang masih belum dibasuh. Jadi bila pelanggan kata saya garang. Memang ada kala saya akan bersikap garang dengan pelanggan yang main-main. Setiap hari berhadapan dengan panggilan tempahan membuatkan saya boleh kenal dan tahu yang mana satu pelanggan serius dan pelanggan yang banyak songeh. Semua tu pengalaman yang mematangkan saya. 

Bila diimbas balik, ada kala rasa syukur juga bila tiba masa tempahan banyak. Saya tak menang tangan tiba-tiba pelanggan call kensel order. Fuhhh.. lega satu. Dapat pulak sms yang kedua kata nak kensel tempahan juga. Phewww.... bertambah-tambah lega. Syukur sangat dengan bantuan di saat akhir macam ni.

Makanya minggu depan nak kena juga cari oven kedua. Tak sempat nak mencelah masa pergi beli lagi. Harapnya dengan ada dua oven nanti, makin mudah kerja membakar kek dan pavlova. :))








Dah... habis..!

Tiga biji kek ni saja yang saya ambil gambar. Tempahan yang lain semua sama ja bentuk dan rupa. Tak tunjuk pun tak pe. Korang pun tahu kek apa. Kan..!! =)

Sekian. Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. 

Terima kasih pada yang menempah. :))


 

 

Wednesday, June 27, 2012

Carrot Cake.

Assalamualaikum wbt.




Tempahan saat akhir. Memandangkan Kak Leen ni memang dah biasa order dengan saya, susah nak tolak tempahan ni. Saya usahakan juga buat dengan sebaiknya.

Cuma bila part nak deco saya tak sempat nak buat carrot. Tak palah kan Kak Leen. Bunga rose pun boleh..!! hihi.

Rasa tetap sama. Harga pun sama. :))

Carrot Cake.
Size 10x10x3 inc - berat anggaran 1.7kg
Harga RM90

Terima kasih Kak Leen untuk tempahan ni. :))



 

Tuesday, January 31, 2012

Carrot Walnut Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt.


Mula-mula saya hias macam ni saja. Bila tengok garisan bulat yang ketara sangat dalam dia nampak tak cun la pulak.

Apa saya nak letak supaya tak nampak sangat garisan tu..

Ehhmm... fikir punya fikir. Dapat idea.




Saya letak manik silver sekeliling garisan. Nak tutup cacat kek. ;P




Ini tempahan dari kawan mak. Mak suruh potong siap-siap. Senang nanti terus boleh makan.

Untuk tempahan :

Carrot Walnut Cheese Cake. Harga RM 90 untuk 10x10 inc.

Hubungi saya 013 258 8230. Irma.

Terima kasih.