Friday, July 31, 2009

Potato Wedges

Assalamualaikum wbt

Ini resepi hari Ahad lepas. Seperti biasa bibik sambil-sambil rehat dalam bilik mulalah dia merayau ke blog-blog masakan mencari resepi apa yang nak dicuba. Dalam banyak-banyak resepi hari tu, saya teringin nak mencuba resepi yang dah dicuba oleh kak hana. Almaklumlah, duduk di negara yang takde kepci HALAL ni kenalah merajinkan diri memasak ayam goreng dan kentang ala-ala kepci.

Dah jumpa resepi, apa lagi nak tunggu. Masuk dapur sediakan bahan. Kelentang kelentung la jawabnya.

Resepi asal saya ambil di sini.

Resepi saya memang banyak yang menderhaka. Hihii. Anak murid ni memang degil. akakaa.


Bahan-bahan
  • 5 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk cili. Nak pedas, letak lebih ye.
  • 2 biji telur
  • Tepung ayam goreng cap London. Haha.
  • Garam
Cara-cara
  1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. Kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Bahan-bahan
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni


Cara-cara
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.

4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.

7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.
Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.

Ehm..saya tak tahulah sos yang warna oren tu sos apa. Kalau sos mustard yang saya buat kat atas ni jadi warna putih bukan oren. Garu kepala yang tak gatal. Huhu.

Terliur.. Ambil kunci kereta dan start enjin carilah KFC yang berdekatan. akakaka. Jangan lupa dompet sekali ye. Kang tak pasal-pasal ada yang balik kempunan plak. Haha.

Wassalam.

Pasta Meatball

Assalamualaikum wbt

Dah lama peram resepi pasta ni. Dari dibiarkan lebih lama. Baiklah saya keluarkan cepat-cepat. Resepi ni senang sahaja. Yang renyahnya nak membuat bebola daging tu. Hasilnya memang sedap sampai sendawa. Burrrppp..! hihii. Entry lepas saya dah keluarkan resepi bebola saja. Kali ni saya copy paste saja dari resepi kak rinn. Terima kasih kak. Memang sedap. Anak murid memang suka menderhaka dengan resepi cikgu.akaka.

Saya gantikan buah tomato dengan sos tomato dalam tin. Ini memang dasar bibik pemalas. Haha.

Resepi asal saya ambil dari sini.

MACARONI BEBOLA DAGING (hidangan untuk 7~8)

Bahan-Bahan

300gm macaroni, direbus dan ditoskan. Gaul dgn sedikit minyak zaitun or butter.

Bahan-Bahan
400gm daging lembu cincang
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji telur
3/4 cwn serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley

* Campurkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola-bebola kecil. Goreng dengan sedikit mentega. Boleh juga dibakar dlm oven pada suhu 170 darj celsius selama 30min atau hingga masak.

Nota : Serbuk roti boleh dibuat sendiri dgn membakar roti keping hingga garing kemudian hancurkan.

Sos pasta
1 biji bawang besar, dicincang
5 ulas bawang putih, dicincang
3 biji buah tomato, didadu
2 sudu mkn gula merah
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit air
1 sudu teh oregano-optional
150gm (any) keju-optional
Minyak zaitun untuk menumis

Mai makan semua..

Cara membuat sos
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan kacau seketika.
2. Masukkan buah tomato, sos, gula merah, garam dan kiub ayam.
Kacau dan tambahkan air. Biarkan mendidih. Apabila masak, perlahankan api.
3. Jika suka boleh masukkan keju dan oregano. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bebola daging. Kacau hingga rata. Boleh curah atas macaroni yg telah siap direbus tadi.

Selamat Mencuba.

Wallaaahh... slurrrpp...!

ebay.co.uk

~Emilio LucaX size 8~

Pheewiiittt...haha

Last bidding malam esok. Harap-harap ada la rezeki bibik.

Harga sekarang 1.75 pound.

Ehm, harap-harap tak la ramai yang berkenan. huhu.

Ada sesiapa yang berkenan juga? ;P

Thursday, July 30, 2009

National History Museum, London

Assalamualaikum wbt

Adoiii, minggu ni semangat cintakan blog sedikit menurun dan tak nak langsung menekan new post untuk menggoreng ayam masak berempah. Langsung tadak peduli. Hanya dibiarkan sahaja selama dua hari tanpa rasa bersalah. Eceeh, macam la ada orang yang nak baca bebelan awak bibik. Haha. Ada ke..? Kalau ada alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi membaca. Lebih-lebih lagi yang masuk kerana mahu menikmati pemandangan resepi di 'My Kitchen'. Ada tu siap bagitau lagi yang semangat dia nak masuk ke dapur semakin menebal semenjak melihat resepi saya yang nampak menyelerakan. Pheeewiiitt. Kamu sangat sweet lah adikku. Nanti kakak cari masakan yang membuatkan kamu terus berlari ke dapur nak cuba juga ya. Haha.

Entry kali ni akan membawa anda menyelusuri Thames River menaiki cruise yang menanti ketibaan anda di Westminster dan kemudiannya berpatah balik ke jeti dan meneruskan perjalanan ke NATIONAL HISTORY MUSEUM. Apasal ayat berbelit-belit ni. Kan senang kalau cakap bibik jalan-jalan ke muzium ja. akakaka.

Ya. Memang betul. Sabtu yang dah memang berlalu pergi, saya dan kak ct sekeluarga telah membawa pasangan suami isteri dari Malaysia (senang cerita :kawan akhi Fauzi) berjalan ke National History Museum dan Science Museum. Memandangkan South Kensington tu dekat dengan Harrods maka termasuklah juga Harrods sebagai tempat yang bakal dituju untuk mencuci mata.

Anda akan disajikan dengan cerita bergambar.
Situasi di dalam tube di mana Syakirah mengelat. Crisp dia dah habis. Dengan baiknya Maryam memberi sedikit crips dia kepada Syakirah. Sharing is Caring.
Oh. Fatih pun makan crisp ye.
WooooW. Ini muziumkah? Dalam hati memang sangat kagum yang bukan pura-pura. Memang betul. Ini baru tengok luar sahaja. Belum masuk dalam lagi. Memang sangat teruja. Apalah ada kat dalam ye.

Adakah cantik merupakan gambaran yang selayaknya diberikan kepada bangunan ini. Budak architecture mesti sukalah rekabentuk bangunan ni kan. Sapa budak architecture yang suka sila angkat tangan. Ceeewaahh. Macam la ada yang nak respon. Haha.


Bukan setakat cantik sahaja malahan lihatlah betapa ramainya manusia yang beratur nak memasuki muzium ini. Err, saya tak payah beratur. Tengah syok ambil gambar tiba-tiba ternampak Syakirah dah melambai tanda dah sampai giliran kami untuk masuk.

Masuk Adalah PERCUMA.

Sekali lagi PERCUMA.


Rangka dinosour menyambut kedatangan kami dengan bangganya kerana mahu melihat tubuh badan mereka yang sangat besar semestinya lebih besar dari saya. Hihi.

Sampai ke hujung ekornya. Mahu 6 meter panjang badan dinosour ni. Main agak saja bibik ni. Ntah betul ntah tidak. Tiada hadiah yang ditawarkan untuk tekaan yang tepat.


Punyalah ramai manusia yang datang nak melihat dinosour ni. Opps, bukan setakat dinosour sahaja yang ditayangkan ye. Macam-macam ada.

Ada tak nak macam cerita Night At Museum..? Mungkin sedikit sahaja kalau sama pun. Dah nama pun muzium. Lokasi cerita Night At Museum dibuat di Amerika bukan di Uk.

Bila melihat aksi dua ekor dinosour yang tidak diketahui namanya ini membuatkan saya berimaginasi. Bila dia membuka mulut seolah-olah menggamit pengunjung dengan berkata ' Haaiii..' Hahaha. Lebih-lebih lagi dengan menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan malahan ke atas dan ke bawah. Lawak betul.

Ini adalah Trex. Nama panjang dia susah nak eja. Ingat Trex sudah la eh. Kalau tengokkan dari gambar ini, Trex memiliki tangan yang sangat pendek. Ini bermakna Trex tidak pernah menggosok gigi sepanjang hidup dia. Kah Kah Kah. Err, macamana la eh kalau dia nak berus gigi jugak. Haha.


Mengantuk.

Cerita akan bersambung di entry yang lain. Nama pun muzium. Mana nak cukup satu entry saja. KuiKuiKui.

Wassalam.



Monday, July 27, 2009

Meatball Ikea

Ni kalau ada sos boleh jadi Meatball Ikea. Perasan. Haha.


Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijanji hari ni saya mahu membayar hutang entry yang lepas sebelum bertambah cerita di minggu baru ni. Sekarang tengah melayan Maryam sarapan sementara yang lain masih seronok berdengkur. Haaiipp, apasal bibik tak kerja. Ngular ke? Haha.

Ini pun kerja juga. Mengajar orang yang terliur masak. Eceeehh, ye la tu. Biasa la saya pun malas nak keja bila datang hari Isnin. Semangat nak kerja tak datang tapi semangat menggoreng entry yang tiba-tiba menyerap kat hujung jari. Haha. Ceyh.. sedangkan hari-hari pun memang kerja. Takde beza. Haha.

Inilah barisan meatball. Yang ikhlas berjuang.

Resepi Meatball

400 gram daging cincang
2 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji telur
3/4 cawan serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley

Cara-Cara

1- Gaulkan semua bahan dalam satu bekas dengan penuh kasih sayang.

2- Bentukkan bahan menjadi bebola api. Eh, silap. Bebola kecil.

3- Siap kesemuanya, anda mempunyai pilihan samada mahu digoreng atau dibakar.

4- Sekiranya anda mahu menggoreng, gunakan sedikit mentega. Kalau membakar dengan suhu 170'c selama 30 minit.

* Saya ambil pilihan untuk membakar sebab malas nak layan menggoreng. Hoho.

Maryam yang rajin membantu.

~ Siap satu entry, Maryam tak habis lagi roti yang pertama. Huhu.~

Wassalam.


Hutang La Dulu..

Assalamualaikum wbt

Saya hutang dengan blog 5 entry. Malam ni saya tunjuk gambar je dulu. Isinya nanti la eh.


Lawatan ke Natural History Museum London

Lawatan ke Museum Science London


Resepi Pasta Meatball

Resepi Meatball

Resepi Potato Wedges

Wassalam



Sunday, July 26, 2009

Sediakan Kaki Sebelum Berjalan

Assalamualaikum wbt

Semoga kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt

Baru selesai solat isya' dan maghrib selepas pulang dari Central London. Penat sangat lebih-lebih lagi tang kaki. Masih lagi terasa lenguh berjalan seharian tadi.

Hari ni kami semua berjalan ke Natural History Museum dan Science Museum. Best. Memang 10 kali ganda lagi best dari Muzium Negara. Bukan mahu memperlekehkan apa yang ada di negara sendiri. Hakikatnya begitulah. Tak salah kalau saya katakan Muzium Negara hanya dilawati oleh pelajar sekolah sahaja. Sedikit sangat orang dewasa yang menghayati sejarah negara kita. Termasuklah saya. Selama hidup saya baru dua kali saya melawat Muzium Negara. Pertama semasa zaman kanak-kanak dengan mak sekeluarga. Kedua ketika menjadi guru pengiring para pelajar SRIK. Mahu pergi sendiri. Tidak pernah terlintas di hati.

Apa yang best sangat muzium di London sampai saya memperlekehkan muzium di negara sendiri. Bagus sangat ke muzium mereka?

Insyaallah, saya akan ceritakan tentang hasil lawatan saya dalam entry akan datang. Nanti anda boleh nilaikan sendiri.

Sebenarnya, saya juga berharap Malaysia mampu membina sebuah muzium yang menjadi destinasi tumpuan ramai bukan setakat pelajar sekolah sahaja. Mereka mendapat manfaat dan ilmu dari apa yang dipamerkan dan pulang dengan harapan esok mereka mahu datang lagi ke muzium.

Seronok melihat kanak-kanak menyukai sejarah negara sendiri sejak kecil.

Err.. tajuk tiada kena mengena dengan isi entry. Apa yang nak dikata. Kalau datang ke UK jangan haraplah nak bergaya dengan high heel dua atau tiga inci. Kalau jalan dengan saya, mahunya kena tinggal kat belakang. Hehe.

Jom jalan-jalan di London.

Wassalam.

Friday, July 24, 2009

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt

Malam ni malas nak menggoreng entry. Mood memang jatuh gedebuk. Ni pun bertahan sebab nak menunggu solat isya'. Selesai solat terus mahu tarik selimut. Penat lorr...

Malam ni kita layan gambar sajalah. Ini aktiviti semalam. Nampak sangat dah takde idea nak menulis. Semalam balik dari berjalan pun memang tak larat nak mengeluarkan entry. Hari ni kitorang tak keluar berjalan pun. Anak-anak saya biarkan layan tengok tv sampai tak sempat nak buat aktiviti bersama.

Saya pernah cakap, nanti kita datang bagi itik makan. Jadi sejak pagi semalam Maryam dah tuntut janji. Bila kita nak bagi itik makan. Selagi tak pergi selagi tu dia akan tanya. Bila tengahari semalam dia tak nak baca Iqra', saya pun cakap. Kita tak payah keluar lah petang ni. Waa, terus nangis.


Fatih pun nak bagi makan juga. Masa ni saya sebenarnya dah seriau dengan aksi anak-anak yang teruja macam nak terjun je dalam air. Mulut tak berhenti menyuruh. Carefull. Syakirah siap cakap. Nevermind, I can swim. Cewaaah, pandai kamu cakap..!

Aksi angsa yang dah kekenyangan. Sikit je dia makan.

Nampak gayanya rezeki kamulah itik. Dah angsa diet tak nak makan roti sangat. Hehe.

Masa ni itik banyak bermain di tasik. Tu pasal tadi ada angsa ja kat tempat biasa. Eceeh, cakap macam korang semua tau je kat mana tempat biasa. Haha. Malas nak terangkan. Ni memang entry malas. Hoho.


Comel tak kami?

Ya Allah. Ayat apakah di atas ini. Haha. Ayat meminta pujian kah. Err, sebenarnya ayat bibik yang tak tahu nak tulis apa. Tapi masa gambar ni diambil, anak-anak memang sporting. Terutamanya Fatih. Bila kakak-kakak dia angkat tangan, dia pun dengan sendirinya angkat juga. Fatih memang anak yang bijak. Atau.. Fatih dah tak malu dengan kamera. Hihi. Senang bibik lepas ni.

Makin besar makin manja pulak anak yang saya jaga ni. Sapa lagi kalau bukan Fatih yang bijak. Sekarang mulutnya dah semakin bijak bercakap. Tadi masa ummi dia bercakap dengan kakaknya di telefon, sibuk dia mengajuk setiap patah perkataan yang diucap oleh kakaknya. Pandai dia. Kalau saya sibuk mengemas, nanti datanglah dia sambil mulut bertanya. Ini apa? Tak pun kalau ada sesuatu yang menarik perhatian dia, mulalah mulutnya sibuk bertanya. Ada gaya nak jadi becok ni. Haha.

Sekarang ni pantang je saya takde depan mata dia, mulalah dengar mulutnya menyebut nama saya memanggil. Selagi tak sahut, selagi tulah dia cari. Bila saya memasak di dapur, nanti datanglah dia mengendeng kat kaki sambil tersenyum. Bila ditanya nak apa. Terus berlari ke depan ruang tamu. Tak lama kemudian, datang balik ke dapur. Kalau saya di bawah menggosok baju, sesekali saya akan memanggil dia di atas. Terus cepat-cepat dia turun menjenguk saya dari tangga. Hai, kamu buat saya semakin sayang dengan keletah dan panjang akal kamu Fatih.

Ini aksi Fatih semasa makan blackberry. Dalam perjalanan ke tasik tu, ada pokok blackberry yang tumbuh liar sedang seronok mengeluarkan buahnya. Nampak gaya ummi kena ajak abah bawa Fatih petik blackberry tahun ni. Suka sungguh dia makan sampai berebut dengan kakak-kakaknya. Tak tahannya buah ni, dia banyak duri. Sakit jugalah kalau dah terkena.

Aksi anak-anak sedang menikmati blackberry. Terus dari pokok. Hehe. Lain kali kena bawak air nak basuh buah dan tangan. Buah ni bila dipegang jus dia sampai merah tangan dibuatnya.

Inilah rupa blackberry dari dekat. Rasanya masam-masam manis.

Saya suka gambar ni walaupun Maryam dalam keadaan tak bersedia dan Fatimah terpejam matanya. Tengoklah aksi Fatih. Melentok..

Ni nak promote anak orang ka? Haha. Mana ada. Marah kang ummi dia. Hihi. Ini adalah salah satu shoot yang saya suka ambil kalau jumpa corak-corak abstrak. Nampak clear je object dengan background. Semua ni saya belajar dengan Photomama secara tak berbayar. Kalau jadi ahli mahunya lagi cun gambar. Hihi. Bila ntah nak jadi ahli.



Habis. Pheeewww. Tengok. Takde mood pun entry panjang juga. Bibik ni memang tau. Nampak sangat ikut mood. Hoho. Mood lepas solat dia dah ok. ekeke.

Wassalam.

Wednesday, July 22, 2009

Ain Yang Saya Rindu..!


Saya rindu dia.

Sangat-sangat rindu.

Anak murid saya semasa di SRIQ, Terengganu.

Saya kenal dia sejak berumur 3 tahun. Kecil lagi masa tu.

Lincah orangnya. Boleh kata buas juga sebab dipengaruhi oleh dua orang abang di atasnya.

Saya sempat mengajar semasa dia di tadika. Ketika itu umurnya 5 tahun.

Anak murid yang tak reti duduk diam. Pantang lepa sedikit dah keluar mencari ayahnya yang turut mengajar di sekolah yang sama.

Banyak kenangan saya dengan dia. Kadangkala saya menjadi pengasuh tak bergaji ketika umminya berkursus.

Semasa di sana saya suka mengumpan kanak-kanak dengan gula-gula. Salah seorangnya dialah. Sampaikan dia tahu, dalam poket saya mesti ada gula-gula. Diam-diam tanpa disedari tangan dah seluk poket saya mengambil gula-gula.



Ain,

Ingat lagikah kamu pada saya...?

Saya rindu kamu.

Semoga Allah memberi kesempatan pada kita suatu hari nanti untuk bertemu kembali.

Saya Sangat Sayang Kamu.

School Summer Holidays

Assalamualaikum wbt


Esok bermulanya cuti sekolah musim panas anak-anak yang saya jaga. Berapa lama saya tak pasti. Lama jugak rasanya. Enam minggu tak silap saya. Dalam kepala dah ada macam-macam idea nak buat. Entah jadi entah tidak. Tengoklah macamana nanti. Harap-harap mereka akan mendapat manfaat dari cuti sekolah kali ni. Oh yeeaa...! Haha..

Seperti biasa kalau cuti memang ada sessi hafalan surah-surah pendek. Dah lama tak perhangat anak-anak ini menghafal. Setiap hari mereka membaca al-quran dengan ummi dan abah mereka. Bab menghafal ni dah lama tak tanya. Teringin jugak nak buat hafalan kat taman secara santai sambil duduk bawah pokok menghafal. Penat menghafal main bola. Ehm, menarik. Akan difikirkan kalau keadaan mengizinkan.

Selain dari menghafal surah-surah pendek, mereka ni sangat suka membaca. Lebih-lebih lagi Fatimah. Dia boleh hanyut dengan dunia bacaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Jadi saya akan mempergunakan kelebihan mereka untuk lebihkan membaca sirah-sirah nabi. Alhamdulillah, banyak sirah-sirah nabi yang mereka sudah ketahui. Kena cari sirah baru supaya ilmu mereka bertambah.

Tak lama lagi ada seorang kawan mereka akan pulang ke Malaysia selepas ayahnya selesai pengajian PhD. Kalau diizinkan Allah, kami akan berjumpa pada awal bulan Ogos nanti di Nottingham. Jadi, sebagai kenangan terakhir mereka pernah bersama di sini, saya cadangkan anak-anak membuat kad atau buku ucapan sebagai tanda persahabatan mereka. Ehm, nampak gayanya, saya pun kenalah cari gambar-gambar kenangan semasa mereka pernah bersama. Ada ke tidak entah. Kena cari.

Haa, baru saya teringat. Hihi. Saya pernah berjanji dengan diri sendiri. Cewaah. Ayat tak mahu kalah tu. Nak ajar anak-anak ni naik basikal roda dua sampai pandai. Bukan setakat ajar lepas tu bila anak-anak mengalah, saya pun putus asa. Oh NO...! Saya nak ajar sampai boleh.

Kalau kat Malaysia macam-macam boleh buat kalau cuti sekolah bermula. Lebih-lebih lagi saya ni yang tak reti duduk rumah. Menghilang je memanjang. Sampaikan mak bising nak kunci pagar sebab nak saya duduk rumah. Haha. Anak dia pulak mana makan saman. Boleh saya goncang pagar tu sampai la mak saya buka. Lepas tu hilang lesap main masak-masak kat tepi longkang. Tengok, sekarang anak mak ni sampai London main masak-masak. Ngeh Ngeh Ngeh.

Oklah. Nanti saya cerita apa yang kami buat sepanjang cuti ni.

Oh, sekarang saya sedang membaca pengalaman ibu-ibu yang berjiwa besar membuat 'HomeSchooling' untuk anak-anak mereka. Saya teruja melihat semangat mereka menjadi guru demi memberikan pendidikan yang seimbang tanpa perlu terikat dengan sistem pendidikan di sekolah. Bukan setakat di Malaysia sahaja. Saya ada terjumpa satu blog orang melayu di UK yang membuat homeschool untuk anak-anak mereka. Seronok tengok aktiviti yang mereka jalankan sesama adik beradik dengan bantuan ummi mereka.

Seronok la... Ehm.. Dah mula berangan dah... Hihiii

Wassalam.


Tuesday, July 21, 2009

Outing Budak Asrama

Assalamualaikum wbt

Hari ni kita mengenang kembali kenangan budak asrama. Rindu bila diimbas balik zaman semasa jadi pelajar sekolah berasrama. Macam-macam perkara yang dipelajari di sana. Baik dan buruk semua ada. Semua tu dirasai dalam proses pembentukan diri untuk sampai pada tahap hari ini.

Ok, hari ni nak kongsi cerita pasal Outing Budak Asrama. Masa outing memang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar yang duduk di asrama. Lebih lagi andaikata keluarga jauh dari sekolah. Semua keperluan diri perlu diuruskan sendiri dengan wang yang dibekalkan oleh mak dan abah.

Outing bagi pelajar sekolah kami sebulan sekali dan pulang bermalam di rumah pun sebulan sekali. Ini kerana kami keluar secara berasingan dengan pelajar lelaki. Minggu yang berlainan. Memang takde chance la nak jumpa kat Kangar tu. Eh, ada. Nanti saya cerita kemudian. Huhu.

Peraturan asrama kalau nak keluar bandar mestilah berpakaian sekolah ataupun pakaian khas yang berwarna coklat cair. Suka lah masa tu. Mak pilih kain baju asrama saya sangatlah cantik ok. Hihi. Tak gelap sangat dan tak cair sangat. Memang tak boleh la pakai baju biasa. Ada kang yang nak kena sound dengan warden melainkan kalau keluar dengan keluarga. Masa tu tak perasan sangat.

Masa keluar bandar adalah hari Sabtu selepas selesai amal jamaie (gotong-royong) membersihkan asrama. Selalunya amal jamaie habis pukul 9 pagi. Bergantung pada kawasan yang dibersihkan. Kalau kotor sangat memang lama la nak membersihkan. Kalau setakat coghok ayaq (baca:curah air) memang la 5 minit dah selesai. Selalunya memang akan ngelat punya. Buat cincai je. Asalkan bersih. Haha. Memang nampak sangat saya ni budak nakal kat sekolah. Hoho.

Habis amal jamaie maka kami pun bersiaplah nak ke bandar. Memang siap cepat sebab takut tertinggal bas. Sedangkan bas pun tak tau datang pukul berapa. Main tunggu je. Dah habis siap, maka kami pun ramai-ramai menapak berjalan kaki dengan riang hatinya menuju ke perhentian bas yang nun jauh di hujung taman. Kalau jalan ramai-ramai memang tak terasa penat. Sambil dok sembang tengok-tengok dah sampai perhentian bas.

Kat sini bermulalah episod menunggu bas atau teksi yang lalu sejam sebuah atau kalau nasib baik tak sampai 15 minit dah nampak kelibat bas. Dah naik bas pun bukannya boleh lega lagi. Kadang tu kalau nasib kurang baik. Bas penuh. Terpaksalah berhimpit sementara nak dapat tempat duduk. Kadang tak dapat pun. Berdirilah kami sampai ke Kangar. Jauh oo. Setengah jam ada la jugak. Sapa yang tau Perhentian bus Taman Melati kat Beseri. Taulah jauh mana jarak dia kan.

Dah sampai bandar Kangar, destinasi pertama adalah Bank Simpanan Nasional. Apa lagi. Nak cucuk duit. Hihi. Selalunya inilah alasan budak asrama kalau nak keluar. Nak cucuk duit. Hihi. Kadang tu tak nak cucuk duit pun, buat alasan cucuk duit. Yelah, ini aje alasan yang boleh diterima warden tanpa bantahan. Ngeh Ngeh Ngeh. Lagi nak kukuhkan alasan keluar bandar. Tak boleh minta tolong cikgu ialah " Saya pakai buku bank". Hahaha. Mestilah dapat kan.

Dah dapat duit, masa untuk shopping. Hehe. Masa tingkatan satu dulu ada Looking Good dekat KWSP. Masa tu kiranya Looking Good satu-satunya shopping complex yang ada dan yang paling besar. Tu pun dah kira best. Beli tak seberapa sangat pun. Melilau saja yang lebih.

Dah habis membeli bukannya nak terus balik. Meronda lagi bandar Kangar sampai cukup masa dah lapar. Cari kedai makan pula. Masa zaman saya belajar, kami cukup takut nak masuk KFC. Salah satu sebabnya tak pasti HALAL atau tidak. Ramai yang mempertikaikannya. Jadi kedai makan kat sebelah balai polis menjadi tumpuan. Sekarang kedai makan kat situ dah takde. Menu yang menjadi pilihan ialah bihun sup dan ABC. Waaah, meleleh air liur dok teringat. Habis makan dah kenyang terus p cari tempat nak solat. Masa tu kami solat kat atas kedai bazar MARA tak silap. Lupa la solat kat mana.

Haa, satu lagi hobi saya bila p Kangar ni ialah baca majalah. Hehe. Bukan nak beli sangat pun. Setakat belek-belek siapa artis cover majalah. Dah tau berita artis sikit-sikit oklah. Bukan satu kedai je saya belek. Boleh kata mana ada kedai majalah saya singgah. Haha. Masuk satu kedai belek majalah URTV. Jalan-jalan lagi, jumpa kedai majalah belek MEDIA HIBURAN pulak. Lepas tu kalau ada lagi kedai majalah belek majalah MANGGA. Cukuplah. Masa tu tiga majalah ni yang paling femes.

Bila hari dah beranjak petang, lebih kurang pukul 3 atau 4 kami pun dah start cari bas nak balik asrama. Kalau rasa tak puas lagi berjalan, sampai bas terakhir pukul 6.30 la baru jumpa muka kami ni. Masa tu memang bas akan penuh punya. Sebab semua pakat nak naik bas 6.30. Sebelum 6.30 kami dah tunggu. Nak cop tempat duduk. Kalau tak, mahunya terpaksa bersesak dan berhimpit dengan orang ramai. Dah la bas takde aircond. HANGAT. Dalam bas sementara tunggu bas nak jalan dah siap bekal. Mangga muda dengan air mesti ada buat hilang penat.

Ok. habis cerita outing di Kangar. Nak cerita satu lagi outing budak asrama. Hihi.

Berdekatan dengan sekolah saya terdapat satu pasar pagi setiap hari Sabtu yang kami panggi NUT. Jangan tanya saya kenapa nama dia NUT. Saya pun tak tau awat nama dia NUT. Jadi, kalau minggu tu dompet ada 2 ringgit ja tapi ada hati nak keluar, maka sinilah tempat yang kami tuju. Mula-mula dulu depa dok sebut nak p nut. Saya ni dok ingat apa la pnut ( baca:peanut). Hairan saya tak lama. Ikut je depa dengan berjalan kaki. Ikutkan jauh juga nut ni kalau jalan kaki. Bila dah berjalan ramai-ramai yang jauh pun tak terasa lagi-lagi bila dah terbayang dalam kepala laksa, bihun sup, pasemboq, ABC yang semuanya berharga seringgit. Haha. Takde la saya beli semua. Sekadar memilih satu jenis makanan dan ABC yang menjadi kewajipan. Kalau masa duit terlebih barulah merasa nak beli dua jenis makanan.

Yang kurang seronoknya bila p nut ni ialah nak menerima pesanan kawan-kawan. Dah la kami p jalan kaki. Bila ajak p sama depa tak mau. Tapi bila time memesan nak pula. Kacau betul. Kalau tak tolong kata sombong berlagak. Memandangkan kawan punya pasal kami terimalah jugak. Tu pun tak banyak. Boleh la setakat dua tiga orang. Tu pun dah penuh tangan nak bawa. Kiri dan kanan. Kalau datang perangai pentingkan diri sendiri. Kami p secara senyap-senyap. Tak habaq pun kat kawan-kawan nak p mana. Depa dok ingat nak p bandar tapi sebenaqnya p nut ja. Haha. Lepas tu pandai-pandai la cari port nak makan. Tak nak kawan-kawan tau kami kelentong depa. Kui Kui Kui.

Err... Ada cerita lagi ni. Masa kat KUSZA pulak. Almaklumlah, banyak sangat tempat tinggal masa kecik dulu. Eh, sampai sekarang pun tak tingal dengan keluarga sendiri. Ngeee.

Ok, masa kat KUSZA dah senang sikit. Nak ke bandar naik van sekolah yang pakcik-pakcik bawa selepas masa budak sekolah la kan. Maknanya pagi seawal jam 8.30 dah ada van tunggu pelajar yang nak ke bandar. Bayaran tambang nak ke bandar 1.50 satu hala. Memang menjadi peraturan mana-mana IPT nak keluar masuk ada kad khas. Kami budak KUSZA ni malas bila nak kena kumpulkan kad keluar masuk ni. Masa mula-mula jadi junior memang tinggalkan kad tu kat pondok pengawal dan akan ambil balik bila nak masuk asrama. Takut punya pasal.

Bila dah besar, dah jadi senior mula buat perangai besar kepala. Dah malas nak tinggalkan kad keluar masuk di pondok pengawal. Selalu memang tak ada masalah sebab dalam satu van akan ada budak baik yang akan minta pakcik berhenti nak ambil kad keluar masuk. Hehe.

Satu hari ni, nak jadi cerita. Van penuh dengan pelajar yang keluar ke bandar. Tapi bila time nak ambil kad hanya dua tiga orang saja yang keluar ambil kad. Yang lain memang sah-sah dah la tak letak kad. Kena pulak hari tu pak guard yang jaga memang garang dan terkenal dengan skema pasal disiplin. Sudah..! Dengan kecut perutnya kami dalam van ni dah tau memang akan kena dengan pak guard. Haha. Dia datang dekat van kami terus tanya dengan muka serius.

" Apasal kamu semua tak turun ambil kad?"

Masing-masing diam tak berani nak menjawab.

Mula la sessi syarahan percuma selama 10 minit dengan menyaksikan kami semua diam langsung tak berkutik. Berani menjawab. Kang tak pasal-pasal ada yang nama tersenarai sebagai pelajar yang bermasalah. Biarlah dia nak bersyarah sekejap. Bukan selalu pun. Hoho. Habis semua pelajar yang turun ambil kad, pak guard pun berhenti bersyarah sebabkan hari pun dah memang lewat. Makanya, terselamatlah saya dari sebarang tindakan disiplin di KUSZA. Lepas je dari kejadian tu, memang dah tak berani nak main-main pasal kad keluar masuk. Untuk memudahkan kerja pengecaman kad semasa nak ambil. Saya pun letak riben merah yang mudah di lihat dari jauh. Wee...!

Masa kat KUSZA pun selain dari keluar ke bandar, setiap petang khamis kami akan beramai-ramai berjalan menuju ke pasar malam Kg Pak Tuyu ikut pintu belakang KUSZA. Selepas je solat asar dalam pukul 5 dah start berkumpul dengan geng Usul nak cari makan malam dan sarapan esok paginya. Selalunya hujung minggu di KUSZA kami dibenarkan untuk potong makan dan bila cukup satu semester jumlahnya akan dikumpul dan dipotong dari yuran makan yang perlu dibayar.

Masa kat sinilah macam-macam godaan makanan yang ada dijual. Di sinilah saya mengenal rangka ayam yang sangat sedap dengan harga yang murah. Memang tak pernah miss kalau pergi pasar malam. Ada satu makanan di pantai timur yang saya tak pernah cuba langsung dan tak menyesal tak mencuba. Hihi. Nasi Kerabu. Saya tak boleh terima bila makcik tu cakap. " Dok sedap kalau dok buh budu". Waaa, dah la memang saya tak makan budu. Langsung saya tak pernah cuba makan nasi kerabu gara-gara kena letak budu. Orang lain boleh hirup kuah budu tapi saya nak cuit pun susah. Pernah la sekali selepas melihat orang lain makan dengan sedapnya membuatkan saya TERcolek sedikit budu yang ada. Ehm, ok tapi tak la colek lagi. Haha.

Banyak kenangan hidup sebagai pelajar ni. Lebih-lebih lagi saya yang merasa belajar jauh dari keluarga. Masa di Perlis lima tahun pekat dengan loghat utagha sampaikan kawan-kawan tak percaya saya orang KL. hihi. Bila duduk KUSZA selama tiga tahun saya tak mahir lagi loghat Terengganu. Paham pun kurang sebab banyak berkawan dengan orang utara. Semasa mengajar di SRIQ barulah saya boleh cakap dan memahami loghat Terengganu.

Sekarang dah merasa duduk di Uk kenalah bercakap loghat London pulak ye. Hoho. Tergeliat habis lidah saya nak menyebut British ascent ni. Nasib anak-anakku sabar melayan kerenah bibik seorang ni. ekeke.

Wassalam.

Monday, July 20, 2009

Sausage Roll Cheese


Ini menu sarapan pagi tadi. Dah tak tau nak masak apa. Tengok blog kak Hana ada resepi ni. Dia letak cheese. Jadi saya pun ikut resepi dia memandangkan dalam fridge ada cheese yang banyak. Hehe.

Bahan-Bahan

12 keping roti dibuang tepinya
12 batang sosej ayam
Cheese samada parut atau keping
serbuk roti atau breadcrumbs secukupnya
1 biji telur dipukul
Minyak untuk menggoreng


Cara-Cara

Gelek roti sehingga nipis dan buang tepinya.

Letakkan sedikit cheese dan sosej di atas roti.

Gulungkan roti dengan kemas. Buat sehingga habis.

Panaskan minyak. Salutkan roti dengan t
elur kemudian serbuk roti.

Goreng dengan api yang panas sehingga kekuningan.

Sedap dimakan dengan sos atau mayonis.


Selamat Mencuba..!

Sunday, July 19, 2009

Public Phone Dengan Budak Asrama

Public Phone London

Assalamualaikum wbt

Telefon awam dan syiling dua benda yang saling memerlukan antara satu sama lain. Saling lengkap melengkapi. Kalau tiada syiling maka tak berfungsilah telefon awam. Ring-ring kad kamu duduk diam-diam. Saya tak nak cerita pasal kamu. Haha.

Teringat zaman belajar dulu. Saya mula berjauhan dari keluarga sejak umur 12 tahun lagi. Sob. Sob. Dulukan masuk sekolah hujung tahun. Jadi kira 12 lah eh. Sampai sekarang masih berjauhan dengan keluarga. Dah 15 tahun saya merantau merata tempat. Belajar dan bekerja. Seronok. Ehm, kebetulan pula dekat kaki saya memang ada dua tahi lalat yang bukannya kecil. Memang nampak sahih. Haha. Tu bukan tanda kaki jalan. Memang kaki jalan pun. Panjang je langkahnya. Keh Keh Keh. Kang ada pulak yang kata, kaki saya ada tahi lalat. Tak jalan pun. Habis tu yang kamu pergi ke mana-mana guna kaki bukan berjalan ke nama tu. Hisshh, loyar buruk betul. Ni nak cerita pasal tahi lalat ke telefon.

Kalau dekat asrama memang biasalah kan penggunaan public phone memang sangat-sangat la berleluasa. Dah la satu je telefon untuk kegunaan dua ratus orang pelajar perempuan. Bayangkan la kan betapa berderetnya manusia nak menunggu. Tak payah ramai. Lima orang menunggu pun dah jenuh sabar. Tu tak masuk yang telefon sambil menangis. Ops, tu cerita kemudian. Ini bab menunggu. Biasanya waktu yang paling ramai orang guna public ni lepas maghrib dalam pukul lapan malam. Masa tu public phone sekolah bawah surau. Itu untuk penggunaan pelajar perempuan. Pelajar lelaki punya asing. Jadi memang lepas solat je ada la dua tiga orang yang tak sabar tak termasuk saya. Haha. Saya pemerhati saja.

Biasanya yang tak sabar ni adik-adik tingkatan satu. Tu pasal saya kata saya ni pemerhati saja sebab saya dah tingkatan lima. Dah besar la katakan. Haha. Bagi la peluang dekat adik-adik yang baru belajar berjauhan. Lagipun masa antara Maghrib dengan Isya sekejap sangat. Tak ramai pun yang boleh guna. Jadi sebagai senior sekolah yang 'baik' saya guna telefon masa orang takde. Haha. Nanti saya cerita.

Masa ni lah nak tengok adegan airmata mengalir sambil teresak-esak menelefon keluarga. Saya? Mana macho tayang menangis depan orang ramai. Kah kah Kah. Jangan percaya. Sama je yang menulis ni dengan adik-adik tu. Yang syoknya tengok kawan-kawan yang berlagak ayu. Ada seorang kawan saya ni, memang saya kenal dia sebagai seorang yang kuat semangat. Sekali tu saya terserempak dia tengah bercakap telefon sambil teresak-esak menangis. Masa tu takde siapa kat public sebab orang tengah solat. Hehe. Dia perasan yang saya lalu terus berpaling mengadap dinding. Alamak, kantoi la kawan. Saya apa lagi sengeh la memanjang bila pandang muka dia. Nakal saya ni, suka sakat orang dulu. Eh, sampai sekarang pun ya jugak. Hehe.

Ada tu pernah banyak kali. Bukan sekali je. Bila ustaz nampak pelajar perempuan tengah tunggu giliran nak guna phone dia boleh suruh kami ni naik atas surau mengaji. Ya Allah, punyalah geram dengan ustaz tu. Ish, nak marah pun ustaz. Kang tak pasal-pasal ada rekod buruk dengan cikgu. Huhu. Sabar je. Dalam hati ni memang marah ni. Takpe, kami semua pun naiklah atas surau konon nak mengaji. Lepas 10 minit berlalu, agak-agak ustaz dah takde. Hai, takkan ustaz nak tercongok depan public. Saja la kan. Saya pun jenguk la dari balik pintu. Tengok ustaz takde, apa lagi guna la balik telefon. Haha. Masa tu adik-adik pun mula la pakat turun ramai-ramai sebab dah tengok senior otai dia ni takde. Maknanya line clear la. Ngeh Ngeh Ngeh.

Sekolah kami nama je ada lelaki. Tapi semua aktiviti asing. Memang takde chance nak jumpa langsung. Semuanya usyar dari jauh je. Tu pun ada yang bercouple. Nak jadi cerita, public phone budak lelaki kat atas bukit tu pun menjadi mangsa pelajar perempuan yang berani macam saya guna. Bila tengok line clear, saya dengan kawan-kawan yang desperate nak telefon mak ni memberanikan diri naik atas guna. Malu tu dah tak tau tertinggal tang mana. Yang tau malam tu memang kena call mak. Dapat je pegang ganggang terus call tanpa membuang masa. Selepas misi selesai, mula la tiga empat orang pelajar lelaki datang nak guna. Masa tu dengar dah mulut dorang bising-bising tengok kami guna. Lantaklah. Lepas kawan saya selesai, kami pun dengan slumbernya jalan balik ke surau sementara tunggu masa nak prep. Huh, malu tu tiba-tiba datang balik on the way berjalan. Malu. malu.

Cerita pasal couple ni, public phone lelaki boleh call masuk public phone perempuan. Jadi ada la couple yang memang lebih berani dari saya bergayut bercinta monyet. Ala bukannya cakap lama pun. Ntah apa depa sembang. Kot nak dengar suara je. Haha. Macamana saya tahu? Bangunan kelas kami mengadap bangunan surau. Makanya pada suatu hari sedang saya berjalan di koridor kelas, saya perasan public phone lelaki dengan perempuan sedang digunakan oleh pasangan couple ni. Huhu. Dasyat betul depa ni. Tapi takpa. Cinta monyet kan. Nak halang pun bukannya depa makan saman. Sampai kantoi dengan guru disiplin pun tak takut lagi.

Naik tingkatan empat, kami dah ada bangunan asrama sendiri. Tak lama kemudian, telefon dipasang. Satu je depa pasang. Yang tu pulak direbutkan oleh kami yang ramai ni. Huhu. Dah la masa penggunaan terhad. Sabar aje.

Kalau nak cerita semua memang tak habis. Ni nak sambung cerita public phone masa di KUSZA pulak. Ni lah jadinya kalau duduk berjauhan dengan keluarga. Public phone memang penyambung rindu dan kewangan. Lagi pulak, saya memang tiada handphone masa belajar. Dah kerja kumpul duit tiap bulan baru dapat beli.

Masa kat KUSZA lagi dasyat. Ni memang siap kena maki dengan saya. Errk, dalam hati je. Geram betul. Meh nak cerita.

Public phone kat KUSZA banyak dan merata-rata ada. Boleh kata setiap blok asrama ada lima tiang telefon dipasang TELEKOM. Terima kasih TELEKOM. Tapi disebabkan manusia yang bernama perempuan terlampau cerdik daripada saya telah menyalahgunakan hak awam. Langsung semua tak boleh guna. Geram weei. Nak tunggu TELEKOM perbaiki pun ambil masa sehari dua jugak. Dorang pun geram dengan perempuan-perempuan yang terlebih kurang diajar ni. Bukannya datang nak kutip duit penuh tapi datang nak perbaiki telefon yang rosak.

Kalau rosak betul tak apa. Ini kerja manusia yang cerdik, tak tahulah apa taktik yang dorang guna. Lepas je dorang pakai, telefon tu akan rosak. Mula-mula dulu saya hairan jugak. Lama-lama ada kawan bagitau dengan duit sekupang tu depa boleh bergayut tiga empat jam. Errk, takde la lama sampai macam tu. Saja je saya buat ayat gempak. Kalau lama macam tu, mulut saya yang takde insurans ni akan slumber je sound. "Cabut la wei, telefon tu letak dalam bilik". Haha.

Pernah dalam saya dok tunggu giliran nak telefon mak. Ada minah kerek ni guna telefon bergayut punyalah lama. Saya sempat sound kat dia. "Weii, cepat la sikit. Orang lain nak guna jugak". Lepas tu telefon rosak. Slumber je dia blah dengan muka tak tahu malu. Kalau saya ada kekuatan nak je tendang biar jatuh tersungkur. Eiiishhh. Memang geram betul dengan manusia macam ni. Lagi buat saya tambah hangin. Satu tu jelah telefon yang last boleh guna. Yang empat lagi semua dah rosak sebab benda yang sama. Arrrghhh...! Sabar je..

Terpaksalah saya menapak ke blok lain cari public phone yang boleh guna. Kalau kena time hari public rosak seluruh block. Memang terpaksalah bersabar esok hari nak guna public kat block sekolah.

Haaa.. Cerita pasal public kat sekolah ni best. Bukan best biasa-biasa je. Sangat best. Tak tahulah sebab dan macamana. Saya malas nak ambil port. Asal boleh menjimatkan duit syiling saya sekupang dua ok la kan. Hehe. Public ni memang best tapi tak ramai orang guna sebab kedudukan dia yang tak strategik untuk bergayut lama. Kalau malam memang sunyi dan gelap. Jadi sesiapa yang bergayut tu memang muka tak malu. Hoho. Telefon ni saya masukkan sekupang tahan sampai tiga minit banding dengan public lain yang sekupang seminit je. Kan saya kata, bukan jimat banyak mana pun. Lagi la saya telefon KL. Memang kerjanya menelan duit syiling saya macam orang yang dahaga di tengah padang pasir je. Huh.

Jadi, bila sekupang tiga minit boleh la cakap lama dengan mak. Takde la sambil cakap sambil dok kalut nak masukkan duit. Tu tak kira bila signal berkelip-kelip minta duit tapi tak nak terima. Hangin jugak tu.

Ehm, cerita public phone dengan saya memang banyak. Dari zaman guna syiling sampai saya guna RING RING CARD sebab dah malas nak melayan public yang rosak sentiasa. Bila guna card ni memang takde masalah langsung. Telefon rosak saya still lagi boleh guna. Nak lagi best tak payah beratur dengan perempuan-perempuan kerek yang tahunya menjahanamkan telefon je. Ada satu masa punyalah baik hati, saya bagi pinjam kat sorang student ni RRC saya. Kesian dia. Nak call rumah 2 kupang je pun tapi dah telefon semuanya rosak. Nasib kebetulan saya ada kat situ. Maka saya pinjamkan RRC saya dengan dia. Baikkan saya. Perasan..! Tarik hidung baru tau.

Satu lagi, sebelum saya tutup api menggoreng entry. Ni pun kes geram jugak. Elok-elok saya tunggu giliran sambil minum air soya mesin gedegang. Dah habis minah poyo tu guna telefon. Saya pun nak la ambil giliran guna telefon. Tiba-tiba datang kawan si minah poyo ni dengan slumbernya masukkan syiling dial nombor. Whoooaaaa..... marah dalam hati je. Siapa suruh kau tak tanya dulu tadi. Kan dah kena sekali. Penat tunggu giliran, sekali dia angkut geng nak guna sama. Waaarrhgh. Nangis dalam hati sambil hentak dinding. Mana ada. Saja je. Saya pelajar yang baik. Tidak pernah rosakkan harta sekolah. Hahaha. Pengajarannya, sebelum korang nak guna baik tanya dulu. Ada tak orang nak guna lepas ni. Kalau takde, selamat. Tunggulah sambil minum air soya gedegang. Kalau ada. Carilah public lain. Weeee...!

Ehm, sekarang orang tak pakai dah public phone. Handphone dah menggantikan fungsi sedia ada. Orang pun lebih suka bergayut dalam bilik sambil bergolek. Haha. Eh, kalau yang bergayut kat koridor bilik tu tak yah la galak nak berpusing-pusing. Kang tak pasal-pasal ada yang jatuh tingkat tiga. Tak sempat nikah.

Satu lagi, teringat kat seorang kawan. Dia tua dari saya, kak Farina nama dia. Hobi dia kumpul duit syiling 5 kupang. Bila saya tahu dia ada koleksi syiling 5 kupang yang sangat banyak. Mula la saya mengecek duit dia tiap minggu. Eh, takde la tiap minggu. Kebetulan kalau minggu tu duit syiling saya tak cukup nak call mak, saya pinjam kat dia. Syaratnya kena bagi balik syiling 5 kupang. hehe.

Saya pernah nampak mamat bawak Merc turun kereta pegang handphone guna public phone. La la laaaa...

Wassalam.


Saturday, July 18, 2009

Drama Bersiri Nur Kasih

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Baru selesai menonton drama bersiri Nur Kasih sambil melipat kain. Dua kerja dalam satu masa. Takde la saya tercongok menonton tak berkelip-kelip. Ouh, itu zaman kan dah lama ditinggalkan. Kadang(baca-selalu) tu sampai kena marah dengan mak. Cerita dah habis tapi kain tak jugak habis-habis dilipat. Haha. Sekarang kain habis lipat dulu cerita tak habis-habis lagi. Terbalik kuang betul. Eh, tak la. Sekarang nampaknya saya dah bertambah cekap melipat kain. hehe. Perasan betul. Tengok tv sekadar nak tahu jalan cerita saja. Asal paham. Takde la dibelek handsome ke tak hero. Comel ke tak heroin. Bukan apa, minggu depan boleh tengok lagi. ekeke. Ini hero kedua yang saya suka melakonkan watak lelaki baik selepas Zul Yahya dalam Cinta Madinah. Haaiii.. Cair sekejap. Berangan nak lelaki macam tu dulu. Lawak betul bila ingat balik.


Saya tahu ramai yang menunggu-nunggu kesudahan cerita ini kan. Sabar, sabar. Panjang lagi cerita ni. Ada 26 episod kesemuanya. Huhu. Tak lama. Pejam celik dah habis. Lepas tu ada lagi cerita lain. Kalau takde pun, hidup perlu diteruskan jugak. Ini sampingan sahaja. Ewaah. Pandai la kamu ye.

Duduk London tengok cerita melayu. Apa kes. Haha. Bagi saya menonton tv ni sekadar nak mengisi kebosanan pada malam hari sambil melakukan aktiviti lain. Contohnya menulis entry, menggosok atau melipat baju dan kemas bilik. Kenapa tak nonton cerita lain? Ehm.. kalau cerita inggeris atau korea saya kena berikan tumpuan sepenuhnya. Kalau tak mahu satu habuk pun saya tak paham. Tak ke rugi. Hehe. Bijak tak saya?

Lagipun drama-drama melayu sekarang banyak dan best. Ramai yang sudi menguploadkannya di youtube. Cumanya kena sabar la sikit. Takkan la tengah-tengah tayang dah nak suruh kawan tu upload. Mahu tak hangin. Saya pun ada sedikit hangin baca komen-komen manusia yang tak sabar. Nak je balas. Kawan tu bukannya dapat gaji upload cerita. Lagi la nak ucap terima kasih. Tapi orang lain yang faham komenkan untuk saya. Haha. Eh, kalau la saya ada akaun Youtube, mesti semua drama melayu ada komen saya ucap terima kasih sebab sudi upload cerita untuk kami. Sebabkan saya ni tersangatlah PEMALU maka ucapan itu hanya melayang di udara sahaja. HAHAHA. Cepat. Cepat lesing bibik ni sikit. Tak percaya. Siapa yang jumpa pertama kali dengan saya tau lah camana saya. Hoho.

Dah sambung balik cerita. Melalut sahaja.

Ehmm, bukan takde yang sangat bagus. Tengah-tengah cerita tu ditayang dia dah upload. Memang ekspress. Sebab dia tahu ramai yang tunggu dia upload siri tu. Lagi-lagi kami yang di overseas ni. ekeke. Dah la internet berdesup. Hehe. Memang takde la nak sekat-sekat. Iklan jauh sekali la kan. Kalau uploader yang pandai tu memang takde punya iklan. Yang baru berjinak-jinak je dia masukkan sekali iklan. Tu pun seciput ja. Lama-lama dia dah pandai. Takde dah iklan.

Apasal saya tak tengok kat website TV3. Ehm. Saya dah lupa username. HAHAHA. Bila nak buat lain susah la pulak. Saya ada satu je akaun email. Jadi dia detect ada user yang guna akaun tu yang mana sayalah. Hoho. Jadi malas nak garu kepala. Tunggu aje orang upload kat youtube. Lepas tu sekarang catch up tv series pun dah tak upload cerita. Owner dia sibuk nak exam final yang mana saya dah boleh agak sapa pemilik dia. Jeng... Jeng.. Jeng....

Err.. Saya rasa cerita Nur Kasih ada sedikit persamaan dengan filem Perempuan Berkalung Sorban. Tak la seratus peratus sama. Sedikit sahaja. Apa pun kita tunggu kesudahan cerita. Tak pun korang boleh tengok kat youtube cerita tu. Then, buat perbandingan sendiri. Best cerita tu. Tak rugi tengok. Eceehh, promote lagi. Hehehe.

Habis cerita Nur Kasih.


Berita terkini dari Battery Road Hospital, Greenwich- Alhamdulillah kami semua semakin sembuh. Cuma ada sedikit batuk-batuk dan selsema yang belum pulih sepenuhnya. Nasi belum berjaya masuk ke dalam mulut lagi. Haha. Tak lalu. Tekak ni masih lagi terasa loya. Erk, macam orang mengandung la pulak.

Menurut bicara Dr Siti Fazilah ( jangan marah eh kak ct. Ini berita terkini. Haha) pagi tadi di ruang dapur rumah kami (lokasi kena tepat) terdapat kes yang lebih serius di Eltham yang mana menurut sumber yang boleh dipercayai (err, pemberita lupa daa siapa yang kak ct bagitau tadi. ngeh ngeh ngeh) terdapat pesakit yang mengidap selsema babi ini mengadu yang sakitnya MEMANG SEPERTI NAK MATI. Wohooooaaaaa. Haaiiipp. Ini berita ka apa ni. Ayat langsung bercampur-campur. Kah Kah Kah. Sangat dasyat.

Ini bermakna sakit yang saya hadapi ini adalah sedikit sahaja berbanding yang sebenarnya. Errmm, tapi saya tak tahulah kan. Orang putih. Sakit sikit dah kata macam nak mati. WALLAHUA'LAM. Tak baik menuduh. Kalau betul macamana. Hanya yang melihat sahaja mengetahui. Kalau saya sendiri tengok boleh la nak bandingkan apa yang saya rasa dengan mereka rasa. Ini saya sorang-sorang dalam bilik. Sesak nafas pun takde siapa yang tahu. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur. Apa yang berlaku merupakan ujian dan tanda kasih sayang Allah atas hambanya. DIA nak saya beringat dan berubah menjadi hamba yang lebih baik. Insyaallah.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Nasihat saya. Memandangkan wabak ini masih serius lagi. Ambillah langkah berjaga-jaga apabila berada di tempat awam. Kita tak tahu apa yang akan terjadi. Macam saya duduk rumah pun boleh dapat. Maka berhati-hatilah ye.

Sekian berita terkini. Hehehe.

Sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat dari blog lain. Maaf, saya dah lupa sumber dari mana.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya.

Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.

Dari Ibn Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)".

Wassalam.

Friday, July 17, 2009

Saya Ada Simptom Swine Flu..!

Assalamualaikum wbt

Tiga hari tidak mengeluarkan entry memang satu perkara biasa pada satu masa dahulu. Tak heran pun tak buka blog. Apa kes main blog ni. Amboi, berlagak betul minah ni. Tak padan dengan sakit. Sejak dua tiga bulan kebelakangan ini saja yang hari-hari terlebih jatuh cinta pada blog sendiri. Ceewaah, tengok tu. Tak sihat lagi dah mula loyar buruk. Seperti yang sudah dimaklumkan, saya demam. Bukan demam biasa. Memang demam sungguh-sungguh. Tiga hari tak makan nasi. Satu rekod yang luar biasa bagi saya. Hoho. Memang sangat-sangat tidak larat nak bangun apatah lagi bekerja.

Hari pertama demam ok lagi. Cuma sakit tekak dan selsema sahaja. Yang tak tahan tu sakit tekak sampai luka kerongkong. Apatah lagi bila nak makan ubat. Adoii, sakitnya. Tiga hari ni ubat adalah sahabat baik saya. Nasib ibuprofen tu sedap. Tak macam panadol. Pahit. Ini masuk mulut ada rasa mint. Siap boleh hisap lagi sebelum telan. Sangat la sedap sampai ada hati nak makan sampai tiga biji. Biar cepat sembuh. Hehe. Cuma ubat batuk dengan selsema tu je yang kena bancuh dengan air. Pastu campur dengan vitamin C yang soluble. Ohho, sangat tidak sedap. Haa, sapa kata saya takut ubat. Bukan takut cuma tak suka. Bila dah terpaksa sampai jadi bestfriend apa. Naik atas semata-mata nak panaskan air dan ambil ubat. Hihi.

Masuk hari kedua dah mula sejuk, menggigil badan dan sakit sendi-sendi. Berjalan pun dah jadi macam nenek yang takde bongkok. Sesekali terpaksa berpegang pada dinding takut jatuh. Memang tak larat. Hari kedua memang menyaksikan katil adalah teman paling setia selain dari tandas. Sejam sekali memang berulang sahaja ke tandas. Yelah, duduk sini mana nak berpeluh. Jadi nak tak nak tandas la jawabnya.

Jadi bila tiga hari demam yang serius dengan tanda -tanda di bawah:

demam
batuk

selsema
sakit tekak
sakit kepala
letih
sejuk

Semua tanda di atas saya alami kecuali muntah dan cirit-birit. Dengan keadaan semasa di mana SWINE FLU sedang menular. Maka sedikit sebanyak saya pun dihantui dengan tanda tanya. Adakah saya juga sedang mengalaminya? Ting..Tong..

Takut. Sedikit. Apapun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Makan ubat, minum air dan menguarantinkan diri selama tiga hari dalam bilik. Langsung tak ambil tahu hal rumah. Pandai-pandai ambil MC sendiri. Jangan percaya. Bibik tipu. Anak-anak saya semua termasuk kak ct turut mengalami demam sampai tak pergi sekolah dan kerja. Jadi mana ada bibik curi tulang. Hoho. Kami semua SAKIT SECARA BERJEMAAH. Sampaikan masak nasi lauk sardin pun tak laku. Masa masak tu dah teruja nak makan nasi panas dengan sardin. Tapi sampai masa, baring, tarik selimut dan terus terlelap. Huhu. Memang langsung tak berselera nak makan.

Tiga hari ni yang masuk dalam perut saya adalah coklat panas cicah biskut rich tea dengan buah limau yang berbiji-biji. Tengahari tadi makan la sosej dengan kentang buat alas perut nak makan ubat. Kalau tak mahu jadi sakit lain pulak. Dah la ada gastrik. Huhu. Saya rindu nasi panas dengan telur mata kerbau yang cair kuningnya. Eh, silap. Tak. Tak. Saya mengidam nak makan cucur ikan bilis. Tadi dah terliur-liur nak makan tapi fikirkan dah malam. Tahan la sampai esok pagi. Tu pun kalau rajin. Kalau tak, nampak gaya coklat panas dengan biskut lagi la jawabnya.

Alhamdulillah, hari ni dah semakin beransur sembuh. Ada sedikit saki baki simptom di atas. Disebabkan boring yang amat dalam bilik. Dengan beraninya keluar ke Tesco membeli strawberry dan jagung. Itu ajelah yang mampu saya beli mengikut selera sekarang. Yang nak geramnya jagung tu dah naik harga sampai 12 pence. Harga asal 54 pence je. Kena tadi 66 pence. Haaiissh, nasib la. Takkan nak pergi Morrison pulak semata-mata nak harga murah. Tak kuasa. Dah la sakit. Ceyhh, orang sakit duduk rumah la. Ni sempat lagi membeli strawberry. Sedap..!

Mesti korang tertanya-tanya. Dah ada tanda swine flu apasal tak jumpa doktor? Ehm, doktor kat rumah ni pun tak cakap apa. Hihi. Kan kak ct kan. Tak lah, kalau ikut berita semasa dan keadaan di sini. Sesiapa yang disyaki dijangkiti swine flu tak dibenarkan untuk ke mana-mana hospital. Lagi best GP (general practitioner) yang akan datang rumah periksa pesakit. Kemudian seperti biasa ubat diberi dan kuarantin diri sendiri sampai sembuh. Bagi saya lebih baik kuarantin dalam bilik sendiri. Dari duduk hospital yang dah tentu memboringkan. Duduk rumah pun dah boring. Huhu. Tak sabar-sabar dah ni nak sihat. Penat asyik dok baring ja.

Lagi nak buat tambah heran dan tambah perenggan. Macamana saya nak dapat swine flu. Saya bukannya terdedah dengan orang ramai. Kerja pun dalam rumah saja. Wallahua'lam. Semuanya bermula dengan Maryam yang demam. Kemudian berjangkit kepada Fatih dan seterusnya Syakirah, Fatimah dan Kak ct termasuklah saya. Bila sudah tiga hari mengalami demam dan simptom-simptom swine flu ada pada saya maka saya buat kesimpulan sendiri tanpa merujuk pada mana-mana pakar atau hospital yang saya DISYAKI mengidap swine flu. Eceeh, macam best je. Nauzubillah.

Sekarang semakin beransur pulih dan berharap akan segera sembuh. Doakan saya sama ye.

Sekian, berita terkini dari Battery Road Hospital, Greenwich. Haha. Pandai-pandai buat hospital sendiri.

Wassalam.