Monday, July 13, 2009

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum wbt

Oh rindunya dengan blog. Rindu Serindu Rindunyaaa. Oh... tidak. Sumbang mambang habis. Lariiiii. HuHu. Dua hari tidak membebel di sini semacam 2 tahun. Cewaah, nampak sangat mulut sangat kepohci tak boleh tahan. Mahunya bernanah telinga siapa yang mendengar. Haha. Dua hari menahan diri dari memblog. Sedangkan ada banyak cerita nak dikongsi. Entry yang patut di buat pada Sabtu dan Ahad pun dah jadi basi. Lagi dasyat sampaikan dah terlupa nak merepek apa. Hoho. Oh, alasan bibik yang dah semakin terputus wayar otaknya.

Jadi tanpa membuang masa, marilah kita melayan
gambar-gambar yang akan membuatkan anda menelan liur tak henti-henti. Bagi mengelakkan dari terbentuknya peta dunia. Baiklah anda beredar dengan kadar segera. Kui Kui Kui.

Eh.. Tak nak beredar jugak. Nak tengok.



Ok. Sedia. Tadaaaa.

Pandangan Dari Atas

Pandangan Dari Sisi

Amacam.. Nampak menyelerakan tak? Apa...!Menggoda. Hihi. Pinjam ayat komen kak chik sekejap. Lagi buat saya gerun, kalau ibu mengandung melihat gambar ni. Alamak. Siannya. Tapi nak buat macamana. Inilah sumbangan yang dapat saya kongsi dengan anda semua. Nak mengajar. Jauh. Ewah, mengada betul bibik ni tau. Kang balik Malaysia tak mengajar siap. Eh, ajar membaca dikira mengajar jugak kan. Hihi. Berangan. Berangan. Sekarang makin kuat berangan la. Haaip. Tu dah lari tajuk la. Sekarang kita sembang bab mari memasak. Hihi.

Ok. Semenjak dua tiga menjak ni memang rajin menayangkan gambar masakan yang berunsurkan pasta. Macam takde menu lain je. Hoho. Eh. Ada la. Tiap-tiap hari masak nasi berlaukkan ayam pelbagai. Tapi resepi ayam masak kicap tak thrill la nak membuatkan orang meleleh air liur. Haha. Ada unsur tak baik dalam ayat ini. Wakaka. Eh, bukan tak baik.Tapi ayat yang memberi maksud tersirat. Kalau dah terliur, apa lagi. Marilah kita memasak. Hihi.


Bahan-bahan- Untuk hidangan 6 orang

500 gram spaghetti
500 gram daging cincang
2 biji bawang besar- didadu
3 biji bawang putih- dicincang
4 sudu besar cili kisar
4 biji tomato-didadu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan air atau 100 ml susu segar
Minyak untuk menumis

Cara-caranya-

Rebuskan spaghetti yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga masak. Rasa dulu spaghetti dah lembut belum sebelum diangkat. Erk, jangan jadi macam saya, konon dah selalu masak. Konfiden je angkat. Tengok-tengok sedikit keras( memang kena baca sedikit keras. Bukan keras sungguh) Jadi, hati-hati ye..!

Panaskan api jangan sampai berasap kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing.

Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.

Masukkan daging cincang dan kacau dengan irama dangdut. Ceyh. Apasal dangdut tak hip hop..? haha.

Masukkan tomato yang didadu, sos tomato, air dan lada hitam. Kacau sehingga mesra. Haaii, terkenang kat Bob ke? ;P

Tunggu sehingga kuah sedikit kering.

Ops.. Jangan lupa garam ye. Kang ada yang komen tawar. Haha.

Letakkan spaghetti di dalam pinggan. Curahkan kuah bolognese. Oh, ini memerlukan skill sedikit. Tuang dengan gaya sedikit menggoda. Haha.

Hiaskan dengan serbuk daun parsley dan percikkan sedikit minyak zaitun untuk menambahkan keenakan spaghetti.

Sedia untuk dimakan.

Anak Murid Derhaka.

Apasal warna merah..? Gagal ke. Haha. Mana ada gagal. Cemerlang okeyh.

Okey. Seperti yang sedia maklum, saya kan suka memandai-mandai campak-campak bahan yang menjadikan resepi saya semakin sedap. ekekeke. Perasan betul bibik ni. Gedebush sekali baru tau.

Kali ni saya letakkan 100 ml susu segar dalam kuah bolognese. Hahaha. Ops, jangan gelak banyak-banyak. Cuba letak baru tau. Hehe.

Eh, takde susu segar. Ehm, nak ganti apa eh. Errk.. tak tahulah kalau santan. Saya angkat tangan siap-siap. Tak pasti. Kat sini kami memang minum susu segar setiap hari. Jadi takde masalah la kan. Tak pun tak yah la letak. Senang kan.

Oh. Tak pun ganti dengan susu tepung. Sesiapa ada anak kecil, pau sedikit susu mereka. Bancuh dengan segelas air suam. Cubalah. Hehe.

Optional-

Ehm. Katalah anda malas sangat nak cincang tomato macam saya. Eh, saya bukan malas. Tapi dah ada yang siap. Guna aje lah kan. Hoho. Beli tomato dalam tin yang dah siap cincang. Tak kisah la jenama apa. Saya pun guna jenama Sainsbury je. Senang. Buka penutup dan curah. Ish. Mana ada Sainsbury kat Malaysia. Kang melilau suami-suami kat pasaraya cari tomato chopped jenama Sainsbury. Hahaha. Tak kisah jenama apa. Satu tin dah cukup.

Satu lagi. Saya tahu kat dapur rumah anda jarang ada daun parsley, oregano, basil, mixed herb, mint, thyme, sage, rosemary, bayleaf, coriander dan bla. bla. Oh banyak sangat. Saya pun bukannya mahir lagi menggunakan kesemuanya. Jadi boleh la menukarkan parsley tu kepada daun sup. Apalah payah sangat nak tulis daun sup sampai kena merepek panjang-panjang. Hehe. Ilmu. Ilmu. Saya duduk sini baru la tahu semua jenis herbs tu. Tak rugi kalau anda beli sebotol herbs yang asas seperti oregano, parsley dan thyme. Tak lupa juga minyak zaitun. Sangat bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik. Saya tahu MAHAL. Apa pun terpulang pada bujet anda. Senyum.

Bagi menambahkan lagi kelazatan bolognese. Taburkan parmesen yang diparut ke atas bolognese anda. Yummy..! Er, takde pun masih lagi sedap. Betul. Tipah Tak Tipu.

Info Sihat-

Haa. Satu lagi. Bagi sesiapa yang menjaga kesihatan. Letaklah sayur campur atau cendawan. Kang tak pasal-pasal ada yang tak makan sebab takde sayur. Hoho.

Tahukah anda mengapa setiap resepi bolognese berwarna merah yang sangat menarik perhatian mata memandang? Ini adalah kerana resepi asal dari Barat menggunakan red wine untuk menjadikan ianya berwarna merah pekat. Wallahua'lam.

Info Resepi-

Bolognese diambil sempena nama satu tempat iatu Bologna, Italy.

Selamat Mencuba.

Wassalam.

2 comments:

Unknown said...

Nak try laaa..mudah n simpe sangt...

Unknown said...

Wahhhhh...sedappppnyerr...simple n mudah nak buatkan...nak try laa.:-).