Friday, July 17, 2009

Saya Ada Simptom Swine Flu..!

Assalamualaikum wbt

Tiga hari tidak mengeluarkan entry memang satu perkara biasa pada satu masa dahulu. Tak heran pun tak buka blog. Apa kes main blog ni. Amboi, berlagak betul minah ni. Tak padan dengan sakit. Sejak dua tiga bulan kebelakangan ini saja yang hari-hari terlebih jatuh cinta pada blog sendiri. Ceewaah, tengok tu. Tak sihat lagi dah mula loyar buruk. Seperti yang sudah dimaklumkan, saya demam. Bukan demam biasa. Memang demam sungguh-sungguh. Tiga hari tak makan nasi. Satu rekod yang luar biasa bagi saya. Hoho. Memang sangat-sangat tidak larat nak bangun apatah lagi bekerja.

Hari pertama demam ok lagi. Cuma sakit tekak dan selsema sahaja. Yang tak tahan tu sakit tekak sampai luka kerongkong. Apatah lagi bila nak makan ubat. Adoii, sakitnya. Tiga hari ni ubat adalah sahabat baik saya. Nasib ibuprofen tu sedap. Tak macam panadol. Pahit. Ini masuk mulut ada rasa mint. Siap boleh hisap lagi sebelum telan. Sangat la sedap sampai ada hati nak makan sampai tiga biji. Biar cepat sembuh. Hehe. Cuma ubat batuk dengan selsema tu je yang kena bancuh dengan air. Pastu campur dengan vitamin C yang soluble. Ohho, sangat tidak sedap. Haa, sapa kata saya takut ubat. Bukan takut cuma tak suka. Bila dah terpaksa sampai jadi bestfriend apa. Naik atas semata-mata nak panaskan air dan ambil ubat. Hihi.

Masuk hari kedua dah mula sejuk, menggigil badan dan sakit sendi-sendi. Berjalan pun dah jadi macam nenek yang takde bongkok. Sesekali terpaksa berpegang pada dinding takut jatuh. Memang tak larat. Hari kedua memang menyaksikan katil adalah teman paling setia selain dari tandas. Sejam sekali memang berulang sahaja ke tandas. Yelah, duduk sini mana nak berpeluh. Jadi nak tak nak tandas la jawabnya.

Jadi bila tiga hari demam yang serius dengan tanda -tanda di bawah:

demam
batuk

selsema
sakit tekak
sakit kepala
letih
sejuk

Semua tanda di atas saya alami kecuali muntah dan cirit-birit. Dengan keadaan semasa di mana SWINE FLU sedang menular. Maka sedikit sebanyak saya pun dihantui dengan tanda tanya. Adakah saya juga sedang mengalaminya? Ting..Tong..

Takut. Sedikit. Apapun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Makan ubat, minum air dan menguarantinkan diri selama tiga hari dalam bilik. Langsung tak ambil tahu hal rumah. Pandai-pandai ambil MC sendiri. Jangan percaya. Bibik tipu. Anak-anak saya semua termasuk kak ct turut mengalami demam sampai tak pergi sekolah dan kerja. Jadi mana ada bibik curi tulang. Hoho. Kami semua SAKIT SECARA BERJEMAAH. Sampaikan masak nasi lauk sardin pun tak laku. Masa masak tu dah teruja nak makan nasi panas dengan sardin. Tapi sampai masa, baring, tarik selimut dan terus terlelap. Huhu. Memang langsung tak berselera nak makan.

Tiga hari ni yang masuk dalam perut saya adalah coklat panas cicah biskut rich tea dengan buah limau yang berbiji-biji. Tengahari tadi makan la sosej dengan kentang buat alas perut nak makan ubat. Kalau tak mahu jadi sakit lain pulak. Dah la ada gastrik. Huhu. Saya rindu nasi panas dengan telur mata kerbau yang cair kuningnya. Eh, silap. Tak. Tak. Saya mengidam nak makan cucur ikan bilis. Tadi dah terliur-liur nak makan tapi fikirkan dah malam. Tahan la sampai esok pagi. Tu pun kalau rajin. Kalau tak, nampak gaya coklat panas dengan biskut lagi la jawabnya.

Alhamdulillah, hari ni dah semakin beransur sembuh. Ada sedikit saki baki simptom di atas. Disebabkan boring yang amat dalam bilik. Dengan beraninya keluar ke Tesco membeli strawberry dan jagung. Itu ajelah yang mampu saya beli mengikut selera sekarang. Yang nak geramnya jagung tu dah naik harga sampai 12 pence. Harga asal 54 pence je. Kena tadi 66 pence. Haaiissh, nasib la. Takkan nak pergi Morrison pulak semata-mata nak harga murah. Tak kuasa. Dah la sakit. Ceyhh, orang sakit duduk rumah la. Ni sempat lagi membeli strawberry. Sedap..!

Mesti korang tertanya-tanya. Dah ada tanda swine flu apasal tak jumpa doktor? Ehm, doktor kat rumah ni pun tak cakap apa. Hihi. Kan kak ct kan. Tak lah, kalau ikut berita semasa dan keadaan di sini. Sesiapa yang disyaki dijangkiti swine flu tak dibenarkan untuk ke mana-mana hospital. Lagi best GP (general practitioner) yang akan datang rumah periksa pesakit. Kemudian seperti biasa ubat diberi dan kuarantin diri sendiri sampai sembuh. Bagi saya lebih baik kuarantin dalam bilik sendiri. Dari duduk hospital yang dah tentu memboringkan. Duduk rumah pun dah boring. Huhu. Tak sabar-sabar dah ni nak sihat. Penat asyik dok baring ja.

Lagi nak buat tambah heran dan tambah perenggan. Macamana saya nak dapat swine flu. Saya bukannya terdedah dengan orang ramai. Kerja pun dalam rumah saja. Wallahua'lam. Semuanya bermula dengan Maryam yang demam. Kemudian berjangkit kepada Fatih dan seterusnya Syakirah, Fatimah dan Kak ct termasuklah saya. Bila sudah tiga hari mengalami demam dan simptom-simptom swine flu ada pada saya maka saya buat kesimpulan sendiri tanpa merujuk pada mana-mana pakar atau hospital yang saya DISYAKI mengidap swine flu. Eceeh, macam best je. Nauzubillah.

Sekarang semakin beransur pulih dan berharap akan segera sembuh. Doakan saya sama ye.

Sekian, berita terkini dari Battery Road Hospital, Greenwich. Haha. Pandai-pandai buat hospital sendiri.

Wassalam.


4 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

kak ema kena swine flu? siannya... dh lama la tak jengah rumah akak ni, byk ketinggalan dah...

shafakillah kak...

Fazlinil Irma said...

ehm..kalau tgok semua simptom mmg akak dah rasa..cuma tak sahihkan kat doc je la..

terimakasih..

iu rf said...

ish2..bahye ni..kirim slm kak siti.. pasni laporkan lagi berita terkini..hehehe

Fazlinil Irma said...

iu- kes kami ni tak teruk lg. kak ct cakap ada lg yg lebih teruk. sampaikan mmg tak boleh bangun dan mmg mcm nak mati..hohoo

alhamdulillah, kami semua dah beransur pulih..

terima kasih atas keprihatinan iu..

korang pun kena hati2 kat sana ok..