Tuesday, July 21, 2009

Outing Budak Asrama

Assalamualaikum wbt

Hari ni kita mengenang kembali kenangan budak asrama. Rindu bila diimbas balik zaman semasa jadi pelajar sekolah berasrama. Macam-macam perkara yang dipelajari di sana. Baik dan buruk semua ada. Semua tu dirasai dalam proses pembentukan diri untuk sampai pada tahap hari ini.

Ok, hari ni nak kongsi cerita pasal Outing Budak Asrama. Masa outing memang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar yang duduk di asrama. Lebih lagi andaikata keluarga jauh dari sekolah. Semua keperluan diri perlu diuruskan sendiri dengan wang yang dibekalkan oleh mak dan abah.

Outing bagi pelajar sekolah kami sebulan sekali dan pulang bermalam di rumah pun sebulan sekali. Ini kerana kami keluar secara berasingan dengan pelajar lelaki. Minggu yang berlainan. Memang takde chance la nak jumpa kat Kangar tu. Eh, ada. Nanti saya cerita kemudian. Huhu.

Peraturan asrama kalau nak keluar bandar mestilah berpakaian sekolah ataupun pakaian khas yang berwarna coklat cair. Suka lah masa tu. Mak pilih kain baju asrama saya sangatlah cantik ok. Hihi. Tak gelap sangat dan tak cair sangat. Memang tak boleh la pakai baju biasa. Ada kang yang nak kena sound dengan warden melainkan kalau keluar dengan keluarga. Masa tu tak perasan sangat.

Masa keluar bandar adalah hari Sabtu selepas selesai amal jamaie (gotong-royong) membersihkan asrama. Selalunya amal jamaie habis pukul 9 pagi. Bergantung pada kawasan yang dibersihkan. Kalau kotor sangat memang lama la nak membersihkan. Kalau setakat coghok ayaq (baca:curah air) memang la 5 minit dah selesai. Selalunya memang akan ngelat punya. Buat cincai je. Asalkan bersih. Haha. Memang nampak sangat saya ni budak nakal kat sekolah. Hoho.

Habis amal jamaie maka kami pun bersiaplah nak ke bandar. Memang siap cepat sebab takut tertinggal bas. Sedangkan bas pun tak tau datang pukul berapa. Main tunggu je. Dah habis siap, maka kami pun ramai-ramai menapak berjalan kaki dengan riang hatinya menuju ke perhentian bas yang nun jauh di hujung taman. Kalau jalan ramai-ramai memang tak terasa penat. Sambil dok sembang tengok-tengok dah sampai perhentian bas.

Kat sini bermulalah episod menunggu bas atau teksi yang lalu sejam sebuah atau kalau nasib baik tak sampai 15 minit dah nampak kelibat bas. Dah naik bas pun bukannya boleh lega lagi. Kadang tu kalau nasib kurang baik. Bas penuh. Terpaksalah berhimpit sementara nak dapat tempat duduk. Kadang tak dapat pun. Berdirilah kami sampai ke Kangar. Jauh oo. Setengah jam ada la jugak. Sapa yang tau Perhentian bus Taman Melati kat Beseri. Taulah jauh mana jarak dia kan.

Dah sampai bandar Kangar, destinasi pertama adalah Bank Simpanan Nasional. Apa lagi. Nak cucuk duit. Hihi. Selalunya inilah alasan budak asrama kalau nak keluar. Nak cucuk duit. Hihi. Kadang tu tak nak cucuk duit pun, buat alasan cucuk duit. Yelah, ini aje alasan yang boleh diterima warden tanpa bantahan. Ngeh Ngeh Ngeh. Lagi nak kukuhkan alasan keluar bandar. Tak boleh minta tolong cikgu ialah " Saya pakai buku bank". Hahaha. Mestilah dapat kan.

Dah dapat duit, masa untuk shopping. Hehe. Masa tingkatan satu dulu ada Looking Good dekat KWSP. Masa tu kiranya Looking Good satu-satunya shopping complex yang ada dan yang paling besar. Tu pun dah kira best. Beli tak seberapa sangat pun. Melilau saja yang lebih.

Dah habis membeli bukannya nak terus balik. Meronda lagi bandar Kangar sampai cukup masa dah lapar. Cari kedai makan pula. Masa zaman saya belajar, kami cukup takut nak masuk KFC. Salah satu sebabnya tak pasti HALAL atau tidak. Ramai yang mempertikaikannya. Jadi kedai makan kat sebelah balai polis menjadi tumpuan. Sekarang kedai makan kat situ dah takde. Menu yang menjadi pilihan ialah bihun sup dan ABC. Waaah, meleleh air liur dok teringat. Habis makan dah kenyang terus p cari tempat nak solat. Masa tu kami solat kat atas kedai bazar MARA tak silap. Lupa la solat kat mana.

Haa, satu lagi hobi saya bila p Kangar ni ialah baca majalah. Hehe. Bukan nak beli sangat pun. Setakat belek-belek siapa artis cover majalah. Dah tau berita artis sikit-sikit oklah. Bukan satu kedai je saya belek. Boleh kata mana ada kedai majalah saya singgah. Haha. Masuk satu kedai belek majalah URTV. Jalan-jalan lagi, jumpa kedai majalah belek MEDIA HIBURAN pulak. Lepas tu kalau ada lagi kedai majalah belek majalah MANGGA. Cukuplah. Masa tu tiga majalah ni yang paling femes.

Bila hari dah beranjak petang, lebih kurang pukul 3 atau 4 kami pun dah start cari bas nak balik asrama. Kalau rasa tak puas lagi berjalan, sampai bas terakhir pukul 6.30 la baru jumpa muka kami ni. Masa tu memang bas akan penuh punya. Sebab semua pakat nak naik bas 6.30. Sebelum 6.30 kami dah tunggu. Nak cop tempat duduk. Kalau tak, mahunya terpaksa bersesak dan berhimpit dengan orang ramai. Dah la bas takde aircond. HANGAT. Dalam bas sementara tunggu bas nak jalan dah siap bekal. Mangga muda dengan air mesti ada buat hilang penat.

Ok. habis cerita outing di Kangar. Nak cerita satu lagi outing budak asrama. Hihi.

Berdekatan dengan sekolah saya terdapat satu pasar pagi setiap hari Sabtu yang kami panggi NUT. Jangan tanya saya kenapa nama dia NUT. Saya pun tak tau awat nama dia NUT. Jadi, kalau minggu tu dompet ada 2 ringgit ja tapi ada hati nak keluar, maka sinilah tempat yang kami tuju. Mula-mula dulu depa dok sebut nak p nut. Saya ni dok ingat apa la pnut ( baca:peanut). Hairan saya tak lama. Ikut je depa dengan berjalan kaki. Ikutkan jauh juga nut ni kalau jalan kaki. Bila dah berjalan ramai-ramai yang jauh pun tak terasa lagi-lagi bila dah terbayang dalam kepala laksa, bihun sup, pasemboq, ABC yang semuanya berharga seringgit. Haha. Takde la saya beli semua. Sekadar memilih satu jenis makanan dan ABC yang menjadi kewajipan. Kalau masa duit terlebih barulah merasa nak beli dua jenis makanan.

Yang kurang seronoknya bila p nut ni ialah nak menerima pesanan kawan-kawan. Dah la kami p jalan kaki. Bila ajak p sama depa tak mau. Tapi bila time memesan nak pula. Kacau betul. Kalau tak tolong kata sombong berlagak. Memandangkan kawan punya pasal kami terimalah jugak. Tu pun tak banyak. Boleh la setakat dua tiga orang. Tu pun dah penuh tangan nak bawa. Kiri dan kanan. Kalau datang perangai pentingkan diri sendiri. Kami p secara senyap-senyap. Tak habaq pun kat kawan-kawan nak p mana. Depa dok ingat nak p bandar tapi sebenaqnya p nut ja. Haha. Lepas tu pandai-pandai la cari port nak makan. Tak nak kawan-kawan tau kami kelentong depa. Kui Kui Kui.

Err... Ada cerita lagi ni. Masa kat KUSZA pulak. Almaklumlah, banyak sangat tempat tinggal masa kecik dulu. Eh, sampai sekarang pun tak tingal dengan keluarga sendiri. Ngeee.

Ok, masa kat KUSZA dah senang sikit. Nak ke bandar naik van sekolah yang pakcik-pakcik bawa selepas masa budak sekolah la kan. Maknanya pagi seawal jam 8.30 dah ada van tunggu pelajar yang nak ke bandar. Bayaran tambang nak ke bandar 1.50 satu hala. Memang menjadi peraturan mana-mana IPT nak keluar masuk ada kad khas. Kami budak KUSZA ni malas bila nak kena kumpulkan kad keluar masuk ni. Masa mula-mula jadi junior memang tinggalkan kad tu kat pondok pengawal dan akan ambil balik bila nak masuk asrama. Takut punya pasal.

Bila dah besar, dah jadi senior mula buat perangai besar kepala. Dah malas nak tinggalkan kad keluar masuk di pondok pengawal. Selalu memang tak ada masalah sebab dalam satu van akan ada budak baik yang akan minta pakcik berhenti nak ambil kad keluar masuk. Hehe.

Satu hari ni, nak jadi cerita. Van penuh dengan pelajar yang keluar ke bandar. Tapi bila time nak ambil kad hanya dua tiga orang saja yang keluar ambil kad. Yang lain memang sah-sah dah la tak letak kad. Kena pulak hari tu pak guard yang jaga memang garang dan terkenal dengan skema pasal disiplin. Sudah..! Dengan kecut perutnya kami dalam van ni dah tau memang akan kena dengan pak guard. Haha. Dia datang dekat van kami terus tanya dengan muka serius.

" Apasal kamu semua tak turun ambil kad?"

Masing-masing diam tak berani nak menjawab.

Mula la sessi syarahan percuma selama 10 minit dengan menyaksikan kami semua diam langsung tak berkutik. Berani menjawab. Kang tak pasal-pasal ada yang nama tersenarai sebagai pelajar yang bermasalah. Biarlah dia nak bersyarah sekejap. Bukan selalu pun. Hoho. Habis semua pelajar yang turun ambil kad, pak guard pun berhenti bersyarah sebabkan hari pun dah memang lewat. Makanya, terselamatlah saya dari sebarang tindakan disiplin di KUSZA. Lepas je dari kejadian tu, memang dah tak berani nak main-main pasal kad keluar masuk. Untuk memudahkan kerja pengecaman kad semasa nak ambil. Saya pun letak riben merah yang mudah di lihat dari jauh. Wee...!

Masa kat KUSZA pun selain dari keluar ke bandar, setiap petang khamis kami akan beramai-ramai berjalan menuju ke pasar malam Kg Pak Tuyu ikut pintu belakang KUSZA. Selepas je solat asar dalam pukul 5 dah start berkumpul dengan geng Usul nak cari makan malam dan sarapan esok paginya. Selalunya hujung minggu di KUSZA kami dibenarkan untuk potong makan dan bila cukup satu semester jumlahnya akan dikumpul dan dipotong dari yuran makan yang perlu dibayar.

Masa kat sinilah macam-macam godaan makanan yang ada dijual. Di sinilah saya mengenal rangka ayam yang sangat sedap dengan harga yang murah. Memang tak pernah miss kalau pergi pasar malam. Ada satu makanan di pantai timur yang saya tak pernah cuba langsung dan tak menyesal tak mencuba. Hihi. Nasi Kerabu. Saya tak boleh terima bila makcik tu cakap. " Dok sedap kalau dok buh budu". Waaa, dah la memang saya tak makan budu. Langsung saya tak pernah cuba makan nasi kerabu gara-gara kena letak budu. Orang lain boleh hirup kuah budu tapi saya nak cuit pun susah. Pernah la sekali selepas melihat orang lain makan dengan sedapnya membuatkan saya TERcolek sedikit budu yang ada. Ehm, ok tapi tak la colek lagi. Haha.

Banyak kenangan hidup sebagai pelajar ni. Lebih-lebih lagi saya yang merasa belajar jauh dari keluarga. Masa di Perlis lima tahun pekat dengan loghat utagha sampaikan kawan-kawan tak percaya saya orang KL. hihi. Bila duduk KUSZA selama tiga tahun saya tak mahir lagi loghat Terengganu. Paham pun kurang sebab banyak berkawan dengan orang utara. Semasa mengajar di SRIQ barulah saya boleh cakap dan memahami loghat Terengganu.

Sekarang dah merasa duduk di Uk kenalah bercakap loghat London pulak ye. Hoho. Tergeliat habis lidah saya nak menyebut British ascent ni. Nasib anak-anakku sabar melayan kerenah bibik seorang ni. ekeke.

Wassalam.

7 comments:

iu @ wid said...

kite x penah duk asrama.. bile msuk u je duk asrama.. besh giless kan kenangan duk asrama.. ngn homesicknye..huhu

sabo aje...

nakal jugak irma ni yer...hehehe

fazlinil irma said...

iu- best sgt..masa ni lah belajar basuh baju sendiri..urus diri sendiri..huhuu

yup..sampai skrg nakalnya..ngeee

isya said...

huhuhuu... bestnya terkenangkan zaman dulu2 . time outing p kangar, time wat amal jamaie . kitaorg nyer group paling nakal , so mmg kena wat amal jamaie tpt yg plg teruk iaitu tpt pbuangan sampah . huhuhuh ...

fazlinil irma said...

kak nana- budak nakal selalu kena buli kan..hihiii

isya said...

hihih.. tu satu kemestian. >:-).jahatnya aku ni dolo2 .

fazlinil irma said...

err..jahat kita tak melibatkan budak lelaki kan..hehehe

isya said...

ohh..itu sudah semestinya. bdk2 lelaki ni mana mau. xgeng langsung. nakal2 kita2 ja. geng antisosial mana leh geng ngan geng gedik. hahahaha. klu gaduh ngan bdk lelaki cukup mau la. yg xleh lupa sgt waktu amik buah nyuir kat taman melati. bw blk asrama kupas mnm air .jahatnya. rasanya pokok tu pokok awam sbb d tnm d spjg jln msk tmn melati.