Thursday, August 12, 2010

Resepi Churros.

Assalamualaikum wbt.


Resepi sebelum puasa. Baru berkesempatan nak kongsi bersama. Resepi ni saya tengok ada di rumah kak Hana. Cantik churros dia. Saya punya ada macam-macam warna. Yang terbaek sahaja yang boleh ditayang. ekeke.

Ok. Meh nak kongsi resepi yang saya ambil dari kak Hana. Saya gandakan adunan.


 Tamak kononnya ;P

Bahan-bahan :

2 cawan air
2 sudu besar gula
3 cawan tepung
2 biji telur
1 sudu teh garam
2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak. Pilihlah yang mana satu.

Cara-cara:

Didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api. 

Masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.

Angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati. 

Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping. 


Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.


Angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.


Sedap.!

Pesan bibik :

Lebih senang kalau habiskan dulu sesi menekan adunan di atas kertas atau dulang. Bila dah habis baru goreng. Masa saya buat, sambil menekan sambil goreng. Kadang punyalah ralit menekan adunan sampai TERgaring churros dalam kuali. Api pun nak kena jaga. Kuat sangat nanti hangit. 


Bila tengok resepi kak Hana, mula-mula saya kompius gak tengok cara yang kak Hana tunjukkan. Almaklumlah nak jadi anak murid yang baik. Tak nak derhaka. Sampai sanggup cari dekat youtube video nak buat churros. Memang ada. Macam-macam gaya ada. Pilih sajalah. 


Saya pilih yang ini. Abaikan apa yang dia cakap. Yang penting boleh nampak cara dia buat. Kan? :)

Kalau ikut video ni acuan yang digunakan besar. Kalau nak cepat habis memang best guna acuan yang besar. Saya pun mula-mula guna acuan besar tapi saya tukar sebab tak cantik macam tok guru punya. huahuahua. Nak macam tok guru gak. ;D


Kalau ada acuan macam kat atas ni lagi senang. Tiga kali saja dah habis adunan churros saya. Memang cepatlah. Bibik suka. Sampai kata dalam hati. Eh, boleh buat lagilah nanti. Bila. Tak taulah. :D

Masa saya buat churros ni anak-anak baru lepas makan roti dengan hummus. Kira dah kenyang la. Fatih sempat makan dua batang. Bagi saya churros ni sedap dimakan bila masih panas. Makan macam tu saja pun dah sedap. Bila dah sejuk. Kureng sikit rasa dia. Kena panaskan balik sekejap dalam microwave.


Selamat mencuba. 

Errr.. boleh jadi kueh raya ke? =)

17 comments:

marinahunny said...

mcm kuih belimbing pun ada cuma kuih belimbing tu pendek2 pastu tabur gula juga..hmmm

bh try nih..

Adlina Husaini said...

salam ziarah =D

1st time tau pasal ni..insya allah boleh dijadikan rujukan ina nanti ^_^

majdina said...

yum, sedapnya churros makan panas2!!

Fazlinil Irma said...

dina..

betul.. makan masa panas rasa dia lain dgn dah sejuk.. makan saja! :)

Rumahku Syurgaku said...

irma,churros tu rasa mcmane ye...macam waffle ke

mOmO said...

Salam kak irma,

rasa dia macam eclairs ek?
sebab kalau tgk bahan2 dan cara masak lebih kurang sama...

cuma eclairs kena bakar, tapi yang akak nye kena goreng... n eclairs ada filling..

ishhh.. tak leh jadi nih.. nak kena cuba gak la.. sebab macam senang, tak yang nak injet2 masuk custard kat dalam perut dia! ;)

Anonymous said...

coklat tu cam ne ek nak buad ? serbuk coklat + gula + susu segar + coklat masak ek ?

Fazlinil Irma said...

anon.

nak senang kan. beli je nutella. pastu celup. :)

coklat pun boleh.

cocoa bar/cocoa powder + susu pekat manis + 1 sudu kecik butter.

Liza said...

Salam,terima kasih atas keikhlasan menerangkan cara membuatnya. Puas dah membeli, nak cuba buat pulak la.

RAUDHAH said...

biler dah sejuk dier keras n garing jagak ker @ jadi lembut mcm jemput2. @ ruper n tekstur dier mcm biskut jejari (nini cokelat celup tu)

Fazlinil Irma said...

liza. selamat mencuba. :)

raudhah. sedap makan panas2. masa sejuk dia keras.

Sufia said...

As salam,

Sufia dah try donut churros tu. Utk churros tu sndiri sufia amik resepi akk dan coklat cicah tu sufia amik yg dalam utube tu. Beberape kali juge la tgk utube tu utk memahaminye. Time aritu buat utk percubaan. Alhamdulillah, mama, kkk sufia berminat n x saba2 menambah dari sebatang ke sebatang sehingge habis. He3! Coklat cicah tu sufia sapukan juge pada roti. Sedap mcm rase nutella. Amat berpuas ati. Insya Allah, ari ahad ni sufia nak buat semula dan akan snap pic bg kat akk mcm mane jadinye.

Terima kasih kak utk resepi churros ni.

bai zura said...

nak buat laa balik nie...semua bahan dah ade...cume nak beli coklat untuk celop-celop coklat mini aje...

sis feel free visit my blog
http://warneewarnii.blogspot.com/

Darwina Madilla said...

Acuan cheese tar yg senang Ada tak

Darwina Madilla said...

Sape tau mne nk cr acuan cheese tart yg senang

ZAITUL EFFA BAHARUDIN said...

Adunan churros ni boleh simpan smlmn x kak irma? Tq

intank said...

salam sis.Mtk izin share resepi yer..tq