Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Saya nampak sesuatu.

Assalamualaikum wbt.


Ce korang perati betul-betul gambar ni. Ada tak korang nampak apa-apa?

 :)





Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Assalamualaikum wbt.

Selepas puas (nak kabo, kawe dok beli. teme mok daghe je.) menghulurkan duit di Pasar Khadijah, kami bergerak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Siap dengan beli bekalan untuk makan di tepi laut. Sampai saja di PCB, cuaca masih lagi panas membahang dengan ditambah angin bertiup kuat. Habis terbang tudung kalau tak dipegang. 

Saya duduk je dekat pondok yang disediakan. Masa ni orang tak ramai lagi. Panas kan. Sapa nak pergi pantai panas-panas kecuali kami orang luar. :D

Dah puas duduk dengan perut pun kenyang. Barulah terasa nak turun dekat gigi air. Tak main pun air. Malas ah nak bagi kasut dan stokin basah. Zaman main air laut dah berlalu. Sekarang tengok je anak-anak kecil bermain termasuk sepupu bertiga sambil merakam aksi mereka.

Sekarang saya kongsi gambar pemandangan dulu. 
















Masa ambil gambar ni memang panas. Fuhh, matahari senget sikit ja dari atas kepala. Nak pakai topi pun tak berbaloi. Sekejap je dah nak diterbangkan angin.

Lama jugaklah kami di pantai. Ada lebih kurang tiga jam. Sempat main layang-layang. Sempat juga tengok orang buat pertunjukan main ular. Tapi tak habis. Sebab orang tu cakap banyak. Orang nak tengok ular. Bukan dengar dia cakap sambil jual ubat panas. 

Pukul 7 baru kami beredar balik ke rumah tumpangan di Wakaf Bharu.

Puas hati sungguh jalan-jalan kali ni ke Kelantan. Terima kasih Pak Uda. :)


Tuesday, June 7, 2011

Buah manggis. Dua minggu lagi masak la dia.

Assalamualaikum wbt.





Kata Mak Uda, " Sekilo harga dia RM1.50." Aaarrghhh. sedapnya dapat makan buah manggis. Duk telan liur je bila tengok pokok. Haa. baru tengok pokok. Makan isi apatah lagi kan. Gulp. Gulp. Sedapnya.


Harga sekilo manggis di Harrods 23.95 pounds. Rambutan 24.95 pounds. 

Orang Pantai Timur panggil manggis dengan nama lain. Buah semeta kan? :)

* Oh. silap deh. Oghe Kelate panggil buah setto. Maknanya orang Terengganu sajalah yang panggil buah semeta. Terima kasih Lily. :)




Sunday, June 5, 2011

Selepas 5 hari tiada entry.

Assalamualaikum wbt.

Salam pada blog yang lama ditinggalkan. 5 hari yang memang tak sempat nak menulis.

Hari Isnin saya sibuk dengan urusan di dapur. Dari membasuh pinggan mangkuk untuk kenduri sampailah menyediakan dua biji kek karamel dan 100 biji apam polka dot. Pukul 3 pagi baru selesai semuanya.

Selasa, kenduri kesyukuran sempena meraikan anak sulung Pak Uda saya dapat memasuki asrama penuh. Sekali lagi seharian ligat di dapur menolong apa yang patut. Tak sempat menunggu malam. Jam 4 petang saya dah tak larat. Nak buka mata pun payah. Letak kepala terus lena. Nikmatnya tidur masa ni memang tak terhingga.

Tak habis lagi mengemas rumah dan periuk memasak, Rabu pagi kami dah bertolak ke Kelantan. Konon nak bertolak jam 7 pagi. Akhirnya jam 9.30 juga baru selesai semua masuk dalam kereta.

Perjalanan di siang hari memang menyeronokkan. Mata dihidangkan dengan pemandangan alam yang sangat mengasyikkan. Satu masa, mata saya mengantuk sangat. Pejam sekejap. Bila buka saja mata, saya terus pandang luar tingkap. Zoom... pemandangan sawah padi dan bukit yang sedang menghijau. Apalagi, terus tangan menggagau mencari kamera. Klik.

Sampai di Kelantan jam 6 lebih juga lah. Sesat mencari Wakaf Bharu. Berpusing-pusing kami dalam bandar Kota Bharu. Sampai satu ketika, saya turun bertanya pada seorang pemilik kedai mesin photostat. Syukur dengan bantuan dia, akhirnya kami sampai juga di Wakaf Bharu.

Malam pertama di Kota Bharu kami sepakat memulakan langkah menghulurkan duit di Wakaf Che Yeh. Satu tragedi terjadi di sini. Sedih. Geram. Apa pun pengajaran dari kejadian yang perlu diambil kira.

Hari kedua kami ke Pasar Khadijah dan Pantai Cinta Bulan. Dalam panas terik mentari kami menunggu sampai teduh untuk bermain layang-layang. Sempat membeli satar dan otak-otak untuk dimakan di rumah tumpangan.

Hari Jumaat di mana hari terakhir saya di Kelantan. Seawal pagi hari kami keluar dari rumah bertolak ke Pengkalan Kubor. Kemudian siap membeli belah kami bergerak pulang untuk berkemas dan terus pulang ke Perak. Hari masih awal, selepas berbincang kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Kononnya mahu melengkapkan perjalanan percutian kami di Kelantan. Alang-alang dah berjalan biar puas hati. 

Tak cukup dengan Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. Kami singgah lagi sebentar di Bukit Bunga. Tujuannya untuk membeli keropok lekor sahaja. Saya pula menambah bilangan ole-ole untuk diberikan pada keluarga. 

Destinasi terakhir kami ialah singgah menunaikan solat Maghrib dan Isya' di Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa. Pertama kali saya sampai di sini. Subhanallah. Cantiknya pemandangan senja di sini. Udara segar. Pemandangan yang indah. Terasa betapa kerdilnya diri bila berada di sana. 

Kami sampai rumah lewat jam menghampiri angka 12 tengahmalam. Letih. Penat semestinya adat bila bermusafir. Yang penting, kesan dari musafir ini yang perlu dihayati. Alhamdulillah, selain dari berjalan. Saya berjaya menjadi penunjuk arah yang baik. Walaupun sesat pada hari pertama. Tak kenal jalan, maka tak cinta. :)

Hari ini kami sambung mengemas rumah yang ditinggalkan. Alhamdulillah. Selesai. 

Esok hari terakhir saya di kampung. Sedihnya. Isnin nak kena balik KL. Sedar tak sedar dah 2 minggu saya di kampung. Rasa tak nak balik pun ada. Bila fikirkan mak. Kena balik juga. Ada rindu dalam hati. :)










Kata Pak Uda, tiga tahun lagi boleh la panggil saya balik kampung lagi. Buat kenduri. Lepas tu pergi bercuti. Kata saya, 'Kita plan pi Bandung pulak.' :D




Tuesday, May 17, 2011

Cerita Pejabat Pos. Bukan Di London Tapi Di Malaysia.

Assalamualaikum wbt.

Petang tadi saya keluar ke Pejabat Pos Jalan Gombak untuk menyelesaikan urusan bil dan beli sampul Pos Ekspres. Pertama kali selepas balik dari London pergi ke Pejabat Pos, ada adegan lucu yang berlaku. 

Sampai sekarang bila ingat balik saya boleh senyum sorang-sorang sambil teringat adegan lucu di Pejabat Pos London. Baca sini

Begini ceritanya...

Sampai saja di Pejabat Pos, kan kena ambil nombor giliran. Saya tak pasti sama ada perlu menekan butang bil sahaja atau pelbagai. Jadi saya tekan kedua-dua sekali. Aishh, membazir kertas sahaja kamu ni Irma. Bila menekan, mata saya tak pandang ke arah nombor yang keluar. Dah dapat kedua-dua nombor saya mula kebingungan. Sedang duduk sambil memerhatikan skrin nombor giliran saya berfikir. "Aku nak pergi nombor yang mana satu?" 

Lama saya fikir. Sempat berjalan ke sana ke mari dalam Pejabat Pos. Tiba-tiba (jeng... jeng... jeng) saya terpandang kaunter Pos Laju, Pos Ekspress dan Setem. Saya tanya adik tu, "Assalamualaikum. Nak beli sampul Pos Ekspress kat mana?"

"Beli kat sini kak". 

Selesai urusan beli sampul Pos Ekspress sambung fikir balik. Nak bayar bil pakai nombor apa?

Malas nak fikir panjang. Tekan aje lah nombor baru. Kan senang. Boleh tahu terus nombor apa untuk bayar bill.  he heh.

Keluar saja nombor. 2344. Oooo ( 10 harakat) nombor ni ke. Baik. Baik. Saya tunggu nombor asal saya. 2332. Syukur belum terlepas. ~la la la~ ;)

Bila sampai giliran saya. Kakak tu terus jumlahkan kedua-dua bil saya. Saya dengar RM 584. Terus gabrah. 

"Eh, apasal banyak sangat kak? "

"Adik nak bayar bil ni kan ?". Sambil tunjuk jumlah bil Unifi. 

"A'ah. Saya nak bayar semua."

"Betul la dik. Jumlah sekali dengan bil air RM544."

"Oh (pendek je. takde harakat), saya ingat bil Unifi saja."

"Adik dengar berapa jumlah bil tadi?"

"RM584." Sambil sengih macam kerang segar. Dalam hati ketawa berdekah-dekah. Ha Ha. Silap der.

Sambil kakak tu selesaikan urusan saya kira duit. Satu. Dua. Tiga. Terus Saploh. Terus hulur duit.

Tengah duk sembang tanya itu ini. Kakak tu hulur duit RM50. Haiisshh, silap lagi. ;P

Tak lama kemudian kakak tu hulurkan duit baki. Saya ucapkan terima kasih. Lepas masukkan duit dalam beg, dengan slumber saya nak balik la. Elok je  nak pusing. Kakak tu tegur.

"Eh dik, tunggu. Sabar dulu. Akak tak bagi slip bil lagi."

Aduss. Malunya. Apa la serba tak kena petang ni. Nak kata tak baca doa keluar rumah. Tak henti saya baca ayat  kursi sepanjang perjalanan. Takut o dengan kes simbah asid sekarang ni.

"Ok, sekarang baru boleh balik." Sambil menghulurkan slip bil.

"Terima kasih kak. Assalamualaikum. " 

Alahai Irma oh Irma. Sambil berjalan keluar dari Pejabat Pos saya senyum tak habis. Terus teringat kisah Pejabat Pos di London dulu. Bluweekk. ;P






Monday, May 9, 2011

Singgah Solat Di Masjid Selepas Kenduri.

Assalamualaikum wbt.

Dua tiga hari cuaca memang panas. Tak main la panas sikit-sikit. Semalam kemuncak dia memang panas ya ampun. Bukan saya sorang ja merungut. huhu. Ramai kan. Kat Facebook. Twitter. Sampai ada yang nak berkubang dalam ais batu. Sapa tu. Sapa  tu. ;)

Dah la semalam seharian di luar rumah. Dari pagi sampai petang duk dalam kereta, makan kenduri dan duduk dalam kereta balik. Kalau panggang ayam rasanya dah terlebih masak agaknya.

Alhamdulillah. Panas sangat pun nikmat. Sejuk sangat pun nikmat. Dua-dua saya dah rasa. Bila diingat balik saya lebih suka panas dari sejuk. Teringat masa sejuk melampau dulu sampai menangis tengah malam menahan ketar sejuk yang mencengkam sampai tulang. Seksa. Tak boleh tidur. 

Habis cerita panas. 

Sebenarnya nak cerita pasal Masjid Di Raja Sultan Suleiman Klang. Berdekatan dengan KISAS. Lepas kenduri kami singgah menunaikan solat Zohor di sini. 

Dulu 2 tahun mengajar di Ibn Khaldun setiap kali balik Keramat hanya pandang je dari dalam bas masjid ni. Tak pernah ada kesempatan untuk singgah. Apatah lagi nak solat.

Selepas 6 tahun dengan izin Allah. Sampai juga hajat untuk solat di sini. Alhamdulillah.








Sampai rumah pukul 4.30 petang singgah kedai nak beli ais batu. HABIS. Hari tu ais batu laku sangat. Semua orang dahaga. Eh. ke orang buat mandi. haha. 

Lepas solat Asar terus pengsan. Tidur. Bukan penat berjalan. Penat kepanasan.

Wednesday, February 23, 2011

Oh Kome Deghiyan Dah Berbunga.

Assalamualaikum wbt.

Yang ditunggu sudah tiba. Yang diidam dah pun merasa. Berbaloi betul tak makan durian selama 3 tahun. Bukanlah tak makan langsung. Ada la jugak makan durian frozen. ~ syukur ada~ 

Mestilah tak sama kan bila sampai masa musim durian kawan-kawan kat Malaysia seronok buat status makan durian. Tunjuk gambar durian. Sentap oh saya kat sana sambil telan liur. Puas pujuk hati sambil makan stoberi. 

Naaahhh... masa pi makan kenduri kak Maton kat Yan, Kedah. Sempat singgah bermalam di rumah Kak Naim sekeluarga di Titi Serong, Perak. Seronoknya dapat balik kampung tengok sawah padi. Walaupun masa tu bendang dah kering. Dah habis masa menuai. Udara kampung tu yang best..!! 

Seronok betul sekali sekala dapat layanan kampung yang tip top. Menu kampung yang dimasak oleh kak Naim dan mak dia memang malatoopppss..! Siap kena pesan (baca :amaran) jangan makan kat kedai. Mai makan kat rumah nanti. 

Kami yang menurut perintah pun tak delah cari kedai makan untuk makan tengahari. Sebelum pi rumah Kak Naim kami pun singgah la pusing-pusing Pekan Parit Buntar. 

Meh layan gambar dulu. Cuci-cuci mata dengan gambar Cuti-Cuti Malaysia.







Santeeekkk. Santeeekkk sangat...!

(Percubaan menjadi blogger ayat sempoi. nenonenoo. No.. no. Tak sesuai lah. Rasa macam terlupa sekejap umur tu dah 29. ;P )


Ehhmm.. balik pada nada ayat biasa. 

Pertama kali balik kampung selepas 3 tahun memanglah sangat teruja. Tak tunjuk je kat depa. Eh ya ka.? Yang duk sekejap tangkap gambar signboard. Tak lama lepas tu naik status balik kampung. Tak cukup dengan tu boleh siap tunjuk gambar siaran langsung sepanjang 4H 3M dari Klang ke Yan. Tu belum kira dengan tagged Kak Siti pasal dengan gambar Gunung Jerai. Tak tunjuk lagikah tu namanya Irma..? ~ngeeehehehe~

Dah puas round Pekan Parit Buntar (baca dengan nada orang Perak : Paghit Buntaq) kami pun teruskan perjalanan ke rumah Kak Naim. Sampai-sampai tu duk rehat sambil layan sembang dengan mak Kak Naim dan anak lelaki dia, Fawwaz sambil minum ayaq oren sejuk. Uihhh, dapat pekena ayaq sejuk masa hangat memang la tak sedaq duk tambah dua tiga kali. Hilang dah segan terbang di bawa angin kampung.



Duk tak lama siap dah Kak Naim masak untuk makan tengahari. Tu diaaaa. Lauk kampung dah mai. Ikan keli masak cili merah, ulam kampung, sambal belacan, ikan keli goreng, kue tiaw dan mee sup.

Perghhh... meleleh ayaq liur sambil duk taip ni. Duk teringat lagi sedapnya makan sambil bersimpuh. Mujur tak request nak makan tepi bendang ja. Kang ada yang kena tinggai kat tepi jalan. 

Dah habis layan perut kenyang dan sembang kami pun minta diri nak berehat sekejap kat Kak Naim. Syok ooo bila dapat tahu dari Kak Zai kata nak pi Home stay Kak Naim. Dah terbayang rumah kampung dikelilingi sawah bendang. Bila sampai sana sangkaan saya meleset la pulak. Ini home stay moden. Rumah teres siap ada aircond. 

Masuk rumah terus pasang aircond. Waahhh, ini menambah rasa ngantuk di mata. Perut dah kenyang. Ada aircond. Mata pun kata, 'Tidurlaahh. Tiduuuurrr.' 

Dapat lelapkan mata sejam dua selepas seharian dalam kereta memang sedap. Tak hengat nak bangun dah. Bila ingat nak ronda Pekan Parit Buntar lagi barulah mata ni celik. Ceiihh, dasar kaki jalan memang lah kamu ni Irma. 

Dipendekkan cerita, lepas habis hulurkan duit kat kedai-kedai Parit Buntar sekali lagi Kak Naim dah telefon. Pesan, jangan makan kat luar. Balik makan kat rumah ja. Kami yang menurut perintah pun tak beranilah nak pi cari Mee Udang ka apa ka. Terus balik.

Sekali lagi kami dihidangkan dengan lauk kampung yang memang superb. Sluurrrpppp...!! Malam tu ditambah dengan menu Ikan Sepat masak taucu. Mana nak dapat kat KL dek oiii. Balik kampung pun kalau takde rezeki jawabnya telan liur pendam rasa ja lah. 

Malam tu selera saya kat nasi tak berapa ada. Konon. Ceeiihh.

Nak tau sebab apa?

Masuk rumah dari jauh mata dah nampak sesuatu. Pi dekat-dekat terus senyum lebar. Tu diaaaa... rezeki balik kampung yang tak ternilai. Deghiyaaaann...!!! Fuhhh. terus telan liur sambil duk tekan-tekan duri durian. Manalah tau kot saya mimpi ja. 

Punyalah dah syok nampak durian sampaikan makan nasi pun tak nak tambah. Konon nak simpan ruang untuk durian. Wehoooaaa...!!



Tak lama lepas tu, bermulalah episod duk bersila mengadap mak Kak Naim tengah kopek deghiyan untuk kami semua. Seronoknya dah tua-tua pun ada lagi orang sayang duk layan kopek durian. Lepas sebiji ada lagi sebiji. Punyalah seronok makan sampai tak sedar dah bertimbun biji durian dalam besen sampah. Burrpppp... alhamdulillah..!!

Rasanya ada kot sampai sepuluh biji kami bedal. Saya lah ketua. Aisyah, Kak Zai dengan Fawwaz makan sikit ja. Puas sangat dapat makan. Habis hilang kempunan selama 3 tahun dengan sekali hadap ja. Hihi. Memang hantu durian betul. 

Malam tu dah mula rasa tak sedap badan. Hangat. Risau dah takut suhu badan naik. Masa tengah syok makan tadi lupa la pulak nak minum air masak dari pangsa durian. Takut punya pasal. Habis sebotol besar air saya paksa diri minum. Tak cukup dengan tu, tidur pun bertemankan botol air kat sebelah bantal. Senang kalau terjaga dahaga.

Alhamdulillah. Takda apa berlaku. Elok ja lena dalam aircond sampai Subuh pagi. Syukur.

Esok pagi sebelum balik Kolumpo mak Kak Naim siap bagi lagi durian suruh bawak balik. Sampai rumah Kak Zai, rupanya saya sorang yang pulun makan. Kak Zai tak mau dah. Ya Allah. Nikmatnya dapat makan durian lagi. Sorang-sorang pulak tu. Dasar kedekut. hihii. Tayang gambar ja kat hangpa no. :)

Semalam dah jumpa orang jual durian kat simpang Wangsa Melawati. Kat tempat orang jual kueh-kueh sepanjang kiri kanan jalan tu. Nak beli payah la pulak sebab saya duk tolak stroller Nazira. 

Tak pa. Tak pa. Panjang umur ada lah rezeki lagi. Nyum. Nyum. Duk bayang makan durian lagi. 

Deghiyan oohhhh Deghiyaaannnn...!!!


Monday, February 21, 2011

Macarons Oh Macarons.

Assalamualaikum wbt.








Macarons, Laduree Harrods.

16 perisa. 

* Rose Petal - Liquorice - Bitter Chocolate - Vanilla - Blueberry - Bergamot -

Coffee - Pistachio - Praline - Caramel with salted butter - Lemon - Raspberry - 

Red fruit - chocolate - Chestnuts - Blackcurrant violet *






Ehmm.. ini perisa apa eh..?


Nak teka pun tak tau.








Red Velvet, Chocolate and Carrot Cupcakes pun ada.







Yang purple tu saya tau perisa apa - Blueberry. 

Belakang tu musykillah pulak. Kulit dah ada nak serupa dengan Praline. 

Filling dia rupa chocolate. Ehm...?




Pistachio kah ini??





Chanteeeekkkk...!!






Saya rindu macarons, Laduree.




Teringat masa beli macarons untuk bawak balik Malaysia. Pelayan tu masih ingat lagi saya sebab minggu akhir tu saja tiga kali saya pergi Laduree. 




 'Saya ingat lagi awak. Dua hari lepas awak datang beli macarons. Betul kan?'




Saya rindu nak sebut nama-nama macarons sambil melihat lincahnya mereka menyusun atur dalam kotak-kotak cantik.






Yang paling penting sekarang.






*


*


*


*


*


*


*


*


*


*



*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Tak sabar nak belajar buat macarons hujung minggu ni.


Moga segala berjalan lancar.





Saturday, January 15, 2011

Cak..!

Assalamualaikum...


Sambil tersenyum malu membuka pintu blog sendiri. Lama betul tak menulis (baca:membebel) di sini. Dah seronok hidup tanpa blog. Aiceh, tipu la sangat. Dalam hati terlonjak-lonjak kegelisahan menunggu bilalah nak dapat laptop baru.


Alhamdulillah, semalam Amin bawa balik laptop yang dah siap di install. Hari ni pulak dapat pinjam broadband akak. Nak tunggu masuk Streamyx alamatnya tambah lagi seminggu dua lah baru dapat menulis. Ini pun menulis sambil ditemani oleh anak menakan yang membaca satu persatu ayat-ayat yang saya taip dengan kuat. Habis satu rumah dengar suara dia. Aishhh. terbantut idea nak tulis merapu lebih-lebih.


Sekejap aje dah berlalu sebulan semenjak saya pulang dari London. Hari demi hari dimanfaatkan sebaiknya dengan keluarga dan saudara. Tu tak masuk lagi urusan peribadi yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Maaf lah ye kawan-kawan yang masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan saya. Ada rezeki dan panjang umur kita berjumpa juga. Sabar dulu na. 


Meh sambung lagi cerita.


Dah sebulan bercuti ni nampak gaya dah semakin seronok tak bekerja. Bangun pagi celik mata tak perlu risau nak kerja. Boleh lagi bermalas-malasan sambil membaca novel. Semestinya yang tak seronok bila duit mengalir macam air paip. Laju betul. hukhuukk. Tak lama lagi nampak gaya nak kena start dah bisnes. Nak tadah balik air paip yang mengalir.


Ahaaa.. satu lagi seronoknya balik Malaysia ni kan tak payah masak. Hari-hari mak yang masak. Sampai masa ceduk nasi baca bismillah. Makan. Sedap betul dapat lagi makan masakan mak. Saya pernah masak dua kali saja. Tu pun sebab nak masak Spaghetti Bolognese dan Mee Tiaw Goreng. Tak sedap la makan masakan sendiri. Terima kasih mak kerana sudi lagi memasak untuk anak-anak.


Banyak lagi cerita yang nak dikongsi. Nanti kita sambung lagi eh.


Nak pi ziarah blog kawan-kawan pulak. Dah lama tak menjenguk cerita dorang.


Irma dah tak kerja di London. Nampak gaya nak kena tukar alamat blog la kan?


Ataauu.. beli rumah barulah.


Nanti saya fikir-fikirkan. ;)