Wednesday, June 8, 2011

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Assalamualaikum wbt.

Selepas puas (nak kabo, kawe dok beli. teme mok daghe je.) menghulurkan duit di Pasar Khadijah, kami bergerak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Siap dengan beli bekalan untuk makan di tepi laut. Sampai saja di PCB, cuaca masih lagi panas membahang dengan ditambah angin bertiup kuat. Habis terbang tudung kalau tak dipegang. 

Saya duduk je dekat pondok yang disediakan. Masa ni orang tak ramai lagi. Panas kan. Sapa nak pergi pantai panas-panas kecuali kami orang luar. :D

Dah puas duduk dengan perut pun kenyang. Barulah terasa nak turun dekat gigi air. Tak main pun air. Malas ah nak bagi kasut dan stokin basah. Zaman main air laut dah berlalu. Sekarang tengok je anak-anak kecil bermain termasuk sepupu bertiga sambil merakam aksi mereka.

Sekarang saya kongsi gambar pemandangan dulu. 
















Masa ambil gambar ni memang panas. Fuhh, matahari senget sikit ja dari atas kepala. Nak pakai topi pun tak berbaloi. Sekejap je dah nak diterbangkan angin.

Lama jugaklah kami di pantai. Ada lebih kurang tiga jam. Sempat main layang-layang. Sempat juga tengok orang buat pertunjukan main ular. Tapi tak habis. Sebab orang tu cakap banyak. Orang nak tengok ular. Bukan dengar dia cakap sambil jual ubat panas. 

Pukul 7 baru kami beredar balik ke rumah tumpangan di Wakaf Bharu.

Puas hati sungguh jalan-jalan kali ni ke Kelantan. Terima kasih Pak Uda. :)


5 comments:

Ummu~Ishak said...

cantikla gambar :)

kakchik said...

salam irma. masih di Kelantan ke sekarang ni? cantik sekali langit membiru di PCB. kakchik pun baru sekali ke sana beberapa tahun yang lepas.

Fazlinil Irma said...

ummu. terima kasih. :)

kakchik. dah balik jumaat lepas. skrg dah ada kat kl. :)

kelantan best kak chik. sy suka. :)

アヌム ちゃん said...

rindu pantai malaysia..huhu..awan biru cantik..

Aidah said...

nice shot.. pandai awak ambil gambar, semuanya menarik.. tak puas tengok.. pemandangan yang menarik menggamit hati untuk ke sana.. =)