Thursday, June 23, 2011

Cerita Putu Bambu yang sedap.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak pergi beli barang bakeri di Bagus Melawati. Semenjak dah tahu ada kedai bakeri di Danau Kota. Memang jarang ke sana. Sebulan ada agaknya. Sampailah tadi bila dah senaraikan barang-barang nak dibeli, saya bagitahu mak nak pergi Bagus Melawati. Dah rindu nak tawaf dan belek barang di sana. :D

Allah izin turun je bawah, tak sampai 5 minit hujan turun dengan lebat sekali. Syukur ada payung. Berhujan jugak sekejap sementara tunggu teksi kosong.

Sampai je depan Bagus, sorang pekerja dah tersenyum bila nampak kelibat saya nak masuk. Saya senyum balik.

" Lama akak tak datang sini?"

Dalam hati, "Eh, dia perasan la saya dah lama tak datang." :)

Bila dah lama tak datang, saya perasan makin banyak stok barang di atas para. Kira takde la kosong ja sesetengah barang tu. Asyik takde stok je. 

Dalam duk asyik membelek barang baru yang tak pernah ada sebelum ni, datang seorang pekerja lain menegur. "Lama tak nampak akak datang ?"

Sengih saya dengar soalan yang sama. Kemudian kami sembang-sembang pasal barang bakeri. Barang yang dah ditarik balik kerana tiada tanda Halal. Kelas fondant. Tentang saya dan tentang dia. Kami punya minat yang sama. Seronok tengok hasil kerja dia membuat fondant. Kagum. Cantik.

Lama jugaklah saya menawaf kedai. Hampir dua jam. ngee..!

Sebelum keluar tadi, mak kirim beli putu bambu di Pasar Malam Melawati. Kata mak, putu bambu di sini yang paling sedap. Ada satu lagi di Chow Kit. Kata mak lagi, rasanya serupa macam yang dijual di Melawati.

Saya pula, dah berbelas tahun tak pernah ke pasar malam di KL. Semenjak pasar malam di Permata (sekarang tapak pasaraya Giant) bertukar di Melawati. Memang tak kuasa nak berjalan kaki sampai ke Melawati. 

Jadi bila pergi tadi, melilau kepala saya mencari gerai putu bambu. Kata mak, gerai dia di tengah pasar. Jalan punya jalan saya jumpa satu gerai . Dalam hati ni kot gerainya. Sebelum giliran saya, ada sorang pelanggan. Lepas je pelanggan tu beredar, saya tanya kat makcik yang menjual, "makcik, gerai ni satu je ke yang jual putu bambu?" Makcik sambil tersenyum menjawab, " ya nak. makcik sorang je jual putu bambu." Saya kata, "saya tak pernah datang sini. tu yang tanya. ni pun mak yang bagitahu. kata dia gerai makcik kat tengah pasar." Amboihhh... panjang lebar penerangan kamu Irma. Errr. nak cover malu. hikhiik.


Inilah rupanya Putu Bambu. Memang sedap -------> sangat..! :)

Siapa yang lalu pasar malam Taman Melawati pada hari Khamis. Cuba-cubalah berhenti sesekali. Beli putu bambu. Gerenti tak nyesal. Dari berhenti sekali terus berhenti tiap minggu. :)





13 comments:

z a z a said...

aduss terliur gue

tinie said...

best nyer putu bambu... lapar lak rasanyer......

Irma.. Kedai bakeri kat danau kota tu area mana? apa namanyer...

Anonymous said...

Irma, ce citer psl brg yg ditarik balik sbb x halal tu. takut lak terbeli...

nieda said...

Jauhnya kalau nk merasa putu bambu yg sedap..tapi saya mmg peminat. selalu beli ktpasar mlm kg melayu subang. Kalau pergi jln2 kt sana nak singgah juga beli putu bambu

アヌム ちゃん said...

aa teringin lak makan..akak..poskannn..heeee

Nadiah Sidek said...

ala..sedapnya..nak jgk! huhu..

Juwita Jamaludin said...

sedapnya putu lama tak makan...

kak ina kl said...

akak yang duk area sini pun tak pernah lagi gi ke kedai kat danau kota..ashik gi ke kedai bakeri di seri gombak.

putu bambu memang sodap..suka beli kat pasar malam

Anonymous said...

waaaa...hari tu balik x sempat nak makan.... hu hu hu. irma...ada resepi cheese tart tak?

k siti

norlie said...

sedapnya... nk buat x tahu resepinya...

Qistina said...

aduss sedapnye..lama dah xmkn..terigin222....

hannah said...

salam perkenalan...

memang sedap irma sue pn selalu pg pasar malam melawati setiap ari khamis sue mesti pegi....lagi pun dkt je taman permata ngn melawati....ni dah rindu nak pg pasar malam melawati sejak bln 11 hingga kini dh x penah pegi lg maklumla dh posting ke n.sembilan....rindunyerrrr.....

Ibu Lala said...

Sedapnye nampak. Ada lagi ke sekarang. Jauh jugak dari gombak nak pegi melawati tu.