Monday, June 27, 2011

Jus Tembikai Laici.

Assalamualaikum wbt.

Biasa bila makan kedai, saya rajin juga mengorder air ni. Gabungan tembikai dan laici. Sedap kalau kena gaya. Kadang pernah juga beli, tak sedap juga. Lain orang, lain cara bancuhannya. Kadang rasa nak suruh je dia buat lain. Tak sampai hati. Minum la jugak sampai habis. 

Semalam bila ada tetamu datang rumah. Saya hidangkan air tembikai. Memang plan beli tembikai lebih, sebab nak buat jus tembikai laici pulak.

Memang puas hati bila dapat buat sendiri. Ramai orang boleh minum banding dengan beli di kedai. Dengan harga RM4.50 hanya dapat segelas sahaja.

Meh saya nak kongsi resepi.

Bahan untuk 4-5 orang minum.

1/4 biji tembikai. - lebih pun tak apa. 
1 tin buah laici (gunakan airnya untuk kisar tembikai)
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 mangkuk ais kiub

Cara-cara.

Masukkan semua bahan kecuali buah laici. Kisar sehingga semuanya hancur. Tuangkan dalam bekas yang mengandungi buah laici. Masukkan ais kiub. Sedia untuk diminum ketika sejuk. 

Mudah saja nak buat jus tembikai laici ni. Ikut suka kita nak cair atau pekat. Bagi saya bila namanya jus biarlah betul-betul jus. Baru puas hati minum. Tak sedar dah bertambah sampai 2-3 gelas. Kenyang air. hihi.

Satu lagi, nak kena pandai pilih buah tembikai. Tersalah pilih, akan dapat tembikai yang tawar. Masa ni kena tambah gula untuk memaniskan air. Nak selamat, suruh ja pekedai tu belah tembikai. Baru puas hati. Jangan pulak balik rumah sakit hati kalau beli sebiji tawar isinya.

Tip memilih tembikai.

Haa.. biasa tak tengok orang tepuk-tepuk tembikai sebelum beli. Seorang kawan saya ajar cara nak beli tembikai. Kena tepuk kulit tembikai. Kalau bunyi dia seperti kosong maknanya buah tu dah masak. Kalau tepuk rasa mampat. Maknanya belum masak.

Saya sendiri bukannya pandai. Tepuk-tepuk jugak. Dalam hati ada rasa tak yakin. "Eh, ni masak ke tak aa??"

Langkah paling selamat beli yang dah siap belah. :D

Pakcik saya bila ditanya kenapa dia tepuk buah tembikai. Dia kata, "orang tepuk. pakcik pun tepuklah."

Adoiii... apalah pakcik. Saya ingat dia terer pilih tembikai.


Satu gelas untuk anda yang membaca entry ini. Terima kasih. :)



9 comments:

TeAqArH said...

gulp...dpt menghilangkan dahaga pg2 celik ni..^_^

SHAFIDA said...

sedapnya irma...tapi hati2 sekarang ni ada laici yang tidak halal..kena cari tin laici yang betul2 ada cop halal jakim...sbb tu walaupun saya gemar laici..kalau bukn buat sndiri, sy xakn beli di kedai atau air laici yg dijual di tepi2 jalan...xtahu dia guna laici mana.


sgt sedap nampaknya..boleh try nie..tq kongsi resepi...belum pernah minumlg tembikailaici

Nadiah Sidek said...

nak yg betul2. tak nak gmbr je :p

norlie said...

salam ziarah dan kenal

Nur Hafiza Rahsid said...

sedapnyeeeeeeeee T_T.sabar napsu sabar

Marsha~ said...

teringat hubby saya.. dia kalau balik, setiap kali lunch mesti nak blend air buah...

sweetsal said...

musim panas ni sedap minum air jus..nampak sedap air tembikai laici, blm pernah buat lg..teringin nk cuba..hehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tak pernah buat tembikai laici sendiri :) sebb hubby jarang beli tembikai.pelik btol :p ada laici setin kat rumah tu, leh try ni petang nanti.

eLLy said...

jus kegemaran ku ;p