Sunday, May 29, 2011

Resepi kentang putar dan kuah.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni atas permintaan Mak Uda saya sediakan kentang putar dan kuah untuk makan malam. Pertama kali nak mencuba. Puas membelek resepi yang ada di kebanyakan laman resepi di internet. Bandingkan resepi ini dengan resepi itu. Kebanyakan menggunakan resepi yang sama. Jadi saya pun apa lagi. Ikut samalah guna resepi mereka.

Cuma, saya hari ni menderhaka sedikit. Bukan saja-saja. Satu bahan takda. Saderi. Itu pun bak kata Hanis, " Sedaplah Kak Ema. Kalah KFC." Ewaahh. Kembang kuncup sengih panjang saya dengar.

Lagi nak seronok, tengok depa makan. Bersungguh. Sorang-sorang pinggan penuh. Kalau tengok Hanis makan siap bertambah. ^_^



Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

Saya cuma sediakan kentang putar dan kuah. Ayam digoreng oleh adik Mak Uda, Bang Ngah. Coleslow disediakan oleh Pak Su. Hebatlah depa. Lelaki tapi rajin masuk dapur. Tu yang seronok. Bukan saya sorang ja buat. Pakat sama-sama berganding bahu. Sekejap ja dah siap. Boleh makan. ;)

Korang kalau ada adik beradik ramai, kerah depa buat sama-sama. Meriah dapur. 

Resepi asal dari sini. Terima kasih. 



15 comments:

Juwita Jamaludin said...

Salam.. Sedapnya kentang putar .. Leh la cuba

nhhas said...

assalamualaikum wbt...
bertuahnya siapa berdamping dengan ema yang pandai masak ne... tetiba rasa nak berjiran (*_*)

isya said...

ok.. thanks ema. ingat nati besday hubby blh la buat. save budget xyah dah blanja mkn kfc . hahahah...

Nur Ede said...

Assalamualaikum Irma..
Kat kampung lagi yer... akak pon orang perak juga... tapi kat Taiping.. rinduuu nyer kat kpg di Perak.. nampak sedap ler.. kentang putar ngan kuah yang Irma n keluarga buat tu... nanti akak nak cuba buat.. anak2 mesti suke... thankss Irma..

shopping2u said...

bestnye kak... cam kfc punye.... :)
tgk iklan nuffnang banyak arini...klik2..hehe

YATZAKIE said...

da mcm kat kfc je..nanti nak try jugakla..tq share..

ieda said...

salam...
lebih sedap dari KFC???hmm...kena cuba nih..

Wiyah said...

wow hebatnya dapat wat kentang putar..thanks for d recipe,,kena cuba ni ;-)

Nur Islah said...

bawang holland tu bwg apa ye kak? huhu

Fazlinil Irma said...

nur islah,

bawang holland tu yg warna kuning. biasa org buat hiasan dlm masakan.

Shikin Abdullah said...

Irma, tried this recipe semalam. Alhamdulillah,s edap sgt. berbaloi2. thanks for sharing.

Anonymous said...

sedapnya kentang putar ni!! baru je cuba tdi.. sy nak share resepi empunya blog ni dgn kwn ye..mintak izin.. hihihi.. thanks 4 this nice recipe. (^_^)b

Payung Sutera said...

wahhh sdapnye...nk try gak...kak nk tanye..klu susu segar xde, susu cair leh ke?

shy said...

sedap nampak

idah said...

nampak sedap kat mane belajar ek