Tuesday, May 24, 2011

Kedai Nyonya dah bertukar tuan.

Assalamualaikum wbt.

Salam dari kampung halaman. :) 

Hujan renyai tengah turun mengurangkan sedikit bahang haba yang ada. Hangat. Tak payah pi sauna. Dalam rumah sambil duduk pun peluh memercik keluar. Pheww. Saya suka. Dah lama tak berpeluh. 

Plan nak pi bendang tak tercapai lagi. Semalam petang sibuk membakar Kek Karamel. Kata Mak Uda dia nak belajar setiap hari satu kek. Pukul 8 malam baru siap. Mana nak nampak bendang malam-malam. Plan ditunda entah bila. 

Ni nak cerita pasal Kedai Apek. Kadang depa panggil Kedai Nyonya. Mana-mana pun sama. Kedai ni dekat je dengan rumah Opah. Dulu kecik-kecik pi kedai naik beskal tua. Hat warna hitam. Kayuh sikit je dah laju. Whooaa. Syok o. 

Tapi la dah tak dak beskal lagu tu kat rumah Opah. Semua pakat naik motor dengan kereta. 



Dah lama tak pi. Dari jauh dah nampak kedai. Teruja. Rindu bau kedai kampung. Bau kayu. 


Bila sampai dekat, mata terus tertancap pada titi kayu yang sudah uzur. Memang tak boleh lalu dah. Sekarang titi kayu sudah diganti dengan titi besi. 


Titi kayu yang dah jadi kenangan. Sapa rasa nak jatuh parit. Mai la lalu.


Inilah tujuan pi kedai. Nak cari air menet. Yang ni bukan dia. Dulu botol gelap. 

Rasa lebih kurang sama ja.


Satu untuk saya. Satu untuk Anis.


Satu lagi kenangan zaman kecik dulu. Bekas gula diisi dalam balang kaca. La ni balang plastik ja. Kedai dah moden. Saya tercari juga gula-gula warna ungu. Dulu suka sangat beli. Pun dah tak da sekarang. Ada tinggal dua tiga jenis ja yang ada. Gula bentuk telur. Saya tak suka.


Ini saya punya. Air menet perisa aiskrim soda. Sebungkus harga RM1.20. Dulu enam kupang ja. Rasa dia kurang manis dan kurang bergas dari air berkarbonat biasa. 

Masa sampai kedai, saya nampak perempuan melayu yang keluar dari belakang rumah. Sempat la kami sembang. Rupanya kedai ni dah bertukar pemilik. Nyonya cina tu dah pindah Penang duduk dengan anak dia. Kedai pun sekarang dah banyak perubahan. Tak macam dulu. 

Nampak gaya kena pi Kedai Ulu la pulak. Rindu bau kedai kampung masih belum terubat. :(


7 comments:

nieda said...

alahai entry ni mengingatkan saya pd kampung halaman..tapi kedai mcm tu kt kg saya dah lama tutup. kenangan betul

~EcahAbu~ said...

Uhuuu...banyak kenangan kedai kat kampung yg skrg dah takde jual. Contohnya ais krim asam boi. Pembalut dia kertas ja. Tp rasa sedapppp~ (bukan ais krim malaysia tu)

Fazlinil Irma said...

nieda.

alhamdulillah. kampung saya ada lagi kedai2 macam ni.

aisyah.

betul. betul. betul. akak pun cari aiskrim tu. sedihnya dah takdak. hu hu.

Gina said...

Syoknya ada kampung, rasa tenang aje kan

makdara TERdiva said...

view santek! oh geramnya..sebab kat kampung ai takde mcm tu..

ida_F said...

cantiknya pemandangan kampung itu..

Adzrien Shoppe said...

jom irma...tahun ni kak liza beraya kat sini.