Tadi dalam perjalanan balik dari KLIA saya terlena kepenatan dalam kereta. Keletihan selepas selesai kenduri kahwin sepupu dan petang lepas Asar nak jumpa Kak Siti sekeluarga sebelum pulang ke London.
Letih.
Jaga dari lena saya terus nak makan durian. Pandang kiri kanan perhatikan jalan kalau-kalau ada peniaga durian sedang berniaga. Tak lama kemudian saya bagitahu adik, "Amin, jom cari durian."
Alhamdulillah, rezeki musim durian. Ada satu van menjual durian di tepi jalan. Amin pun buat pusingan menghala ke seberang jalan. Keluar kereta hujan rintik-rintik tapi tak lebat. Saya redah hujan demi melayan selera nak makan durian.
Alhamdulillah. Syukur. Pertama kali dapat merasa Durian Balik Pulau. Tak payah susah-susah nak ke Penang sana. Kat Danau Kota pun dah ada. Atas sikit dari Uptown. Tepi jalan. Pakcik tauke besar jual dari van putih.
Saya memang tak pandai pilih durian. Tahu makan saja. Saya serahkan pada pakcik yang pakar untuk memilih. Saya perhatikan, pakcik tu timbang-timbang dengan tangan sambil cium kulit durian. Macam tu kot caranya memilih durian.
Pakcik tauke besar tanya sampai 3 kali. Kenapa saya ambil gambar. Saya kata saya nak cerita kat dalam blog. Kemudian dia tanya lagi. Kenapa. Saya kata nak cerita dalam internet. Kali ketiga bila dia tanya lagi. Saya jawab, saya nak ceritakan pada kawan-kawan. Baru dia paham sambil kata, 'boleh. boleh. bagitau sama kawan Durian Balik Pulau ada kat sini.'
Sekilo RM15. Mula-mula tamak nak beli tiga biji. Dalam pakcik duk pilih. Otak saya ligat berputar. Eh. eh. sebiji kalau jatuh sekilo setengah. Tiga biji boleh jadi hampir RM100. Tak boleh. Tak boleh jadi. Terus bagitau pakcik nak dua biji saja. Dua biji ni dah jadi tiga kilo setengah. Pakcik letak harga RM50. Oklah tu. Tak la mahal sangat. Banding nak pegi Balik Pulau sana.
Saya minta pakcik tu kopekkan siap-siap. Senang. Balik rumah terus boleh makan.
Masyaallah. Cantikkan rupa durian ni. Kata pakcik tauke durian ni adik kepada Durian Musang King. Bila rasa yang ini pun dah sedap. Lagikan pula Musang King. Kecur liur.
Lepas makan tadi, Kak Jah cepat-cepat buang kulit durian. Tak sempat nak minum air dari pangsa durian.
Sekarang saya sedang kepanasan walaupun dah habis sebotol besar air masak.
Hangat.
Esok teringin nak buat Pancake Durian. bahan semua ada. Cukup.
Tunggu.
3 comments:
adehh..silap pi baca entry ni..terliurnye tgk durian tu..huhu
huhu sedapnye..
mana nak dpt ni..
sini xde la yg sedap mcm kat semenanjung..
musang king ya..huhuhu
petua xnak panas badan lepas makan durian :
1. ambil 3 bijik limau nipis
2. perah dlm gelas
3. tambah air kelapa segelas
then minum.. insyaallah ilang la rasa panas tu.
nk makan 15bijik sehari pon xde hal
slamat mencuba
Post a Comment