Friday, November 30, 2012

TEMPAHAN DURIAN CREPE DAH PENUH.

Assalamualaikum wbt.


Kepada semua pelanggan,

Tempahan Durian Crepe pada hari Jumaat 30 Nov 2012 sudah ditutup.

Diharap pada mereka yang hendak menempah tidak menghantar SMS kepada saya lagi.

Insyaallah... minggu hadapan saya akan buka tempahan baru.

Nantikan update terbaru dari saya.

Terima kasih.

Tuesday, November 27, 2012

Tempahan Durian Crepe Sudah Dibuka.

Assalamualaikum wbt...






Buat semua penggemar Durian Crepe. Tempahan sudah dibuka.

Pengambilan hari SELASA 27 Nov 2012  bermula pukul 3 petang hingga 10 malam

atau

JUMAAT 30 Nov 2012 pukul 12 tengahari hingga 10 malam.


HARGA : RM 10 untuk 4 BIJI/ BEKAS.



Sila SMS tempahan ke talian 013 258 8230.

Nama - Tempahan - Tarikh - Masa Pengambilan.

Contoh -

Irma - Durian Crepe 2 peket - Selasa 27hb - 5.30 petang.


Pick up point :

PV12 Platinum Lake Condo Jalan Langkawi 53300 Setapak.

Penjelasan lanjut sila klik sini - Cara nak sampai rumah saya.




Bangunan ke empat selepas Old Town White Coffee.




Tu diaaa.. Nampak kedai makan Nice Coffee Station.


Maaf... Saya tak buat penghantaran ya.



Terima kasih.





Tuesday, November 20, 2012

Selesai. Mari Fokus Tentang Aikol Fest.

Assalamualaikum wbt.





Alhamdulillah... selesai. Semua tempahan berakhir sampai hari ni.


Mulai esok saya kena fokus pada booth di AIKOL Fest.


Petang tadi dah dapat gambaran booth macamana. Esok ada sehari nak fikir nak letak apa. Beli apa.


Pertama kali la katakan. Alhamdulillah saya ada teman. Jika tak. Jangan harap saya akan terima.


Saya lebih senang bekerja di belakang tabir. Sorang-sorang dekat dapur.


Aii ni pemalu.. heww. heeww.  Penampar sekali..! ;P



Pada semuaaaaa yang telefon nak order kek bagai. Maaf dari pihak saya kerana tak dapat memenuhi hajat kalian semua.


Insyaallah... panjang umur. 3 Dis saya buka semula tempahan dari dapur mulus saya. :)





Sabaaaaqq naaa..! :D




AIKOL Fest 2012, UIA Gombak.

Assalamualaikum wbt.


Tempahan ditutup bermula 



20 Nov sehingga 2 Dis 2012



Jumpa saya di AIKOL Fest UIA Gombak.


(AIKOL tu singkatan untuk Ahmad Ibrahim Kulliyah Of Law)



Terima kasih.



Monday, November 19, 2012

Sabaaqqq.. Tunggu Esok Baru Kopek.

Assalamualaikum wbt...




Rezeki hari Isnin. Terima kasih Kak Sue.


Sekarang bau durian sudah mula menguasai rumah. Sikit-sikit ok lagi. Dah lama kang pening.


Nak makan pun tak berani. Dah malam. Kang ada yang tak lena tidur. Hangaatt..!!!


Jadi nak tak nak.. kena la sabaq sikit. Esok pagi bangkit tidoq. Ada la yang bersila mengadap durian buat sarapan. ngeeee.


Eerrr.. hat sebelah tu takpa. Makan tak hangat badan. :)










"Alang Rebus Tak Empuk."

Assalamualaikum wbt.


Tengahari tadi dah tengok filem Istanbul Aku Datang. Keluar rumah 12.25. Jalan laju-laju, pukul 12.40 saya dah duduk dalam panggung. heh. 


Masa beli tiket ingatkan dah tak sempat nak tengok wayang jam 12.40. Rupanya banyak lagi seat yang kosong. Masuk panggung lagi la. Kira kepala orang ada la tak sampai saploh orang je. Kata adik yang jual tiket, minggu ni tak ramai orang. Minggu lepas ya penuh panggung.


Takpe. Tak ramai orang lagi bagus. Saya duduk sorang dalam satu baris tu. Nak baring pun boleh. :)


Hockeeyyy... lepas 1 jam 30 minit duduk dalam panggung. Apa yang saya boleh kata.. 'okey.. not bad.'


Saya kan nak tengok Istanbul. Bila tengok cerita tu tadi terubat la sikit rindu saya.

Hew.. heww.. terubat la sangat..! ~libas tudung~


Dalam banyak-banyak babak saya memang gelak bila tengok aksi Lisa Surihani takut bila jumpa kucing. Tu diaaaa.. sakan betui dia lari. HaHa. Macam nampak harimau. ;P


Saya jeles tengok Dian duduk atas bot menikmati pemandangan Selat Bosphorus tanpa perlu menahan sejuk. Pemandangan pun cantik sangat.


Haiissshhh.. nak cerita berapa banyak saya jeles memang takkan habis. Simpan duit. Ada rezeki pergi lagi Istanbul.




Sekarang saya nak dating dengan Alang. :)








Tak Sabar... Tak Sabar... Tak Sabar...

Assalamualaikum wbt.






Hari ni saya cuti. Yeaayyy..!!!


Tak leh tunggu dah. Sebelum sibuk dengan Aikol Fest saya nak hiburkan diri sendiri dulu. hehh.. ;)





Sunday, November 18, 2012

Dah pakai baju.. :)

Assalamualaikum wbt...


Petang tadi jam 6 selesai sudah hantar semua Red Velvet pada pelanggan. 

Alhamdulillah.


Sampai je rumah terus mata tak leh nak buka. Ngantuk. Mana taknya.. semalaman tak tido.


Letak je kepala petang tadi terus lena sampai ke malam. Sekarang ni pun ngantuk lagi. Paksa juga bangun sebab nak tunggu dan salam cium sebelum mak balik tadi. Terima kasih mak gorengkan mee dan buat cucur udang untuk saya.




Mula-mula kena pakai singlet dulu. ;)




Sekarang dah pakai baju. Siap pakai skirt me'ah lagi. ehehh..!




Mula-mula kek Mu'iz sempoi macam ni ja. Tak letak aksesori lagi. 

Ada masa dalam 10 min sebelum Ct ambik kek. Saya pun letak gambar tambahan.





Upin Ipin..!!

Pandai-pandai je makcik kamu letak gambar Upin Ipin Mu'iz. Tak tau la kamu suka ke idak.. :)


Patutnya ada satu lagi Red Velvet untuk Kak Leen. Lepas siap je lepa kek saya dah ngantuk sangat masa tu. Sementara nak tunggu Kak Leen ambil, saya layan FB kejap. Tak teringat langsung nak ambil gambar. 


Dalam pukul 3.30 petang dah dapat feedback dari Kak Sakimah. Alhamdulillah, mereka sekeluarga suka kek yang saya buat. 


Pada yang lain... mahu mencuba Red Velvet Cake yang sedap. Dipenuhi dengan rasa cheese yang enak.

Boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Hanya SMS -


Nama - Item Order - Tarikh - Masa pengambilan.

Contoh -


Irma - Red Velvet 1.5kg + Edible Image Dora - 19/11 - 3 petang.


Mudah kan. Tak perlu kita berbalas mesej panjang-panjang. 


;)



Terima kasih pada semua yang mengorder hari ini.


Kak Sakimah - Nurli - Ct - Kak Leen.


Esok saya cuti... Yeaayyy...!!!!


Tak sabar... Tak sabar... Tak sabar....


;D





Tak pakai baju...!

Assalamualaikum wbt...




Red Velvet Cake sedang menunggu masa untuk dipakaikan 'baju'.


Selamat berhujung minggu kawan-kawan...!




Saturday, November 17, 2012

Rasa Tak Percaya...

Assalamualaikum wbt...


Rasa tak percaya hari ni saya boleh duduk berehat.


Lepak depan tv sambil layan FB, youtube dan melayari satu blog ke satu blog yang lain.


Bestnyaaaaa....!!


Sekali sekala boleh laa. Masa order tak banyak. Allah bagi masa untuk rehat.


Masa order berderet. Sekarang ni duk kalut berdiri depan dapur kelentung kelentang siapkan order.





Tengah cari semangat nak cerita pasal makan-makan di Istanbul, Turkey. Salah satu dari nikmat dunia yang paling sedap saya pernah rasa. Kacang pistachio. Tak jumpa lagi dekat KL kacang sesedap ni.



Selamat berhujung minggu. :)



Ikea Meatball. Sedap sangat ke..?

Assalamualaikum wbt...


Kejadian berlaku seminggu yang lepas. Hari Selasa tengahari saya dan kawan pergi la jalan ke Ikea. Saya nak cari rangka almari Trofast. Bekas dia beli dah setahun. Rangka dia nak beli tak muat keta. Panjang bebenor sangat. Nak suruh Ikea hantar saya yang kedekut. Baik la tunggu pegi sendiri.


Sebelum masuk Ikea kena la isi perut dulu. Dah terbayang dari dalam keta lagi masing-masing nak makan meatball yang tersangat la femes tu. Saya pun nak la jugak tahu sedap sangat ke rasa meatball dorang. Sana sini sinun sume orang duk sebut. Meh saya nak rasa jugak.




Tu diaaa... penuh satu meja. Tukang makan 2 orang ja. hehe. Yang syoknya siap ada troley lagi untuk letak makanan. Mana tak seronok order makan. Tak sedar diri masa order makan. Alasan kunun perut yang lapar minta di isi. Mata pulak rambang tengok macam-macam menu dorang ada. Waaahhh.. nak semua.. nak semua..!! ;P




Inilah dia Ikea Meatball yang menjadi pujaan ramai kan. Tengok rupa memang nampak sedap. Bagi saya lah kan. Besa je. Takde x faktor yang buat saya makan terus kata,'Woww.. sedap.. sedap.'


Neeyyy.. nak jadi cerita, lepas makan terus pening kepala. Tak tau la. Mulut saya ni kalau makan makanan yang ada Mak Aji memang mudah loya. Ni sampai pening kepala, entah berapa banyak MSG ada dalam makanan tu semua. Tobat takkan makan lagi dalam masa terdekat. 


Dalam banyak-banyak makanan tu semua saya suka puding karamel yang dalam bekas kecik tu. Sedap sangat. Harga pun murah. Singgit sebekas. 


Perut dah kenyang, makanan dah licin. Baru boleh jalan shopping dekat Ikea. Syok jalan hari tu. Tak ramai orang. Sekejap je dah setel beli barang.


Rasanya... tahun depan kena pegi lagi. Ada je barang yang tak cukup.


Psstt... sebenarnya. Macam ni la jadi bila list duduk dalam kepala je. Barang yang patut beli tak beli. Barang yang tak penting masuk dalam troli. Ikea tu bukan macam Jusco ye Irma. Setiap lorong barang dah kamu hafal. Ini pegi setahun sekali, ada hati nak letak list dalam kepala.


Takpe laarr.. bukan ke itu alasan yang terbaek untuk pergi Ikea lagi..? heh.. ;)




Friday, November 16, 2012

Ana Muslim.

Assalamualaikum wbt...










Rainbow Cake buttercream frosting dengan tema Ana Muslim.


Terima kasih.




Wednesday, November 14, 2012

Hijrah Seorang Pembuat Kek.

Assalamualaikum wbt...


Salam Maal Hijrah buat semua. Alhamdulillah... selesai doa akhir dan awal tahun Maghrib tadi. Doa dah selesai. Makna dalam doa tu yang nak dibawa sepanjang tahun. Moga Allah permudahkan kita untuk jadi hamba Dia yang soleh dan musleh. Aamiin..!


Teruk sungguh la semangat menulis bulan ni. Memang ke laut betul. Entah laut mana tercampak. Jauh sangat sampai tak tercapai nak ambil balik. Dah setengah bulan November baru rasa nak menulis. Sambil menaip, telinga duk dengar Shah Rukh Khan duk cakap. Mata jeling sikit-sikit je. Tak tengok subtitle pun dah boleh hafal skrip. Heh..! 


Ok laahh.. masa untuk buat tayangan amal kek yang saya buat sepanjang bulan November. Alhamdulillah... bisnes berjalan dengan baik. Sampai ada masa saya kena tolak tempahan pelanggan. Tak menang tangan. Terima kasih pada Dia atas rezeki yang tak pernah putus. 














Antara hasil tempahan yang berjaya saya ambil gambar sebelum dihantar ke pelanggan. Pavlova dan Red Velvet tu dah tak larat nak ambil. Sama je hasilnya setiap kali saya buat. Tak banyak beza melainkan pelanggan minta letak gambar kartun.


Psstt... saya dapat tawaran kerja di London selama 5 bulan. 


Boleh tak saya anggap tu hijrah saya untuk tahun ni. ;P




Wordless Wednesday - Deepavali Cake. (34)

Assalamualaikum wbt...




Waaa.... apa ni tuan tanah.

Muncul untuk WW je kewww..?

;)