Wednesday, May 23, 2012

Tiada Penghantaran. Mai Datang Ambil Sendiri Ya..!

Assalamualaikum wbt.

Ada segelintir bakal pelanggan bertanya,

'Tak boleh hantar ke?'

'Ala... jauhnya rumah u.'

'I tak familiar la kawasan sana.'

'Awak tak buat penghantaran ke?'

Macam tu la lebih kurang ayatnya. Ayat yang memberi maksud nak suruh saya hantar kek.

Pi Mai Pi Mai... bukan saja kereta. BAYANG kereta pun saya takde. ;P

Camana saya nak hantar. ~ Ini bukan alasan nak mengelak. Kenyataan.~

Nak tak nak, kenalah belajar cara nak datang ambil kek kat rumah saya.

Lebih tepat lagi, tunggu tepi jalan ja. :)

Kadang saya ni tak menang tangan buat kerja sorang. Camana nak buat penghantaran. Takut saya ada yang tidur sambil memandu. ~Nauzubillah~

Landmark rumah saya :

Dari Wangsa Maju ke Jalan Genting Klang -

JPJ Setapak.

Kem Askar Wardiburn

Parkson, KL Festival City.

Dah jumpa tiga landmark ni, ambil simpang ke kanan menuju Uptown Danau. Terus sampai jumpa Oldtown Coffee Station belah kiri. Ambil jalan susur ke kiri masuk Jalan Langkawi. 50 meter dari simpang akan jumpa signboard PV12 belah kiri. Seperti gambar di bawah. Tunggu tepi jalan berdepan dengan signboard PV12 atau Nice Coffee Station.


Dari Bulatan Pahang ke Jalan Genting Klang.

Hospital Tawakal

Courts Mammoth Setapak

Hospital Colombia

KL Festival City

Dah jumpa ke empat - empat landmark, sampai land mark terakhir KL Festival City, ambil susur masuk ke kiri menuju Uptown Danau. Terus sampai jumpa Oldtown White Coffee belah kiri. Ambil jalan susur ke kiri masuk Jalan Langkawi. 50 meter dari simpang akan jumpa signboard PV12 belah kiri. Seperti gambar di bawah. Tunggu tepi jalan berdepan dengan signboard PV12 atau Nice Coffee Station.


Dari Gombak.

Saya kurang mahir sikit arah ni. Setahu saya masuk Jalan  Taman Ibu Kota bersebelahan dengan Plaza Idaman. Terus sampai jumpa simpang empat. Sebelah kiri dia kawasan Uptown Danau Kota. Ambil simpang ke kanan Jalan Langkawi. Depan dia ada Oldtown White Coffee. 50 meter dari simpang akan jumpa signboard PV12 belah kiri. Seperti gambar di bawah. Tunggu tepi jalan berdepan dengan signboard PV12 atau Nice Coffee Station.

Gambar di bawah adalah landmark terakhir juga tempat menunggu sebelum saya turun hantar kek terus ke kereta anda. Tu kadang saya tanya, 'keta apa?'. Bukan nak menyibuk tahu korang pakai kereta apa. Senang untuk saya cari korang nanti. :)




Alhamdulillah, setakat ni ramai yang jumpa alamat saya ni. Paling jauh pun ada yang terbabas sampai ke PV10 je. Tu pun dekat je dengan PV12. 

Sekali lagi saya minta maaf bagi yang bertanya untuk penghantaran. Memang saya tak dapat tunaikan. Meh la kita jumpa tepi jalan PV12 ni ye.


Terima kasih buat semua pelanggan yang bersusah payah mencari kawasan perumahan saya. :)






3 comments:

Nadiah Sidek said...

insyaAllah tak lama lagi irma boleh upah orang hantar kek-kek tu :)

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

dekat ngan umah mil saya.. hehehe

Unknown said...

dik, tempek je peta gugel kat blog. rindu plak nk makan kek caramel irma ;)