Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu, mak..!

Assalamualaikum wbt.




Sayangi mak
sayangi ayah
bagi yang sudah tidak ada ayah
bagi yang sudah tidak ada ibu
carilah satu amalan yang membolehkan ibu  dan ayah kita
dapat pahala dalam kubur

Tolonglah!
Carikan amalan yang pos pahala dalam kubur untuk ayah mak kita
dan tolong jangan buat maksiat
kesian arwah mak kita
kesian arwah bapak kita
kalau kita kekalkan maksiat
kalau kita kekalkan pergaduhan sesama keluarga
pertikaian  sesama keluarga
tersiksa tuan-tuan mereka dalam kubur

Maka mari kita ambil iktibar
kalau kita dah mati ayah dah mati ibu
cari jalan macamana nak dapat pahala untuk mereka
nak pos pahala untuk mereka

dan yang kedua
tolonglah eratkan silaturrahim
jangan berpecah belah
kesian mak bapak kita yang berada dalam kubur

saya pesan pada tuan-tuan yang masih ada mak
layanlah mak elok-elok

dia sakit, bela dia elok-elok
dia duduk dengan kita bela elok-elok
jangan sia-siakan mak kita
jangan lalai alpakan mak kita

bila mak kita mati
bila kita jadi macam ni
tak ada siapa lagi
tak ada guna apa lagi

jadi tuan-tuan
yang mana masih ada lagi ibu
yang mana masih ada lagi ayah
tolonglah layan elok-elok
tolong hormat elok-elok
tolong bela elok-elok
jangan maki jangan marah
jangan hembur perkataan kasar pada mereka

mak panggil datang
mak lambat pun sabar
mak marah pun sabar

mak seolah-olah kasih pada anak yang lain
tak kasih pada kita pun sabar
itu mak kita
jangan terasa langsung hati dengan mak
jangan kata : 'mak tak adil!' - 'mak kasih orang yang lain'
'mak sayang kakak!' - 'mak sayang adik!' - 'mak tak sayang saya'

jangan anggap macam tu
anggap mak kita sentiasa perfect
mak kita sentiasa betul
bapak kita sentiasa betul

sentiasa betul..!


Hadith :
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
Riwayat al-Hakim

___________________________

kredit video :
Terima kasih pada TH Filem.

Mari kita berusaha jadi anak yang soleh dan musleh.



 
Selamat hari ibu, mak!















1 comment:

Kathy Tuah said...

rindu dgn mak & bapak kat Kuching :(