Wednesday, May 9, 2012

Bila hujan, perut pun pandai minta di isi.

Assalamualaikum wbt.

Tempat saya tengah hujan lebat. Ehh.. kejap nak jenguk luar.

Tak lebat sangat. Nampak dah bangunan. Tadi ya. Hujan lebat sampai tak nampak bangunan. Tu belum masuk petir dan guruh. Bersilih ganti.

Sebenarnya mata ni ngantuk. Dah kekenyangan makan kuah durian cecah roti. ~nyum.. nyumm~

Nak elakkan mata terkatup, meh la saya taip sebaris dua ayat. Sekejap lagi dah masuk Maghrib.


Resepi Kuah Durian Campak-Campak.
 


Bahan utama semestinya durian. Takde durian tak jadi kuah durian. ;)

Bahan sampingan - santan, air, daun pandan, gula dan secubit garam.

Cara - Campurkan semua. Masak atas api perlahan sehingga mendidih. SIAP..!





Makan dengan biskut kering atau roti. ~nom nom nom~


Atau makan saja. Pun sedap. Yang ni saya buat TERpekat. Banyak sangat durian. Hari ni saya buat cair. Semestinya tak sama dengan mak buat. :(

Tak sabar tunggu mak datang hujung minggu ni.Sekarang dah susah nak balik rumah Keramat. Siang ada order. Malam ada kelas ngaji.

Maka jadilah saya pungguk rindukan hujung minggu. ~Eeehh!~

4 comments:

Kathy Tuah said...

kak! resepi kuah durian kita ni sama.. cuma kita orang x sebut kuah durian, kita orang sebut bubur durian ^^

Nadiah Sidek said...

dulu kite suka makan kuah durian. sama ada makan macam tu aje atau dengan roti. sekarang ni macam tak berapa gemar dah

susumanis said...

salam irma, kelas mengaji tu kat mana ya, tq

♥MAMASYAZA♥ said...

sedapnya kuah durian masak pekat2 camtu, cicah ngan roti gardenia pun sedap