Wednesday, May 9, 2012

Berdua.

Assalamualaikum wbt.

Baru sekejap tadi saya tulis kata susah nak balik Rumah Keramat.

Tup.. tup.. mak datang lepas Maghrib tadi.

Sekejap je permintaan saya ditunaikan. Terima kasih Allah.

Lagi best... siang tadi saya nampak seorang rakan FB upload gambar Daging Dendeng.

Dalam hati, 'bestnya kalau dapat makan rendang dengan nasi panas.'

Masa mak sampat tadi, Mak tanya, 'dah makan?'

Saya jawab, 'dah.'

'Mak ada bawak rendang dengan nasi ni.'

Terus tak cakap banyak. Lepas ajar budak-budak ngaji, terus basuh tangan ambik pinggan.

Makan sambil layan drama dengan mak.

Terima kasih mak.

3 comments:

Kathy Tuah said...

wah, memang rezeki akak malam ni..hihi

Bicara Kak Noor said...

salam Irma,itulah dinamakan rezeki walaupun dah kenyang tapi masih datang rezeki tu mesti sedap air tangan bonda kan...

susumanis said...

bagusnya irma ajar bdk bdk mengaji...