Tuesday, May 1, 2012

Pecah Tanah.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni secara rasminya acara pecah tanah telah berlangsung di dapur bersama ahli keluarga baru kami.

Heh.. heh. Sebenarnya, semalam dah rasmi. Hari ni dah masuk hari kedua.

Memang kerja keras sungguh ahli keluarga baru kami hari ni.

Seawal 8 pagi dah mulakan tugas.


Bermula denga Red Velvet Cupcake 25 biji.








Seterusnya dapat order last minit. Pukul 12 tengahari lebih kurang, ada sms masuk nak order apam polkadot 150 biji. Memandangkan saya memang takde order untuk tengahari. Maka, saya pun terima.




Tempahan ketiga dan ke empat adalah pavlova. Satu layer diambil waktu petang dan 2 layer diambil sebelah malam.










 Alhamdulillah. Aktiviti pecah tanah berjalan dengan lancar walaupun hakikatnya tuan tanah masih lagi terkial-kial nak guna setting kelajuan mixer. Laju sangat! Tak sampai 5 min dah siap meringue. Suka. Suka. Suka! Sangat mempercepatkan kerja. Cuma dia tak leh nak pukul lebih dari 6 biji putih telur. Dalam hati, ' kan best kalau ada yang besar!' ---> Dasar tamak. ehehh. ;)

Syukur takde kejadian buruk yang tak diingini berlaku. Ahakss! apalah tragedi sangat yang akan berlaku. Bukan kamu pakai lama sangat. Cuma semalam rasanya dah terlebih putih telur saya pukul. LAPAN BIJI..!! Takut saya bila dah kental, dia naik sampai atas wire whisk. Aiyoooo..!! bertenang. bertenang KA. Jangan meletup.! haha.

Nak tutup lah entry ni. Ikutkan hati memang nak tulis lagi. Masa tak mengizinkan. Hari ni tak de order. Ada kelas ngaji. Petang kawan nak datang.

Bagi yang berminat nak dapatkan KITCHEN AID EMPIRE RED atau WARNA LAIN. Macam-macam warna ado. Rambang mata. Boleh cari kak Sue Aleen di FB. Silalah perkenalkan diri dan tujuan korang cari dia. Kang terkejut pulak dia apasal ramai-ramai pegi add dia. hehe. Tawaran untuk main kutu KA masih terbuka rasanya untuk penghantaran bulan Jun (tak silap). Sebelum raya korang dah leh dapat. Waahh... melaram la raya ni dengan kuih raya Kitchen Aid. haha. Boleh buh nama Kitchen Aid Tart Nenas. Kitchen Aid Almond London. Ahakkss. :)

Selamat bercuti.!

Selamat Hari Pekerja! 


Selamat ke Pesta Buku! ------> ehh! ;)




6 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

mak aihhh semuanya nampak sedap sgt. akak pun blom ada lagi mesin pecah tanah camtu..hehehehe

cik kedondong said...

eyh2..sama kaler lah..hehe..tapi empire red paling femes skali..bestnye buat pavlova..

mrs plain-june said...

sungguh bergaya!

ellynadyra said...

oh pavlovaaaaaa

Sidratul Muntaha said...

jeles tgk akak dah ade kicthen aid.

blackcardomompods said...

jgn risau-my ka selalu beat 20 egg yolk.ka mg terbaik n never fail to work