Friday, December 19, 2008

Apa Personaliti Anda

Nota: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Rahsia Personaliti Diri
Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan orang lain dalam mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam Bersifat:

1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa Bersifat:

1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Peramal Sifatnya:

1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir Bersifat:

1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif Bersifat:

1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan, kehendak dan kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Tuesday, December 16, 2008

Hadiah

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia dipuji.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Hari Pertama Di Holloway


Hari ini saya dipelawa Husna untuk tidur di rumahnya. Mula-mula saya berat untuk pergi. MALAS tapi bila Husna bersungguh-sungguh ajak datang rumah. Saya pun ok la. Malam semalam sambil layan tengok tv, saya sediakan bahan untuk perap ayam tandoori. Lepas tue tido.
Pagi tadi lepas solat subuh layan tido kejap. Ngantuk sebab semalam pukul 3 pg baru tido. Susah nak tido sekarang nie. Dah baring pun mata tak nak lelap. Bangun pukul 9 buka internet layan dulu facebook dengan kawan-kawan semua. Pukul 10 dah start kemas rumah. Kutip semua sampah yang ada. Sebab nak tinggalkan rumah sampai hari Jumaat. Siap kemas semua jam dah pukul 11. Terus mandi pastu solat zohor. Bagitau Husna nak keluar pukul 12.30. Dia pun ok je. Dia suruh tunggu kat North Greenwich.
Pukul 12.40 saya dah keluar rumah. Tunggu bas tak lama.5 minit bas pun sampai. Hari ni orang tak ramai sebab belum habis masa pejabat. Budak-budak pun masih sekolah lagi. Jadi jalan tak sesak. Bila naik bas yang kedua husna call. Dia tanya saya ada di mana. Saya cakap dalam bas 472. Dia bagitau yang dia tak bertolak lagi. Saya kata nak suruh saya naik tube dan tunggu dia kat mana-mana ke.? Dia tanya saya balik. Akak berani ke? saya pun bagitau. Tak pe akak cuba dulu. Dia suruh saya naik tube menghala ke Green Park. Nanti sampai sana dia tunggu.
Saya pun ingat-ingat lupa cara nak ke central. Bila husna bagitau tadi saya pun boleh agak. Redah jer laah. Salah nanti call husna. Err, dalam tube mana ada line. Aaarrgghh..! Sambil tepuk dahi. Alhamdulillah selamat sampai kat Green Park. Satu masalah la pula. Tak tahu nak tunggu husna kat mana. Kat atas ke kat bawah je? Aduhh. nak tepon pun tak boleh. takde line. Camana nie..? habis. Saya pun nekad cari line nak ke rumah husna. Nasib saya masih ingat lagi nama kawasan rumah husna. Dalam hati ada juga perasaan cuak. Tapi beranikan juga diri. Dari tunggu sorang-sorang kat bawah baik saya naik atas. Jumpa peta line saya cari kawasan rumah husna. JUMPA. HOLLOWAY ROAD. PICCADILY LINE sekarang tengah pk. Camana kalau husna dah dalam perjalanan nak ke Green Park. Nanti mesti dia tercari-cari saya sedangkan saya dah dalam perjalanan nak ke holloway. Aarrghh, redah je la lagi.
Sampai Holloway road saya baru nak telefon husna. Dalam dok tangan cari no phone husna mata melilau kot2 husna ada kat stesen lagi. YA ALLAH. memang Allah permudahkan urusan saya. Mata saya nampak husna sedang melintas jalan. Syukur sangat masa tue. Husna tak nampak lagi saya sebab sibuk nak melintas. Yang saya ni dah tersenyum + sengih macam kerang hidup. Seronok sangat sampai bila husna datang tue berpelukan sekejap. Suka sangat bila dah jumpa kitorang pun ambik bas nak balik ke rumah husna. Dalam bas cerita kat husna mimpi semalam. Tapi husna tak nak dengar. Dia takut. HaHaHa. Sekejap je dah sampai rumah. Husna nak masak dulu. Saya bagitau dia yang saya ada bawak ayam tandoori. Tinggal nak bakar je. Senang keja husna. Lepas tue husna nak p beli barang. Dia tanya nak ikut tak? Mesti la bukan nak beli barang sangat pun. Nak p menembak je. Tapi yang tak bestnya bila keluar kena pakai glove. Leceh la bila nak ambik gambar. Tak selesa. Sejuk. Tahan je laa..





Kedai pertama yang kitorang tuju ialah Morrisons. Husna beli barang rumah saya beli makanan nak kunyah. Sebelum masuk Morrisons ada satu pokok krismas. Cantik sebab warna putih. Tengah syok menembak kena tegur dengan sorang warga tua. Dia suruh kitorang g ambik gambar dengan pokok tue. Dia pun cakap pokok tue cantik.








Habis kat Morrisons kitorang merayau kat kedai sekitar morrisons. Masuk kedai kasut. Masuk boots. Masuk marks & spencer. Masa kat kedai kasut jumpa kasut dora. Terus teringat kat wawa dengan jihah. Kalau wawa dengan jihah tengok fp mak lang nie. Tengok. Mak lang dah jumpa kasut dora wawa dengan jihah. Siap ambil gambar lagi .

Lepas tu saya masuk mother care. Nampak baju dora dengan boot dora dekat mothercare. Saja ambil gambar. Nak beli nanti mak lang cari kat car boot ye!

Balik tu singgah kat kedai jual kebab. Beli kebab sebab memang perut dah lapar. Tak makan apa lagi hari nie. Sementara nak tunggu ayam siap dibakar makan dulu kebab.

Oh lupa..sebelum tu singgah Iceland beli choc gateau..yuummy laah!

Itu la aktiviti saya pada hari pertama di Holloway. Esok ezzah pulak nak bawak saya berjalan. So tunggu je la ek ezzah nak bawak p mana. Psstt.. sebenarnya tahu dah nak p mana. HaHaHa

Meaaww... Meeaaww

Apasal entry saya kali ni pasal kucing. Saya suka kucing ke? Ehm.. sebenarnya tidak. Saya bukan benci atau langsung tak suka. Saya geli dengan semua binatang yang berbulu. Terutamanya kucing la kan. Meremang je bulu roma bila kucing datang geselkan badan kat kaki. Selalunya kalau dekat kedai makan sure saya control kaki. Takkan nak menjerit pulak. Jatuh saham saya yang jelas sekali sudah rendah ini. HAHAHA
Saya ada satu cerita pasal kucing. Pada ramadhan terakhir saya di SRIK, kami guru-guru mengadakan tadarus beramai-ramai. Satu hari bila saya menyertai tadarus di dewan sekolah, ada seekor kucing yang datang dekat dengan saya. Mula-mula dia datang mengesel je. Saya angkat dia ke tepi. Lama lepas tue dia datang lagi. Saya tolak lagi. Kali ketiga terus dengan beraninya dia datang landing atas riba saya. Adus! dah la saya geli. Dia boleh duduk baring lagi atas riba. Masa ni saya dah tak kisah. Asal dia dok diam jangan cakar-cakar sudah. Lama jugak la dia baring sampai tertido. Dasyat. Err, ke sedap tidur atas tilam super duper dunlopillo. HAHAHA
Sejak dari tu saya dah boleh terima kucing. Bukan terima sampai boleh peluk atau main2. Setakat datang mengesel saya tak kisah dah. Tapi kat sini takde kucing yang berkeliaran. Yang ada anjing. Tu memang tak boleh nak kompromi langsung. Memang akan Laaariiiiiii..!

Monday, December 15, 2008

Gigi


Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang. Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni ye!

Jarang dan kecil - Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata - Cantiknya gigi dia. Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang - Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil - Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik. Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi boleh bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar - Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun - Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam - Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun - Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Buah Hati




Wawa dan Jihah
Salji Dalam termos dah cair la..

Sunday, December 14, 2008

Jarak Yang Memisahkan Kita


Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.
Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.
Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.
Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

Saturday, December 13, 2008

Saya Rindu Dia



Hari ini genap seminggu Fateh meninggalkan saya
Saya rindu sama dia
Rindu nak sakat dia
Rindu nak peluk dia
Rindu nak mandikan dia
Rindu nak tidurkan dia
Rindu nak kiss dia
Rindu nak dengar suara dia memanggil saya, Maa...

R.I.N.D.U

Friday, December 12, 2008

Kawal Emosi Bila Bercinta

Pergaduhan dalam percintaan juga sesuatu asam garam yang membawa kepada manis dan pahitnya bercinta. Percintaan perlu diiringi dengan kekuatan iman, emosi dan fikiran. Jika tidak bertambahlah kejadian yang merosakkan diri apabila gagal dalam percintaan, seperti yang berlaku di Terengganu, baru-baru ini.

Pujangga Hamka ada mengatakan ‘Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat’ mungkin boleh menjadi pedoman bagi pasangan yang bercinta.

Kata-kata ini juga boleh ditujukan kepada insan yang gagal dalam sesuatu perhubungan bercinta atau perkahwinan untuk membangkitkan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan segala pancaroba ini.

Buktinya, tingkah laku yang merugikan seperti ingin membunuh diri, menyalahkan diri sendiri dan terpenjara dalam perangkap waktu (zaman percintaan) dan tingkah laku yang menjurus kepada emosi dan perwatakan negatif lain akan berlaku apabila masalah cinta atau perhubungan berlaku. Di dada akhbar, berita mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman diri dan orang lain akibat percintaan adalah bukti bahawa emosi tidak boleh terlalu dituruti apabila bercinta.

Cinta yang agung dari manusia ialah cinta kepada Pencipta-Nya. Bagi seorang Muslim, cinta kepada Allah adalah cinta sejati.

Bagi cinta sesama insan, percintaan perlu berlandaskan dengan kekuatan diri dan menganggap kegagalan percintaan adalah satu dugaan kehidupan. Ia menguji setakat mana tabahnya manusia menanggung cabaran kehidupan.

Kegagalan dalam perkahwinan, contohnya boleh saja mengganggu jadual kehidupan seharian seseorang insan. Tanpa mengira, suami atau isteri, jika perceraian berlaku tentunya akan memberi kesan kepada emosi dan juga tuntutan zahir dan batin insan. Apatah lagi, apabila ia membabitkan hal berkaitan dengan anak seperti hak penjagaan, masalah kewangan dan pelbagai lagi.

Bukan saja, pasangan yang berkahwin akan terganggu apabila percintaan tidak menjadi. Pasangan yang sedang bercinta juga sering diuji dengan pelbagai keinginan dan tuntutan emosi. Masalah berlaku apabila keinginan diri tidak dapat dipenuhi dengan keinginan pasangan.

Keadaan menjadi sukar apabila pasangan yang bercinta adalah remaja yang masih lagi belum begitu matang dari segi emosi dan fikiran dalam konteks menghadapi dugaan alam percintaan.

Dalam bercinta, emosi tidak boleh terlalu dituruti kerana implikasinya sering kali di luar dugaan. Tingkah laku yang berbahaya seperti cubaan membunuh diri perlu dielak sama sekali.

Natijah kehidupan termasuklah episod bercinta adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Harieta Wahab, seorang pujangga menjelaskan, malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Wednesday, December 10, 2008

Solat Senaman Paling Berkesan


Keputusan majlis fatwa kebangsaan akhir-akhir ini berkenaan pengharaman yoga telah menarik perhatian orang ramai khususnya umat Islam. Pengharaman tersebut berkait rapat dengan bacaan mentera dan konsep menyatukan diri dengan tuhan yang terdapat dalam amalan yoga secara sistematik yang boleh menggugat aqidah umat Islam. Amalan yoga yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan dan memberi ketenangan fikiran kepada pengamalnya melalui pergerakan dan kawalan pernafasan tertentu.

Persoalannya apakah perlunya senaman ini dan sejauh mana kebaikannya kepada pengamalnya terutama bagi umat Islam? Jika dikatakan senaman ini dapat memberikan kesihatan tubuh badan dan merupakan senaman yang ideal bagi pengamalnya, umat Islam telahpun dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta senaman yang jauh lebih canggih dan ideal iaitu solat.

Hasil kajian sains telah membuktikan solat boleh bertindak sebagai terapi dan senaman yang berkesan bagi merehatkan tubuh badan, melancarkan pernafasan serta aliran darah dan oksigen ke otak ketika sujud yang tidak terdapat dalam amalan senaman lain. Justeru, adalah tidak menjadi keperluan untuk umat Islam yang menjalankan kewajipan solat lima kali sehari untuk bersusah-payah mencari senaman alternatif lain seperti yoga.

Sekiranya ketenangan fikiran yang dicari, solat dan amalan zikir harian adalah lebih terbukti keberkesanannya berbanding kemungkinan yang boleh diperoleh dari amalan yoga. Banyak fakta-fakta menunjukkan betapa ramai cendekiawan, bangsawan, hartawan telah berjaya mendapat ketenangan yang dicari-cari melalui solat, zikir dan sebagainya yang tidak dikecapi oleh mereka selama ini meskipun dilimpahi dengan segala kemewahan dunia dan amalan-amalan spiritual yang lain.

Selain itu, untuk memperoleh tubuh badan yang sentiasa sihat, amalan kesederhanaan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat juga penting mana ia bertindak sebagai penawar dan pencegah bagi segala masalah kesihatan untuk umat Islam.

Sejarah juga menunjukkan umat Islam ketika zaman baginda s.a.w adalah bebas daripada masalah kesihatan dan keadaan tersebut ternyata mendatangkan kehairanan dan takjub kepada para tabib dan pengamal perubatan ketika itu. Ketika ditanya apakah rahsia amalan mereka ketika itu, baginda s.a.w menjawab “Kami umat yang hanya makan apabila terasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang”.

Ternyata dengan amalan sedemikian dan ditambah lagi dengan kepatuhan umat Islam menjalankan tanggungjawab dengan mendirikan solat, puasa dan amalan zikir harian, sesungguhnya ia kombinasi terbaik bagi umat Islam untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dan dalam masa yang sama memperoleh ketenangan yang dicari. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, mereka tidak perlu mencari alternatif lain seperti amalan yoga yang belum tentu tahap keberkesanannya dan kemungkinan boleh menggugat aqidah pengamalnya.

Tuesday, December 9, 2008

Warkah Buat Teman

Warkah tazkirah buat teman….

Suatu masa dahulu, kita pernah sama-sama mengharung badai dan ombak perjuangan, berkumpul sesama kita untuk musyawarah mencapai kata sepakat, bertaqarrub mendekatkan diri pada Ilahi dan bertadarus sambil memperelokkan bacaan tajwid. Di saat hati kebanyakkan insan sibuk dengan urusan duniawi, kita pula sibuk dengan urusan agama. Betapa aku rindukan detik-detik indah bersamamu dalam mencari redha dan kasih sayang Tuhan. Malangnya, masa tidak boleh berputar kembali. Apapun yang berlaku, perjuangan perlu diteruskan walaupun aku tiada di sisi. Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir. Yakinlah! Allah sentiasa bersama orang–orang yang menolong agamaNya. Kenangan bersamamu pasti tidak akan luput dari ingatanku hingga ke akhir hayat. Akan kujadikan ia satu pengalaman berharga semasa kita sama-sama menuntut dulu. Sayugia, izinkan aku berkongsi rasa bersamamu walaupun aku tiada di sisimu pada ketika ini. Biar jauh di mata namun dekat di hati. Biarpun kita sering berhubung dan berutus surat, sukar bagi diriku untuk menyampaikan apa yang terpendam di hati. Suatu ketika dahulu, kita pernah menjadi sahabat paling akrab sekali sehingga digelar bagai belangkas. Di mana ada aku, di situlah jua engkau. Di mana ada engkau, di situlah aku turut berada. Namun, tetap sukar bagi diriku untuk menyatakan isi hatiku. Tentu kau masih memahami diriku yang suka memendam perasaan, bukan sengaja tetapi terasa berat mulutku untuk meluahkan secara lisan. Aku lebih selesa untuk menyatakannya dengan menulis sebegini…rasa bebas untuk bersuara tanpa diganggu oleh sesiapa. Tambahan, dirimu sering nakal memotong hujahku namun itu bukanlah penghalang untuk kita kekal bersahabat sehingga kini. Maka kugagahkan jua tangan ini untuk menulis padamu sahabatku…

Sahabatku……
Kadangkala aku keliru dengan diriku sendiri. Terlalu banyak persoalan-persoalan pelik yang selalu berlegar-legar di ruang fikiranku. Di manakah aku sebenarnya? Aku tahu di bumi tapi…di manakah letaknya aku di sisi Tuhanku, di manakah tertuainya iman dalam diriku, Islam…di mana aku dirikannya di dalam jiwaku? Adakah aku sudah benar-benar mengamalkan Islam dalam diriku? Adakah benar aku sudah menghayatinya? Jika ya, mengapa kurasakan hidup ini terlalu sukar untuk ditempuh? Mengapa pula kadangkala kurasakan tidak tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujianNya? Jika tidak pula, mana mungkin jiwaku sentiasa rasa berdosa dengan Tuhan? Mana mungkin rohku selalu mengingatkan untuk segera bertaubat dan beristighfar setiap kali aku alpa dari mengingatiNya? Iman…adakah benar aku beriman sedangkan ujian Tuhan pun belum pasti aku lepas walhal sekecil zarah sekalipun.

Sahabat yang kukasihi…
Biarpun ku tahu Allah itu benar, Rasul itu benar, syurga dan neraka itu benar, qiamat itu benar, titian Siratul Mustaqim itu benar, hati ini masih merasakan kosong…kosong umpama diriku berada di ruang udara yang tidak punya apa-apa. Ada ketikanya jiwaku rasa tenang, dan ada ketika jiwaku memberontak entah kenapa….jiwaku dapat merasakan yang malaikat Qiraman Katibin memanggil-manggil diriku ke jalan Ilahi, mengajak diriku untuk bersamanya selalu, tapi bisikan iblis durjana itu juga yang kuturuti. Apa jenis manusia aku ini? Kanan kata “ Jangan buat dosa”, kiri kata “ Bila lagi kau nak buat…inilah peluangnya.” Kanan kata lagi “ Besar pahalanya meninggalkan perkara yang dilarang Tuhan” kiri pula kata, “Ah…persetankan itu semua, hidup hanya sekali…bila lagi kau nak enjoy?” Bertelingkahlah kedua bisikan itu di telingaku…aku binggung memikirkannya. Jika silap langkahku pasti aku terjerumus ke lembah penghinaan. Sayugia, aku bermunajat dan bertafakur seketika. Memohon bantuan Ilahi agar diriku tidak menjadi bahan ketawa syaitan laknatullah dan bala tenteranya. Sungguhpun demikian, acapkali aku tersungkur…mungkin kerana tidak bersungguh dalam bermujahadah. Silapku jua…mugkin aku perlu lebih banyak bermuhasabah dan menghitung diriku sebelum aku mengirakan hal orang lain.

Sahabat yang kusayangi,
Alangkah indahnya hidup ini jika para kekasih Allah masih bersama kita. Ada juga tempat untuk kita mengadu dan menyelesaikan masalah. Bukannya sekarang tiada ulama’ atau guru agama untuk dirujuk…tapi tahu-tahu sajalah di akhir zaman ini. Para alimin dan ulama’ semakin berkurangan dan ditindas pula. Manakala pemerintah yang zalim semakin berleluasa dan berkuasa diagung-agungkan oleh umat manusia. Betapa hodoh dan hinanya dunia akhir zaman ini sehingga manusia tidak mengenal yang mana kaca dan yang mana intan. Betapa jahilnya umat manusia menilai erti kehidupan duniawi berbanding kehidupan fana. Semakin bijak manusia semakin rendah nilai akhlaknya. Di manakah mereka letakkan akal dan nafsu dalam diri? Renungkan perumpamaan orang tua-tua dahulu kala : harapkan pagar, pagar makan padi… DIA mengharapkan manusia agar menjadikan akal itu raja dan nafsu itu hamba tetapi sebaliknya…nafsu sudah menjadi raja dan akal pula menjadi hamba. Umat kini sudah tiada nilainya berbanding dahulu. Umat kini hanya bersandarkan kepada keagungan Islam dan bukannya bersandarkan kepada kekuatan roh Islam itu sendiri. Mereka seronok memperkatakan mengenai cara hidup Islam tetapi mereka tidak mengamalkannya. Mereka gah dengan perkataan ulama: tetapi mereka sebenarnya ulama’ dunia semata. Mereka suka perleceh hukum-hakam Islam tetapi mengaku Islam. Mereka bangga dengan Islam tapi apakah semua itu bernilai di sisi Tuhannya? Aku takut wahai sahabatku…adakah aku tergolong dalam umat seperti ini? Nauzubillah min zalik… “ Ya Allah janganlah engkau pesongkan hati ini setelah aku mendapat petunjuk darimu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia”. Hidup di akhir zaman ini amat sukar dan rumit sekali kurasakan. Sungguh besar godaan dan dugaanNya, penuh ranjau dan onak duri yang merintangi hidupku…aku bimbang jika akulah orang yang Rasulullah katakan…paginya Islam dan petangnya kafir …Ya Allah jauhkan aku darinya…

Wahai sahabatku,
Besar harapanku, aku ingin membawamu bersama ke syurga namun apakan dayaku. Diriku sendiri pun masih terlalu lemah dan jahil, inikan pula berhajat besar untuk membawamu ke syurga. “ Tidak sedar diri…diri sendiri pun tak terjamin syurga inikan pula nak menjamin orang lain…”Cerminkan dirimu dahulu jika ingin memimpin insan lain. Ingatlah! Kau masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Jangan asyik mencari kesalahan orang lain sehingga silapmu sendiri tidak nampak. “ Ya aku sedar sahabatku,aku cuma insan yang jahil lagi dhaif. Yang hina lagi dina tetapi kerana kesedaran inilah yang mendorongku untuk membawamu bersamaku…kerana keinsafan inilah yang menyemarakkan semangatku untuk bermujahadah melawan nafsu-nafsu dunia…kerana penyesalan inilah yang mendidik hatiku agar sabar dan tabah dalam kerja islami. Dan kerana taubat inilah yang menyebabkan hatiku tergerak untuk mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Doakanlah untukku wahai sahabatku…agar aku istiqamah dalam amal islami. Aku benar-benar mengharapkan redha Allah dan doa dari seorang sahabat yang amat aku kasihi. Dalam suasana kehidupan yang penuh mencabar ini, hanya doalah yang kuharapkan agar menjadi senjata paling ampuh buat diriku dan mungkin juga dirimu…InsyaAllah.

Sahabatku,
Sekian sahaja warkah dariku yang sekadar mengisi ruang kekosongan di kala sendirian. Alunkanlah zikir di hatimu di kala sunyi. Biarkan ia basah di bibirmu dan bergetar di dadamu selalu…”wahai Tuhan, aku tak layak masuk syurgamu, namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar”. Siapalah aku untuk membicarakan soal hati bersamamu, kerana aku hanyalah insan kerdil, yang singgah sementara dalam hidupmu. Sampai masa, aku akan tiba ke tempat yang kekal abadi tanpamu wahai sahabatku. Kemaafan ku pinta andai aku terkasar bahasa terlajak kata sepanjang pertautan ukhwah ini. Semoga silaturrahim ini ( lillahi taala ) akan menjadi bekalan untukku di sana kelak…begitu juga denganmu…InsyaAllah…

Wassalam……

Monday, December 8, 2008

Aidiladha Sorang-Sorang

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua saya keseorangan di rumah. Semalam ezzah balik. Tinggal la saya sorang-sorang. Benggong gak. Naik atas turun bawah tak tau nak wat apa. Yang pasti rumah dah bersih. Tinggal nak basuh baju dengan cadar-cadar je.

Hari ni Hari Raya Haji. Ramai yang bertanya, terutama anak murid saya di Malaysia. ’Cikgu tak buat korban ke?’ saya jawab ’buat korban daging burger je..’
Takde la. kat sini takde korban. Kalau ada pun mungkin mereka korban di tempat ternakan lembu dan kambing. Ataupun mereka dermakan duit untuk korban di negara ISLAM. Saya pun kat sini takde semangat nak buat apa. Semalam ingat nak rebus nasi impit. Tapi tinggal angan-angan je. Setakat nak makan sorang. Lasagna pun ada lagi. Tak tahu la bila nak habis. Tengok la esok ke kalau teringin sangat nak makan nasi impit. Baru saya rebus. Kalau tak, saya makan je apa yang ada..

Semalam saya dah telefon mak. Jadi pagi ni saya tak nak la kacau dia. Mak sibuk kat rumah enjang. Ada kenduri tahlil. Pastu nak g rumah kak ct. Petang katanya nak ke rumah Lyana. Tinggal la saya keseorangan kat sini.

Cuaca hari ni tak secerah semalam. Nak keluar ke? Ehm entah la. Tengok la nanti. Kalau rajin baru keluar. Kalau tak memang memerap kat rumah je. Layan movie. Semalam dah tengok Pride & Prejudice. Hari nie tak tau la movie apa ada kat sky.

Mungkin ini entry yang paling sempoi ditulis. Takde mood nak cerita di campur engan takde citer best nak kongsi dengan korang.

Ok..jaga diri dan jaga iman.
Jumpa lagi..wassalam..

Warna Persahabatan


HIJAU berkata: Jelas akulah yang terpenting. Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.Tanpa aku, semua haiwan akan mati.

BIRU menyampuk:“Kamu hanya berpikir tentang bumi,pertimbangkanlah langit dan samudra luas.Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa

KUNING menjerit:“Korang ni serius ke? Aku membawa tawa, kesenangan, ceria dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan.”

ORANGE menyusul dengan meniupkan trompetnya:“Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah labu, jeruk, mangga dan papaya. Aku tidak ada dimana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazat saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalian akan terfikir di fikiran orang.”

MERAH tidak boleh diam lebih lama dan berteriak:“Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan!Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa.Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy.”

UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan. “Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, Pemimpin dan para marhain memilih aku sebagai pertanda kuasa dan kebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku.”

Akhirnya NILA berbicara lebih perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:“Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan kontra, untuk doa dan ketenteraman batin.”

Jadi, semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan kehebatan dirinya.Perdebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, cahaya halilintar melintas membutakan.Guruh menggegar.

Hujan mulai turun tanpa kasihan.Warna-warna sama-sama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.

Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:“WARNA-WARNA , kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus,unik dan berbeza?

Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!”Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata:

“Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai mengingatkan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian.
Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok.”Jadi, setiap kali HUJAN turun keras membasahi bumi dan saat Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.

MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK, KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHAN UNTUK SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, MEMBERI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN .

Persahabatan itu bagaikan pelangi:Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya.Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.Biru bagaikan air jernih.
Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.

Doa Senjata Mukmin


Kehidupan di dunia penuh dengan pelbagai dugaan, ujian dan cabaran. Suka duka dan pahit getir menjadi asam garam kehidupan manusia sepanjang hayatnya. Dustalah jika ada yang berani berkata hidupnya sentiasa bahagia tanpa sebarang masalah.

Sebagai khalifah di bumi ini, manusia sentiasa diuji Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan kental hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan.

Ujian Allah SWT kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia dan golongan, tidak kira tua muda, miskin kaya mahu pun pemimpin terkenal atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah SWT.
Dalam apa keadaan sekali pun, sama ada diuji atau tidak, kita patut memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT yang tidak pernah putus memberi rahmat serta nikmat.

Justeru, hendaklah selalu berdoa kepada Allah SWT supaya kita terus diberi rahmat, nikmat serta pertolongan Allah SWT terutama apabila berhadapan dengan ujian hidup. Ibnul Qayyim berkata, doa adalah saranan paling kuat untuk mencegah musibah dan mencapai apa diinginkan.

Berdoa adalah suara pengharapan, pergantungan dan pertolongan seorang hamba kepada Pencitpanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hanya kepada Engkau yang kami abadikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) berdoa kepada yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu akan jadilah engkau dari orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).” (Surah Yunus, ayat 106)

Doa adalah satu bentuk ibadah kepada Allah SWT. Menurut al-Asqari, doa adalah permohonan kepada Allah SWT supaya Dia mendatangkan sesuatu yang bermanfaat dan menjauhkan daripada segala bentuk kemudaratan.

Dr Wahbah Juhaily dalam Tafsir al-Wajiz mengatakan, doa secara istilah adalah meminta kemanfaatan dan menolak kemudaratan. Dan pada dasarnya, doa termasuk dalam ibadah.

Kebiasaannya kita hanya berdoa apabila ditimpa kesusahan atau menghadapi masalah. Memang pun di saat itu kita amat perlukan pertolongan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong, yakni merasa mereka boleh menyelesaikan sendiri masalah tanpa mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Memang pun Allah SWT cukup menyukai hamba-Nya yang berdoa apabila ditimpa kesusahan atau mendapat musibah, akan tetapi ada di kalangan hamba Allah SWT yang lupa diri setelah terlepas daripada kesusahan atau musibah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhan-Nya, dalam keadaan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada-Nya. Kemudian apabila dia dianugerahi dengan nikmat daripada-Nya, dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu dan dia menjadikan untuk Allah gandingan untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan-Nya.” (Surah al-Zumar, ayat Membicarakan soal doa, dalam catatan sejarah Islam ada kisah daripada Anas, diriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki Muslim yang keadaan tubuhnya sangat lemah.

Rasulullah SAW bertanya: “Pernahkah engkau memohon sesuatu dalam doamu? Lelaki Muslim itu menjawab: Ya. Saya sering berdoa: Ya Allah, apa pun hukuman yang hendak Engkau timpakan kepadaku di akhirat, maka segerakanlah menimpakan kepadaku di dunia.”

Rasulullah SAW berkata, “Subhanallah! Engkau takkan kuasa menanggungnya. Alangkah baiknya jika engkau berdoa: Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan pula di akhirat, serta jauhkan kami dari seksa neraka.” Kemudian Baginda SAW mendoakan lelaki itu sehingga Allah SWT memberikan kesembuhan kepadanya.

Kisah itu jelas menunjukkan keberkatan doa yang dipohon. Adalah dianjurkan berdoa untuk memohon kebaikan bukan keburukan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.

Satu hakikat yang perlu kita fahami ialah apabila hari ini kita berdoa memohon disembuhkan penyakit misalnya, tidak semestinya esok atau lusa Allah makbulkan permintaan itu. Ada yang memakan masa panjang. Apa pun kita perlu bersabar kerana doa orang mukmin dimakbulkan Allah.

Lambat atau cepat Allah makbulkan doa kita itu adalah dalam ketentuan-Nya. Kita hendaklah bersangka baik kepada ketentuan Allah. Janganlah kita berhenti daripada berdoa walau pun hidup tidak berada dalam kesusahan atau dibelit masalah.

Semasa senang jangan lupa berdoa kepada Allah serta mensyukuri nikmat-Nya. Jika senang, berdoalah supaya Allah murahkan lagi rezeki yang halal dan berkat di masa depan sementara yang bahagia memohon dipanjangkan kebahagiaan itu. Mereka yang sihat berdoalah supaya sentiasa diberikan kesihatan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain)

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan berdoa.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)

Ibadah Korban Mengikut Sunnah


Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi SAW.

Firman Allah SWT: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2).

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.h: “Maksud amalan yang lebih baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah”. - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258.

Betapa ramai umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah. Namun, realitinya ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah- sunnah Nabi seperti berikut:

Waktu pelaksanaan ibadah korban
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha.

Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: “Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan”. (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16151).

Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan
Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah SAW: “Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)”. (riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 2420).

Tidak menggunting rambut dan memotong kuku
Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).
Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.a: “Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain”. (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-’Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).

Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah SAW. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1318).

Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya
Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah lalu Abu Ayyub menjawab: “Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain”. (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 1425).

Ibadah korban dilaksanakan di musolla
Menurut sunnah Nabi SAW solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin.

Dalil disunnahkan solat sunat hari raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. (riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956).

Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban
Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah
Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. Anas r.a berkata: Nabi SAW pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan
Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut. Sabda Nabi SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat al-Muslim di dalam Sahihnya, no: 1971).

Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban
Menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata: Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1317

Monday, December 1, 2008

Sentap Ke?

Assalamualaikum. Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian.
Semoga anda berada dalam lindungan Allah swt hendaknya. Kita sering bertanya. Apa khabar awak hari ni ? Dalam pelbagai versi dan cara. Tetapi pernah tak kita bertanya ‘Apa khabar iman awak hari ni? dan saya juga manusia yang jarang bertanya soalan sebegitu. Sepatutnya sebagai sahabat yang baik, kita perlu mengambil berat soal iman sahabat kita. Moga keimanan mereka sentiasa diperbaharui dan mereka berada di atas jalan yang betul. Wallahua’lam.

Saya sering ditanya. Soalan-soalan yang membuatkan saya sedikit terkilan. Antaranya - Awak ni takde kerja ke? Atau ko ni mengelat? g la buat kerja. Majikan awak tak marah ke awak guna komputer. Macam-macam lagi. Tapi yang penting. Isunya penggunaan internet di rumah. Yang sebenarnya rumah majikan saya. Tempat saya bekerja. Terdiam saya sebentar..
Sedih dan terkilan, bercampur aduk. Adakah kerana status saya pengasuh atau
pembantu rumah menyebabkan saya di pandang rendah. Sedangkan mereka yang bertanya pun serupa sahaja. Menggunakan internet di pejabat. Ataupun pelajar yang menggunakan internet di U atau bilik masing-masing. Bezanya anda berjawatan tinggi atau berpendidikan tapi saya hanya pembantu rumah. Sedihkan kalau dibezakan sebegitu. Mungkin saya seorang yang ditanya sebegitu kerana hanya saya seorang yang bekerja sebagai pembantu rumah setakat ini.
Saya manusia biasa juga yang memerlukan hiburan dan berita serta ilmu-ilmu yang sebahagiannya diperolehi dari internet. Adakalanya saya perlu mencari bahan untuk penyampaian usrah. Mencari ilmu untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat yang memerlukannya. Menjadi penasihat pada sahabat yang dirundung kesusahan. Saya berbeza. Saya bukan pembantu yang membuat kerja untuk majikannya sahaja. Tetapi saya ada tanggungjawab dalam kerja-kerja dakwah juga. Saya juga perlukan internet kerana di sini saya berjumpa dengan macam-macam manusia yang membuatkan saya kuat dan bersemangat. Semangat untuk berjaya dalam hidup.

Cuba anda berada di tempat saya. Jauh dari keluarga dan sahabat-sahabat. Yang mana dulunya adalah teman gelak ketawa dan penghibur anda dikala suka dan duka. Tujuh hari tujuh malam berada di rumah. Tiada rakan sekerja untuk diajak bersembang. Tiada keluarga untuk bermanja. Anda keseorangan. Yang ada hanyalah internet. Inilah hiburan saya ataupun medan untuk saya berhubung dengan rakan-rakan di Malaysia khususnya.

Anda perlu tahu beza Malaysia dan London pada musim sejuk adalah 8 jam. Dan pada musim panas 7 jam. Jadi seandainya saya di sini pagi jam 7 dan Malaysia sedang berada di jam 3 petang. Begitu lah juga yang lain. Anda kira lah sendiri. Jadi anda akan melihat saya online pada waktu pagi kerana saya mengejar waktu rakan-rakan saya yang ada di Malaysia untuk bertanya khabar atau berita terkini. Saya adalah sahabat yg tidak pernah melupakan sahabatnya melainkan mereka melupakan saya. Kebanyakkan sahabat saya bekerja dan mereka menggunakan internet di pejabat. Selepas waktu pejabat saya sudah tidak boleh berhubung dengan mereka.. Jadi inilah yang berlaku setiap hari.

Mungkin anda akan berkata. Malam kan ada. Ya. Malam memang sentiasa ada. Tetapi dengan siapa saya mahu bersembang. Semua sahabat saya sedang lena diulit intan. Tinggal la saya keseorangan di sini. Melayari internet menonton drama melayu di samping membaca blog kawan-kawan saya yang dikenali melalui alam cyber sementara menanti masa untuk tidur. Dan mungkin anda perlu tahu. Saya seorang yang sukar untuk tidur..insomnia. Meraih simpati ke? hahaha

Kalau nak diterangkan panjang lebar, memang tak habis. Alhamdulillah kerja saya sehingga hari ini berjaya disiapkan. Rumah tak pernah saya biarkan bersepah tak dikemas. Baju tak pernah saya biarkan tak berbasuh atau berlipat. Anak tak pernah saya biarkan kelaparan atau keseorangan. Rumah berhabuk saya kilatkan. Tandas berlumut saya bersihkan. Err, kerja bibik..takkan tak tau?
Kalau kita selalu mendengar cerita kurang enak tentang pembantu rumah. Baru ni saya mendengar cerita pembantu rumah yang mencuri. Kesian majikannya. Begitu juga cerita pembantu rumah yang lari. Tak lupa juga pembantu rumah yang keluar dengan lelaki yang tak dikenali. Pembantu keluar tanpa izin majikannya. Simpati juga pada pembantu yang didera oleh majikan. Err, ada juga pembantu yang cederakan majikan. Mesti ada sebabkan.
Alhamdulillah, sehingga hari ini saya sentiasa ingat saya bekerja dan jauh dari keluarga. Saya perlu menjaga nama baik keluarga dan ISLAM khususnya. Saya juga perlu menjaga adab dan aurat saya bila berada di rumah. Dan saya tahu kak ct dan akhi fauzi berasa bertuah kerana memiliki seorang pembantu seperti saya. Bukan saya nak membanggakan diri. Saya tidak pernah menyusahkan kak ct dengan kerenah atau perangai saya yang pelik. Sebaik mungkin saya juga mahu menjaga hati dan perasaan majikan saya. Saya tidak pernah keluar rumah tanpa pengetahuannya. Dan boleh dibilang dengan jari berapa kali saya minta izin untuk keluar pada hujung minggu. Dunia saya adalah rumah tiga tingkat ini dan juga internet. Penting tu INTERNET. Saya ada kemahiran. Dan saya tidak perlu diajar untuk menguruskan hal rumah dan anak. Cewah, macam berlagak la pula.. HAHAHA.
Saya berusaha untuk menjadi pekerja yang baik dan tidak mendatangkan masalah pada mereka. Anda perlu tahu saya bukan sengaja datang ke London menjadi pembantu kerana saya tidak layak menjawat jawatan lain. Saya seorang guru sebelum datang ke London. Tujuan sy datang ke london selain menjadi pembantu adalah peluang untuk melihat negara orang. Apabila saya tamat kerja nanti saya akan pulang ke Malaysia samada menjadi seorang guru kembali atau menguruskan bisnes yang sedang saya rancangkan sekarang.

Jadi harapan saya, pada mereka yang mempunyai pembantu. Cubalah hargai mereka sebagai manusia biasa. SESAMA MANUSIA. Seandainya mereka tiada anda tahu bagaimana letihnya menguruskan rumah dan anak-anak seharian. Mungkin pembantu anda tidak seperti saya. Mereka datangnya dari Indonesia atau negara miskin yang datang mencari rezeki. Pemikiran dan cara hidup mereka memang berbeza dengan saya. Kadangkala anda perlu fikirkan dan cuba bayangkan anda di tempat mereka. Anda melihat saya sebagai seorang pembantu tapi dari sudut berbeza. Saya seorang pembantu yang mempunyai kemahiran IT dan ilmu yang boleh dikongsi. Saya berkongsi suka dan duka hidup di London di sini. Sama sekali berbeza dengan pembantu anda yang datangnya dari Indonesia, Thailand, China atau mana-mana negara sekalipun. Sekalipun anda mempunyai pembantu yang lebih hebat dari saya. Mungkin berkelulusan ijazah. Tetapi mereka mungkin ada pertalian darah dengan anda. Yang sanggup membantu anda menjaga makan pakai dan anak-anak anda. Tapi saya berani bertaruh. Kebanyakan pembantu anda datangnya dari negara yang saya sebutkan di atas. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai pendidikan. Dan saya tahu mereka juga seperti saya. Menggunakan internet untuk berhubung dengan sahabat dan keluarga.

Maaf seandainya coretan saya pada malam ini ada menyinggung perasaan anda atau pun membuatkan anda kurang enak. JANGAN TERSENTAP DENGAN LUAHAN SAYA okey. Ini adalah luahan rasa saya yang terpendam selama saya berada di London. Mungkin anda melihat saya seronok di sini. Tapi ada masa saya juga manusia biasa. Yang punya rasa apabila disoal dengan soalan di atas. Rasa terkilan dan sedih. Dan ini mungkin sedikit sebab mengapa saya sudah jarang atau mungkin susah hendak dilihat online di YM. Kerana saya malas apabila diaju soalan di atas. Maaf kepada semua yang mencari saya di YM.
Sekiranya ada apa-apa berita atau khabar anda jangan segan silu untuk meninggalkan jejak. Sekiranya saya ada dan selalunya memang akan ada cuma tidak menonjolkan diri sahaja. Saya akan membalas jejak anda. Insyaallah.

Sekali lagi saya minta maaf JUTA-JUTA di atas entry saya hari ini yang sedikit sensitif. Saya perlu menulis. Supaya anda akan cuba memahami situasi saya yang keseorangan di sini dan moga anda akan menghargai pembantu anda di rumah. Kerana saya adalah pekerja yang sangat bertuah. Mempunyai majikan yang sangat baik. Baik dalam semua perkara. Moga hari mendatang saya tidak dihujani dengan soalan di atas.
Terima kasih kerana memahami.
wallahua’lam..

Wednesday, November 26, 2008

Push Chair Idaman

Assalamualaikum..lama sudah saya tak mencoretkan sesuatu di sini. Sambil mendengar lagu ‘aku bukan superstar’ yang diketahui dari blog Saiful Nang, membuatkan saya tersenyum sendiri. Bukan senyum kot..ada kat part2 tertentu saya sengih. Ubat terapi diri bagi orang yang keseorangan.

Banyak yang nak di cerita, bukan semua boleh di kongsi. Sakitnya bila berjauhan dengan keluarga. Lebih lagi bila mereka dalam kesusahan. Saya tak mampu berada di sisi mereka. Hanya sedikit kata-kata semangat dan kekuatan dari saya saja yang dapat dihulurkan buat mereka. Walaupun bila diingat air mata akan tumpah tak dapat ditahan. Ya Allah kuatkanlah hamba ini dalam menghadapi ujianmu lagi. Allahu Akbar, lelah sebentar bila mengingatkannya. Ianya berulang kembali..

stokke xplory warna biru
Ok, CERIA.. CERIA.... saya nak cerita pasal pushchair @ stroller @ pram @ kereta tolak @ kereta sorong. ikut la korang panggil apa. 2-3 hari ni kawan sekolah saya Ali minta tolong usyarkan stroller untuk anak dia yang bakal lahir. Dalam wishlist saya pun antara barang yang nak sangat beli bila balik Malaysia ialah stroller. Bukan untuk seorang. tapi untuk twins. Hati kuat mengatakan saya akan dikurniakan bayi kembar.. Err, INI BUKAN ANGAN-ANGAN KE? kahkahkah. Lagi-lagi anak saudara pun kembar. Yang gugur pun dijangka kembar. Baka kembar kuat agaknya. Eh, awak pun ada adik perempuan kembar kan. Banyak la gen kembar kita kan. hehe. Moga Allah permudahkan hajat ini..ameen..

Ali minta carikan maxi cosi. Sebelum ni saya nampak Maclaren je. Sebab hari-hari dok usung Fateh. Bila dah selalu buka internet ni saya jumpa sorang kawan yang guna stokke xplory. Saya cuba cari kat internet, bila tengok harga baru- Mak aiii.. £600++.. tapi bila buka ebay, 2nd hand boleh la dapat £350++. Saya cuba buka youtube kot2 ada video. Memang ada. Bila tengok dorang promote SX ni, memang sesiapa pun akan teruja. Lagi ditambah dengan body dia yang memang CUN. tapi bila tengok harga..mahu boleh buat dp keta.

Then bila Ali minta carikan maxi cosi. Saya pun try cari kat ebay..ok juga.. tapi saya dah jatuh hati dengan SX.


Maxi Cosi

Bila cerita pasal berbaloinya guna stroller nie. Memang banyak beza dengan Malaysia. Sini stroller boleh naik bus. tube. train. tram. Kebanyakkan parents kat sini memang usung stroller ke mana saja. Sampaikan anak yang dah besar pun naik stroller. Kat Malaysia nak naik bus, lepas kat pintu je la. tapi bila nak shopping. ok sangat la. Bukan setakat boleh bawak anak..tapi bawak sekali barang2 yg di shopping. kan. kaaan. Sambil mengenyit mata.

Di sini kalau guna stroller naik bas, had muatan bagi sebuah bas boleh muat 2 stroller je. Yang selebih kena lipat atau tunggu bas lain. Ada juga pemandu yang baik hati bagi je 4 stroller masuk sekaligus. Kena kalau waktu nak hantar atau ambil anak sekolah. Kalau kena lipat pun tak kisah. Sebab pemandu dia akan tunggu sampai kita duduk. Baru dia jalan. Kadang tu orang kat sini bila nampak kita kena lipat stroller dorang akan bagi bantuan. Angkat anak kita atau stroller. Yang baik kita jadikan contoh. Tolong menolong amalan mulia. Sambil tersenyum.


stokke xplory warna hijau
Pengalaman saya menggunakan stroller kat sini banyak. Masa awal-awal dulu. Fateh kecil lagi, tak boleh berjalan atau berdiri. Saya kena tunggu bas sampai 4 biji baru boleh naik. Nasib bas kat sini paling lama 15 minit ja. Kalau Malaysia jenuh anak kelaparan. Tu pun kalau kena ambil dorang memang saya siapkan bekal. Kalau tak menyungut lapar. sian plak. Sementara nak tunggu bas, kitorang berkelah dulu kat perhetian bas. Sampai la boleh naik stroller. Tapi sekarang sejak Fateh dah boleh jalan. Saya redah je bas. Tak kira penuh ke. Berdiri ke. Saya akan lipat stroller. Sampai satu tahap Fateh kena duduk kat tempat orang letak barang. Nasib dia tak menangis. Yang lain apa lagi. Kena berdiri la sampai rumah. Kadang-kadang rasa seronok. Boleh ajar anak ni susah sikit.
Ada tu bila seminggu naik bas pemandu yang sama. Masa hari pertama muka dia masam dan marah-marah bila saya nak lipat stroller. Tak pa lah. Dalam hati mungkin dia penat kot. Bila cerita kat kak ct. kak ct kata mungkin dia gaduh dengan husband dia. Hari ke-2 pulak dia senyum bila nampak aku. dia tak kisah bila saya bagi isyarat nak lipat stroller. Bila cerita dengan kak ct. kak ct kata hari nie husband dia bagi bunga kot. nak pujuk. Hari ketiga pula,dia bagi isyarat sorry. tak boleh naik sebab dah ada 2 stroller. Siap senyum lagi dengan saya. Nie saya pulak buat cerita. saya kata kat kak ct, hari nie suami dia nak ajak dia makan malam kat luar kot.. kah..kah..kah.. gelak besar kak ct dengar cerita saya.
Ada lagi cerita. Ada seorang pemandu nie kalau saya nak turun bas. Bila saya ucap thank you..siap kenyit mata lagi.. Amboi, tak nampak ka saya bawak anak 2 orang.. hehe.. Lagi best yang sorang lagi juga. Dah hari-hari naik bas dia. kalau saya nak naik dan turun dia akan rendahkan bas supaya senang nak naik dan turun. Ada sekali tue, dalam ramai-ramai yang tahan. Patutnya dia berhenti la depan orang yang tahan. Tapi sebab nampak saya. Dia berhenti depan saya. hehe. Perasan la kejap. ahaa.
Ni cerita siang tadi. Masa nak balik dari hantar maryam. Ada sorang mamat nie bawak anjing.adus. Saya dah cuak nie. Bila dia naik saya himpit badan kat tengah ruang antara 2 stroller yang ada. Kononnya nak elak la dari terkena anjing dia. Tapi tengok-tengok dia berdiri tepi saya. Aduhai, dalam hati Allah je yang tahu. Alhamdulillah pemandu tue suruh dia ke belakang. Duduk kat belakang. Saya dengar la dia menyungut. Katanya anjing dia bukan gigit orang. Angkat bahu tanda tak tahu. Entah la...

Maxi Cosi kaler HITAM

Ok la. Banyak dah saya menaip. Memang banyak lagi cerita. Nanti la. Bulan depan saya cuti sebulan. Kak ct sekeluarga nak balik Malaysia. Masa tue nanti kalau ada kesempatan akan ceritakan balik pengalaman saya di sini.

Insyaallah jumpa lagi.

Jaga diri Jaga iman ;D


Tuesday, November 25, 2008

Ku Mencintaimu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Saturday, November 22, 2008

Gadisku

Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Penahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada Allah…hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah, umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yang diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yang tersembunyi, melebihi sesuatu yang terdedah.

Wanita solehah yang patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dengan title gadis yang engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.Namun ingatlah gadisku…sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yang dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu “tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita.” Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunah. Jangan biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggocang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta….bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.

Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,“Sesungguhnya cinta itu buta.” Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yang unik itu dengan mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yang tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yang sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dengan itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi…

Thursday, November 20, 2008

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat… ”
Wassalam,

“Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu”

Subhanallah… Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W ” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!