Tuesday, July 14, 2009

Strawberry Trifle Southampton

Entry ini sarat dengan gambar Strawberry Trifle.

Jika anda berpuasa hari ini, lebih baik lihat selepas berbuka. Ceewaah...!

Bagi ibu-ibu mengandung, silalah dapatkannya di pasaran. Jangan putus asa untuk memujuk si dia membuatkan untuk anda. Jangan serang saya sudah la. Pandai-pandai buat entry masakan. Hahaha.

Pemandangan dari atas helikopter

Pemandangan dari atas lori

Pemandangan dari tingkap kereta

Pemandangan dari dalam kapal selam

*-*-*-*-*-*

Resepi ini tak dirancang pun nak buat pada petang Sabtu lepas. Atas permintaan tetamu kami, jadi saya pun meraikan beliau dengan rela hatinya membuat Strawberry Trifle Southampton.

Wallah, siap ada nama glamer lagi. Hehe.

Resepi kita hari ni memang mudah.

Tak percaya. Baca sampai habis okey.

~Strawberry Trifle Southampton~


Ini bahan-bahan untuk Strawberry Trifle Southampton

Birds Trifle perisa strawberry

1 gulung sponge cake perisa strawberry
13 biji strawberry dibelah dua. Setengah masuk mulut anda okey. Saya guna 12 biji setengah sahaja. Hehehe.
Susu segar
3 sudu gula

Resepi asal menggunakan finger biscuit. Sedia di dalam kotak. Saya gantikan dengan sponge cake untuk mendapatkan kuantiti yang lebih besar.

Potong kek gulung anggaran setengah inci. Susun seperti gambar di atas. Eh, susun mengikut bekas anda. Kang ada yang menangis guling-guling. Nak susun macam saya punya pulak. Hehehe.

Bancuh jelly crystal dengan air suam-suam panas. Ikut arahan di paket. Jangan derhaka.

Petua bibik:
Biarkan jelly sejuk seketika sebelum dituang ke dalam bekas. Ini untuk mengelakkan kek mengembang dengan dasyatnya.

Biarkan sehingga jelly mengeras. Nak cepat masukkan dalam peti ais.

Sambil menunggu jelly keras. Bancuh custard powder dengan susu segar dan gula. Ikut sukatan dipaket. Maaf bibik lupa.

Petua bibik:

Sekiranya anda malas mahu mengacau custard di atas api yang perlahan. Bancuh custard dalam bekas tahan panas. Masukkan dalam microwave selama 3 minit. Kacau sehingga bancuhan tidak berketul-ketul.

Tuangkan custard dan ratakan menggunakan punggung sudu. Sila lakukan dengan lemah gemalai okey. Biarkan sejuk di dalam peti.

Bancuh dress topping dengan susu segar. Ikut sukatan dipaket. Pukul dengan menggunakan whisker atau mesin sehingga kembang.

Petua bibik:
Sekiranya anda mahukan topping lebih lembut, tambahkan sedikit susu dan teruskan memukul sehingga kembang.


Ratakan topping menggunakan belakang sudu dengan cermat. No kasar-kasar okey.


Ok, ini cara saya mendekorasikan trifle. Untuk mendapatkan bentuk love yang cantik lagi menawan. Silalah menggunakan kertas yang ditebuk berbentuk love. Pandai tak saya. ekeke.

Hias trifle dengan strawberry yang dibelah dua.
Atau mengikut citarasa anda.

Selepas siap semuanya. Balutkan trifle dengan cling foil dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dimakan. Lebih lama anda mensejukgedikkan ia, lebih sedap rasanya bila dimakan.

Lebih-lebih lagi musim panas. Memang wallah..!

Selamat Mencuba.

Wassalam.


27 comments:

ARm Myopia™ said...

nampak bes. kene buat ni. lala.

maybe time raya.

_ciK ja_ said...

sedapnya!!!!...
nak buatlah... ermm

fazlinil irma said...

arm-silakan..resepi dah diberi :)

alwarada said...

nasib baik akak dah bersalin.sungguh nampak best sekali.nyum nyum.
hmm..bibik Irma baiknya.boleh wat member gi

fazlinil irma said...

alwarada- akak,nasib kan..hehe.. kalau tak mahu meleleh air liur anak nanti..

Irma Rizal said...

akhirnya..ada juga resipi ni..
hehehe bestnye..nak try buat la irma..thanks ya..oo pertanyaan umur tu,saya tua sikit la dr irma..saya 30..ok ke?

sedap yummy yummy..tp mana nak cr strawberry ni?

fazlinil irma said...

ok..nampak gaya kena panggil kak irma la ye..hehe

kalau takde strawberri pun takpe.. just sprinkle dengan coklat..

sy sbb musim stoberi skrg kat sini..

tak pun ganti dgn buah koktel pun boleh kalau tak nak buh kek kat bawah tu..

Irma Rizal said...

emm ya kan..
hehehe sorry..kalau akak nak pinjam gmbr strawberry triffle tu letak kat blog akak ok ke?bukan apa nak cite betapa cantiknye desert buatan irma ni..ok ke?

fazlinil irma said...

silalah kak..
moga ramai yg tengok dan berminat nak mencuba..

Irma Rizal said...

thanks a lot ya irma..
insyaAllah nanti akak try share gmbr nya kan..nak resepi dorg kena masuk blog irma la..cr sendiri..mudah2an murahla rezeki irma share resipi ni..
nanti mana tahu kalau akak dpt buat akak cite kat irma ya..many thanks...

fazlinil irma said...

amin..sama2lah kak..
ya, nanti kalau akak ada masa boleh cuba buat :)

Irma Rizal said...

salam irma, akak dah tempel dah gmbr ni kat blog akak..thanks a lot ya ...mmuahh..sudilah jenguk..

farah said...

salam..seleranya org berbadan 2 tgk..tiba2 dtg anak kecil,umur 3 thn lalu berkata ia..hmmm..sedapnya..ish..nmpk gaya ibunya kena minta tok guru irma turunkan cara2 dgn lebih jelas ni..hehe..nnt saya request fb..plz accept ya.. ;)

NaniRostam said...

Salam.

Kalau kita dekat...kak nani boleh rasa faz punya triffle kan...sekarang ni dok mengidam masakan orang lain.....

~syue~ said...

sedapnya ! nyum nyum melelehhhhh :D

nhhas said...

ayooo... nak jadi jiran ema... nak jadi jiran... pleassseee (*_*)

Awin Edham said...

salam kak, teruja sangat saya tengok trifle ni. bahan2nya senang ke nk dicari?

Fazlinil Irma said...

wsalam awin.

kalau kat msia kena buat kastard sendiri. jelly sendiri. saya rasa takde jual 3 in 1 birds trifle.

Liaamanis Choc said...

Emmm...nampak menarik n sedap..teringat lak strawberry kat peti sejuk...lebih buat kek...emmm kena cuba ni..

Ardiana Arshad said...

salam. saya dah buat macam resepi awak ni..sedap...sehingga menjilat jari :)

Anonymous said...

KAK....
DRESS TOPING TU APE?....OR DLM BAHASA MELAYUNYER APE?...MCM CHEESE CREAM KA?...
KALAU TAK BUH, MENJADIK TAK TRIFLE TU KAK?HE3

AKUBUDAKJAAT

Fazlinil Irma said...

akubudakjaat.

akak beli dah siap 3in1 trifle. so bancuh je.

kalau ABJ buat sdiri pun guna whipping cream yg dah diputar.

kalau tak buh entah la. x pernah cuba dear.

Anonymous said...

kak nk tnye..bhn2 dlm paket2 tu ade jual kt mne2 supermarket ke..=)

Fazlinil Irma said...

anon. cuba cari. akak tak pasti. resepi ni akak try masa kat london dulu.

nana_picanto83 said...

kecur ayaq lioq dibuatnya... malangnya kat langkawi susah nak dapatkan buah strawberi... huhuhu

::sayang::kamu::rindu::kamu:: said...

sis...if sy nk tempah, berape ringgit ye..??? ade x sis penah try wat trifle yg ade kek ni dalam bekas dadih..????

♥ Miss Nuraf ♥ said...

terliur....belum cuba makan lagi nih...neway thanks ya, nanti nak cuba buat sendiri