Wednesday, July 22, 2009

Ain Yang Saya Rindu..!


Saya rindu dia.

Sangat-sangat rindu.

Anak murid saya semasa di SRIQ, Terengganu.

Saya kenal dia sejak berumur 3 tahun. Kecil lagi masa tu.

Lincah orangnya. Boleh kata buas juga sebab dipengaruhi oleh dua orang abang di atasnya.

Saya sempat mengajar semasa dia di tadika. Ketika itu umurnya 5 tahun.

Anak murid yang tak reti duduk diam. Pantang lepa sedikit dah keluar mencari ayahnya yang turut mengajar di sekolah yang sama.

Banyak kenangan saya dengan dia. Kadangkala saya menjadi pengasuh tak bergaji ketika umminya berkursus.

Semasa di sana saya suka mengumpan kanak-kanak dengan gula-gula. Salah seorangnya dialah. Sampaikan dia tahu, dalam poket saya mesti ada gula-gula. Diam-diam tanpa disedari tangan dah seluk poket saya mengambil gula-gula.



Ain,

Ingat lagikah kamu pada saya...?

Saya rindu kamu.

Semoga Allah memberi kesempatan pada kita suatu hari nanti untuk bertemu kembali.

Saya Sangat Sayang Kamu.

2 comments:

nieda said...

salam kenal,
jauhnyer merantau, menimba ilmu yer? one day moga dpt jumpa Ain

Fazlinil Irma said...

salam kenal-kenalan juga utk nieda..

bekerja sambil menimba ilmu di dapur..hehe

insyaallah..harapnya begitulah..jumpa semua org yg saya rindu :D