Friday, July 31, 2009

Potato Wedges

Assalamualaikum wbt

Ini resepi hari Ahad lepas. Seperti biasa bibik sambil-sambil rehat dalam bilik mulalah dia merayau ke blog-blog masakan mencari resepi apa yang nak dicuba. Dalam banyak-banyak resepi hari tu, saya teringin nak mencuba resepi yang dah dicuba oleh kak hana. Almaklumlah, duduk di negara yang takde kepci HALAL ni kenalah merajinkan diri memasak ayam goreng dan kentang ala-ala kepci.

Dah jumpa resepi, apa lagi nak tunggu. Masuk dapur sediakan bahan. Kelentang kelentung la jawabnya.

Resepi asal saya ambil di sini.

Resepi saya memang banyak yang menderhaka. Hihii. Anak murid ni memang degil. akakaa.


Bahan-bahan
  • 5 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk cili. Nak pedas, letak lebih ye.
  • 2 biji telur
  • Tepung ayam goreng cap London. Haha.
  • Garam
Cara-cara
  1. Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. Kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Bahan-bahan
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni


Cara-cara
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.

4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.

7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.
Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.

Ehm..saya tak tahulah sos yang warna oren tu sos apa. Kalau sos mustard yang saya buat kat atas ni jadi warna putih bukan oren. Garu kepala yang tak gatal. Huhu.

Terliur.. Ambil kunci kereta dan start enjin carilah KFC yang berdekatan. akakaka. Jangan lupa dompet sekali ye. Kang tak pasal-pasal ada yang balik kempunan plak. Haha.

Wassalam.

6 comments:

nieda said...

simple dan sedap...boleh cuba ni..hehe

Fazlinil Irma said...

nieda..kat msia lg senang kot..hulur duit je..hihiii

mrswongjowo said...

dik ni kena cuba ni...homemade wedges ek..potato dia yg Russetkan..sebarangan potato tak jadi kot...can call me Kak Zai...sorry lama tak berblog, YM King gering/demam ada kat rumah so a good wife kena behave la..no FB no blog...duk diam-diam layan dia..:)

nasibah m.halim said...

yg warna oren tu klu x silap gn telur + tepung skit + minyak zaitun + lemon +garam.....
tgk rncgn s'pore kt tv..tp x nah buat lg...hehe...x brani cuba...

Fazlinil Irma said...

nasibah..

memasak x leh takut. x jd pun x pa. makan asal x sakit perut :D

Nazifa Mazni said...

salam..kak lecturer sy ckp yg nampak oren tu sbb letak sos..either sos tomato or sos cili...not sure which one...dr segi warna semua akan jd oren...dr segi rasa xsure nk pkai cili ke tomato