Sunday, August 2, 2009

Caramel Sticky Chicken Bukan Wings


Assalamualaikum wbt

Salam bulan kemerdekaan buat semua. Eceeceee, semangat cintakan negara terus meresap bila masuk bulan Ogos ni ye. Kalau kat Malaysia langsung tak heran pun. Nak buek camano. Den dah jauh dengan Malaysia sekarang ni. Rindu dengan Malaysia memang tengah membuak-buak ni. Dah tak tertanggung rasanya. Orang negeri baca entry mukadimah saya jangan marah eh. Tiba-tiba semangat kenegerian terselit pula. Sedangkan takde pun darah negeri dalam diri ni. Kot tadi sebab cari makna 'menyalang' kat Abang Google. Tu yang terlekat sekejap. akakakaa.

Eh, jangan lupa. Ramadhan pun dah hampir tiba. Marilah kita mempersiapkan hati untuk menghadapinya dengan penuh semangat. Semangat untuk beribadah.

Ok, hari ni saya nak kongsi resepi ayam. Hari-hari makan ayam sampai dah jemu pun ada. Muka ni dah memang ada rupa mak ayam bukan ibu ayam okey. Hahaha. Nak tambah lagi pasal ayam ni, dulu abah saya memang berniaga ayam. Darah ayam tu memang dah sebati dalam diri kot. Tak boleh nak dipisahkan.

Sekarang ni suka betul merayau kat blog kak Hana. Tiap-tiap hari nak tengok resepi apa yang dia cuba. Macam-macamlah ada. Jadi hari ni saya istiharkan diri sendiri menjadi anak murid kak Hanalah ye. Maaflah cikgu, saya cakap awal-awal. Anak murid ni dah menderhaka dengan resepi tok guru. Nak buat camana. Bahan dah habis tarikh. Kang langsung dari sedap jadi sakit perut pula. Mentang-mentanglah kerja dengan doktor. Sesuka suki je nak sakit. Haha.

Rancangan memasak akan dimulakan sekarang.

Bahan-Bahan
  • 12 keping kepak ayam- Saya guna seekor ayam
  • 2 sudu besar minyak masak- Saya guna minyak zaitun.Malas nak ambil minyak kat stor. Dasar bibik pemalas betul. Haha.
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)- Saya kupas jugak. Sebab tadi sambil tengok Nur Kasih saya kupas bawang habis semua sekali. akakaka.
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan- saya ganti sos tiram. Sos ikan saya dah habis tarikh.
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu-

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
Resepi diambil dari sini

Alhamdulillah, resepi kali ni menjadi dengan lazat sekali. Cewaah. Eh, ini bukan perasan angkat bakul sendiri. Kak Ct cakap sedap. Syakirah makan tiga ketul. Husna tak tanya berapa ketul dia makan. Hihi. Fatimah tak yah tanya. Sebab dia tengah berselera nak makan nasi goreng sempoi saya. Dah tiga kali masak nasi goreng yang sama. Layankan ajelah. Harap-harap naik sikit berat badan tu berkat makan nasi goreng sempoi yang penuh dengan rasa kasih sayang bibik. akakaka. Maryam dengan Fatih pun tak nak makan ayam. Saya sendiri tukang masak makan seketul saja. Haha. Errr, saya dah jemu dengan ayam. akakaka. Alasan.

Kak ct cakap ayam dia masak sedang elok. Isi dia pun tak keras. Rasa cukup. Kira orait la kan. Eceehh. Takkan nak p temuramah akhi Fauzi pula. Kang panjang jela lagi entry ni. Hahaha.

Kesimpulannya tak rugi anda mencuba. Masak dengan penuh kasih sayang tau. Mesti sedap.

Wassalam.

No comments: