Friday, August 28, 2009

Kuih Cara Semanis Pembuatnya

Hari ni terasa nak buat kuih cara manis untuk juadah berbuka puasa. Kali terakhir saya buat kuih ni tahun lepas. Banyak sangat kuih yang nak dibuat sampai ambil masa setahun untuk ulang balik. Masa pertama kali buat tahun lepas tak menjadi sangat permukaan dia.

Petang tadi saya cuba dengan cara baru. Saya panaskan acuan tembaga kuih ni dengan api yang perlahan. Kemudian baru saya bancuh adunan kuih. Ini bertujuan supaya acuan betul-betul panas semasa adunan dituang. Selain tu semasa memasak MESTI menggunakan api yang sederhana. Insyaallah, akan terhasillah kuih seperti di atas. Eceh, suka la tu. hehehh.


Bahan-Bahan
200 gram tepung gandum
450 ml santan ( saranan 300 ml santan pekat 150 ml air)
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau atau pati pandan
minyak untuk dioles

Cara-Cara
1. Bancuh semua bahan di dalam satu bekas

2. Masukkan ke dalam blender. Kisar supaya adunan menjadi halus.

3. Bila acuan sudah panas. Oles acuan dengan sedikit minyak.

4. Masukkan adunan ke dalam acuan.


5. Masukkan gula mengikut citarasa anda.

5. Gunakan lidi satay untuk mencungkil kuih apabila masak. Tanda kuih sudah masak apabila kesemua permukaan menjadi hijau pekat dan mudah tanggal apabila dicungkil.


Adunan ini akan menghasilkan 16 set kuih cara. Maknanya 32 biji. Kalau nak sikit boleh la kurangkan bahan tu.


Selamat Mencuba.

9 comments:

-sumaiyah- said...

wahh..gebunye kuih cara tu..ni yg terasa nk buat ni=) kak irma, xpayah sapu minyak kat acuan ye b4 tuang tu? mmg rasa berlemak btul la kn sbb guna santan byk..

fazlinil irma said...

sumaiyyah..dah edit..hihii

akak pun rasa lemak sangat kuih tadi..

jd kalau nak buat, campur santan dgn air menjadikan dia 450 ml..

iu rf said...

haziq nak...uwaa.. camne nk wat nihh..xde acuan...

fazlinil irma said...

iu-alaa siannya..

Bakal translator said...

cop!
kan bentuk tu kan
ade ke pekasam dier?

Wan Amalyn said...

Irma...

kakwan salin ya resepinya... nak cuba buat moga menjadi... (nampak mcm senang je)

thanks for sharing...

Fazlinil Irma said...

silakan kak wan..

moga menjadi...

فاطمة الزهراء said...

k.irma blend?bgusnyee...sy buat xpenah pn blendd...main kacau2 je...rdula plak nk wat..dh lama xwat..huhuhu

Fazlinil Irma said...

fatimah. blend tu sbb nak bg dia smooth. cantik. kalau kacau pun lepas tu kena tapis. supaya tak berketul..