Sunday, August 30, 2009

Hor Fun Goreng


Alhamdulillah hari ni dah masuk ramadhan yang ke sembilan kita berada maknanya tinggal 21 hari lagi kita di bulan yang penuh rahmat, maghfirah dan keberkatan. Sekejap sahaja masa berlalu. Moga ramadhan yang berbaki kita lalui dengan penuh kesungguhan.

Orait. Ini menu semalam. Dah habis masuk perut jadi darah daging. Burrrpp.. kenyang. Alhamdulillah. Err, kalau pedas lagi sedap dan laju suapan. hehehh.

Apakah kaitan antara hor fun, kue tiaw dan kua chap..? Haa, mereka semua adik beradik seibu sebapa. Kembar tetapi tak seiras. Bibik pun tak tahu apa beza mereka. Rasa sama sahajalah. Eh.. rasa mee tu yang sama. Masakan lain la. Takkan kue tiaw sup nak kata sama rasa dengan kue tiaw tomyam. hehehh.

Resepi ini asasnya di ambil dari kue tiaw kerang kak hanieliza. Seperti biasa anak murid yang terlebih pandai ( baca: DERHAKA ) ni sukalah menokok tambah bahan untuk memantapkan lagi rasa masakan dia. Err.. kadang-kadang kena la sesuaikan dengan bahan yang ada. Ini bukan rumah mak yang kedai sebelah rumah je. Tak cukup bahan boleh lari p beli. Apa yang ada kita campak dalam kuali. Pastu lambung-lambung sudip buat aksi kung fu. haha. Merepek betul. Malu ar anak dara kalau masak riuh sekampung. Tahu dek mak nanti malu tau. Mak. Jangan risau. Kat sini masak gerenti tak dengar jiran sebelah. Dorang pun tak heran. Kami je yang hairan bila jiran masak ayam goreng sama bau dengan pisang goreng. Kah Kah Kah. Nampak sangat dah rindu malaysia.Pheeewiiittt...!!

Ya Allah. Panjangnya bibik buat mukadimah. Mengantuk dah anak murid kalau macam ni kat kelas. Eh.. Tak.. Tak.. Anak murid saya lagi suka kalau saya cerita dari mengajar. Kadang-kadang saja je tanya banyak soalan nak elak dari saya mulakan kelas. Arrrghh. Rindu sekolah la pulak.

Jom. Kita masuk dapur. Tengok bahan-bahan nak sediakan HOR FUN GORENG.


Bahan Mentah Yang diperlukan:

500 gram Hor Fun atau Kue tiaw
1 mangkuk isi ayam
20 ekor udang saiz sederhana/ besar
15 biji bebola ikan dibelah dua
5 biji bawang putih diketuk
2 sudu besar cili kisar ( nak pedas boleh tambah )
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
Daun kucai dipotong seinci ( ikut suka nak banyak mana )
Tauge ( suka sayur bubuh banyak )
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam
Cili merah dipotong nipis
Bawang goreng

Cara-Cara

Bismillahirrahmanirrahim

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga garing.

2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing. Masukkan sos tiram, kicap dan sos tomato. Masukkan air dan kacau dengan PENUH kasih sayang.

3. Masukkan isi ayam biar seketika. Kemudian masukkan udang dan bebola ikan. Kacau sehingga masak.

4. Perlahankan api dan masukkan hor fun atau kue tiaw. Gaul sebati.

5. Masukkan tauge dan kucai. Kacau seketika. Tidak perlu sampai tauge layu. Kalau suka sayur segar. Tutup api dahulu kemudian masukkan sayur.

Hiaskan dengan cili potong dan bawang goreng. Kalau suka boleh makan dengan cili jeruk.

Bibik nak pesan: :P

Bahan mentah seperti ayam, udang dan bebola ikan boleh diganti dengan kerang. nanti letak nama dia kue tiaw kerang. Bukan kue tiaw udang. hahaha.

Kalau rasa sos tu tak berapa kick boleh la tambah ikut suka. Sebab saya main tuang je dalam kuali. Memang tak ikut sukatan sudu. kuikikuii.


Selamat mencuba.


No comments: