Monday, July 27, 2009

Meatball Ikea

Ni kalau ada sos boleh jadi Meatball Ikea. Perasan. Haha.


Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijanji hari ni saya mahu membayar hutang entry yang lepas sebelum bertambah cerita di minggu baru ni. Sekarang tengah melayan Maryam sarapan sementara yang lain masih seronok berdengkur. Haaiipp, apasal bibik tak kerja. Ngular ke? Haha.

Ini pun kerja juga. Mengajar orang yang terliur masak. Eceeehh, ye la tu. Biasa la saya pun malas nak keja bila datang hari Isnin. Semangat nak kerja tak datang tapi semangat menggoreng entry yang tiba-tiba menyerap kat hujung jari. Haha. Ceyh.. sedangkan hari-hari pun memang kerja. Takde beza. Haha.

Inilah barisan meatball. Yang ikhlas berjuang.

Resepi Meatball

400 gram daging cincang
2 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji telur
3/4 cawan serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley

Cara-Cara

1- Gaulkan semua bahan dalam satu bekas dengan penuh kasih sayang.

2- Bentukkan bahan menjadi bebola api. Eh, silap. Bebola kecil.

3- Siap kesemuanya, anda mempunyai pilihan samada mahu digoreng atau dibakar.

4- Sekiranya anda mahu menggoreng, gunakan sedikit mentega. Kalau membakar dengan suhu 170'c selama 30 minit.

* Saya ambil pilihan untuk membakar sebab malas nak layan menggoreng. Hoho.

Maryam yang rajin membantu.

~ Siap satu entry, Maryam tak habis lagi roti yang pertama. Huhu.~

Wassalam.


7 comments:

Chika Chika said...

AKAN CUBA INSYAALLAHHHHH.
bahan2 pon senang.
yeayyyy.
nanti dah buat chika tunjuk eh kat cikgu :P

fazlinil irma said...

chika- oh..siap ada anak murid neyh..hahaa

boleh2..nanti buat biar cikgu plak meleleh air liur ;D

nieda said...

salam,
sedapnyer boleh cuba ni...untuk juadah bulan pose pun boleh layann...hehe simple dan marvellous

fazlinil irma said...

wsalam..

nida..boleh sangat..meatball ni sy makan dgn pasta..nanti sy bagi resepi pasta pulak..

mrswongjowo said...

boleh cuba ni cam pergedil je....
Assalamualaikum Irma salam berkenalan...

bai said...

kalu bakar tak payah sapu aper2 ker kt ball tu....
bakar gitu je??

fazlinil irma said...

x yah bai...terus je bakar..tp kat loyang sy bubuh minyak x nak bg melekat..

lgpun kat bahan tu dah ada mentega..nanti dia keluar minyak sdiri..