Wednesday, July 22, 2009

School Summer Holidays

Assalamualaikum wbt


Esok bermulanya cuti sekolah musim panas anak-anak yang saya jaga. Berapa lama saya tak pasti. Lama jugak rasanya. Enam minggu tak silap saya. Dalam kepala dah ada macam-macam idea nak buat. Entah jadi entah tidak. Tengoklah macamana nanti. Harap-harap mereka akan mendapat manfaat dari cuti sekolah kali ni. Oh yeeaa...! Haha..

Seperti biasa kalau cuti memang ada sessi hafalan surah-surah pendek. Dah lama tak perhangat anak-anak ini menghafal. Setiap hari mereka membaca al-quran dengan ummi dan abah mereka. Bab menghafal ni dah lama tak tanya. Teringin jugak nak buat hafalan kat taman secara santai sambil duduk bawah pokok menghafal. Penat menghafal main bola. Ehm, menarik. Akan difikirkan kalau keadaan mengizinkan.

Selain dari menghafal surah-surah pendek, mereka ni sangat suka membaca. Lebih-lebih lagi Fatimah. Dia boleh hanyut dengan dunia bacaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Jadi saya akan mempergunakan kelebihan mereka untuk lebihkan membaca sirah-sirah nabi. Alhamdulillah, banyak sirah-sirah nabi yang mereka sudah ketahui. Kena cari sirah baru supaya ilmu mereka bertambah.

Tak lama lagi ada seorang kawan mereka akan pulang ke Malaysia selepas ayahnya selesai pengajian PhD. Kalau diizinkan Allah, kami akan berjumpa pada awal bulan Ogos nanti di Nottingham. Jadi, sebagai kenangan terakhir mereka pernah bersama di sini, saya cadangkan anak-anak membuat kad atau buku ucapan sebagai tanda persahabatan mereka. Ehm, nampak gayanya, saya pun kenalah cari gambar-gambar kenangan semasa mereka pernah bersama. Ada ke tidak entah. Kena cari.

Haa, baru saya teringat. Hihi. Saya pernah berjanji dengan diri sendiri. Cewaah. Ayat tak mahu kalah tu. Nak ajar anak-anak ni naik basikal roda dua sampai pandai. Bukan setakat ajar lepas tu bila anak-anak mengalah, saya pun putus asa. Oh NO...! Saya nak ajar sampai boleh.

Kalau kat Malaysia macam-macam boleh buat kalau cuti sekolah bermula. Lebih-lebih lagi saya ni yang tak reti duduk rumah. Menghilang je memanjang. Sampaikan mak bising nak kunci pagar sebab nak saya duduk rumah. Haha. Anak dia pulak mana makan saman. Boleh saya goncang pagar tu sampai la mak saya buka. Lepas tu hilang lesap main masak-masak kat tepi longkang. Tengok, sekarang anak mak ni sampai London main masak-masak. Ngeh Ngeh Ngeh.

Oklah. Nanti saya cerita apa yang kami buat sepanjang cuti ni.

Oh, sekarang saya sedang membaca pengalaman ibu-ibu yang berjiwa besar membuat 'HomeSchooling' untuk anak-anak mereka. Saya teruja melihat semangat mereka menjadi guru demi memberikan pendidikan yang seimbang tanpa perlu terikat dengan sistem pendidikan di sekolah. Bukan setakat di Malaysia sahaja. Saya ada terjumpa satu blog orang melayu di UK yang membuat homeschool untuk anak-anak mereka. Seronok tengok aktiviti yang mereka jalankan sesama adik beradik dengan bantuan ummi mereka.

Seronok la... Ehm.. Dah mula berangan dah... Hihiii

Wassalam.


No comments: