Wednesday, November 14, 2012

Hijrah Seorang Pembuat Kek.

Assalamualaikum wbt...


Salam Maal Hijrah buat semua. Alhamdulillah... selesai doa akhir dan awal tahun Maghrib tadi. Doa dah selesai. Makna dalam doa tu yang nak dibawa sepanjang tahun. Moga Allah permudahkan kita untuk jadi hamba Dia yang soleh dan musleh. Aamiin..!


Teruk sungguh la semangat menulis bulan ni. Memang ke laut betul. Entah laut mana tercampak. Jauh sangat sampai tak tercapai nak ambil balik. Dah setengah bulan November baru rasa nak menulis. Sambil menaip, telinga duk dengar Shah Rukh Khan duk cakap. Mata jeling sikit-sikit je. Tak tengok subtitle pun dah boleh hafal skrip. Heh..! 


Ok laahh.. masa untuk buat tayangan amal kek yang saya buat sepanjang bulan November. Alhamdulillah... bisnes berjalan dengan baik. Sampai ada masa saya kena tolak tempahan pelanggan. Tak menang tangan. Terima kasih pada Dia atas rezeki yang tak pernah putus. 














Antara hasil tempahan yang berjaya saya ambil gambar sebelum dihantar ke pelanggan. Pavlova dan Red Velvet tu dah tak larat nak ambil. Sama je hasilnya setiap kali saya buat. Tak banyak beza melainkan pelanggan minta letak gambar kartun.


Psstt... saya dapat tawaran kerja di London selama 5 bulan. 


Boleh tak saya anggap tu hijrah saya untuk tahun ni. ;P




11 comments:

Nurul Nadia said...

seriously...kalau lah duk dekat nih semuanya saya order!!!
im a big fan of cakes!!!!

tu sebab badan tak penah kurus..
ngehehe

http://www.nurulnadia.com/

Lady.Esma said...
This comment has been removed by the author.
Lady.Esma said...

boleh buat drama 'london, aku datang' pulak... hehe :-)

Si GadisSemasa said...

wahhh . terliur tengok pavlova ni .

Eina Shah said...

follow me back..TQ..
http://shaheina.blogspot.com/

ishamizu said...

Alhamdulillah, murah rezeki. ;) London nanti kt area mana, Irma?

Nadiah Sidek said...

boleh sangat! hehe..

geram tengok kek-kek yang irma buat. harap nanti boleh buat kek secantik irma. harap balik malaysia nanti berpeluang pergi kelas baking (banyaknya harapan!). doa-doakan ye :)

Kathy Tuah said...

kalau ada jodoh nanti, sy tetap jugak nak order kat akak..

kak, kalau pi london leh lah updated pasal kat sana pulak..sy ni x dapat pegi, tapi dapat cerita dr akak pun dah kira okey..hehe..

btw, salam maal hijrah :)

farrah said...

bestnya dapat tawaran kerja kat london!

congrats, btw :)

Faizah^Ramli said...

London keje apa?all the best dear...mg dipermudahkan semua urusan n dimurahkan rezeki...ameen

Merah Baldu said...

Best nye...all the best