Saturday, November 17, 2012

Ikea Meatball. Sedap sangat ke..?

Assalamualaikum wbt...


Kejadian berlaku seminggu yang lepas. Hari Selasa tengahari saya dan kawan pergi la jalan ke Ikea. Saya nak cari rangka almari Trofast. Bekas dia beli dah setahun. Rangka dia nak beli tak muat keta. Panjang bebenor sangat. Nak suruh Ikea hantar saya yang kedekut. Baik la tunggu pegi sendiri.


Sebelum masuk Ikea kena la isi perut dulu. Dah terbayang dari dalam keta lagi masing-masing nak makan meatball yang tersangat la femes tu. Saya pun nak la jugak tahu sedap sangat ke rasa meatball dorang. Sana sini sinun sume orang duk sebut. Meh saya nak rasa jugak.




Tu diaaa... penuh satu meja. Tukang makan 2 orang ja. hehe. Yang syoknya siap ada troley lagi untuk letak makanan. Mana tak seronok order makan. Tak sedar diri masa order makan. Alasan kunun perut yang lapar minta di isi. Mata pulak rambang tengok macam-macam menu dorang ada. Waaahhh.. nak semua.. nak semua..!! ;P




Inilah dia Ikea Meatball yang menjadi pujaan ramai kan. Tengok rupa memang nampak sedap. Bagi saya lah kan. Besa je. Takde x faktor yang buat saya makan terus kata,'Woww.. sedap.. sedap.'


Neeyyy.. nak jadi cerita, lepas makan terus pening kepala. Tak tau la. Mulut saya ni kalau makan makanan yang ada Mak Aji memang mudah loya. Ni sampai pening kepala, entah berapa banyak MSG ada dalam makanan tu semua. Tobat takkan makan lagi dalam masa terdekat. 


Dalam banyak-banyak makanan tu semua saya suka puding karamel yang dalam bekas kecik tu. Sedap sangat. Harga pun murah. Singgit sebekas. 


Perut dah kenyang, makanan dah licin. Baru boleh jalan shopping dekat Ikea. Syok jalan hari tu. Tak ramai orang. Sekejap je dah setel beli barang.


Rasanya... tahun depan kena pegi lagi. Ada je barang yang tak cukup.


Psstt... sebenarnya. Macam ni la jadi bila list duduk dalam kepala je. Barang yang patut beli tak beli. Barang yang tak penting masuk dalam troli. Ikea tu bukan macam Jusco ye Irma. Setiap lorong barang dah kamu hafal. Ini pegi setahun sekali, ada hati nak letak list dalam kepala.


Takpe laarr.. bukan ke itu alasan yang terbaek untuk pergi Ikea lagi..? heh.. ;)




3 comments:

Mummy Akmar said...

A ah lah saya pon rasa pening kepala je baru2 ni makan meatball ikea ni..tapi lepas tu okay balik..hahah

nanonano said...

sama lah kite kak,
smangat nkg ikea bukan nk sopim
tp sbb tringin sgt nk rasa meatball ikea yg org duk ckp sedap2 tu
skali bila dah dpt
biasa je, xde pon sedap smpai trmimpi2
sedap lg begedil soto, kehkeh

misshannajr said...

saya pun mmg akan pening gastrik semua ada kalau makanan ada MSG huhu..tekak rasa kering pastu bibir plak rasa tebal,,rasa jelah hehe