Wednesday, May 11, 2011

Resepi Nutella Mug Cake.

Assalamualaikum wbt.

Senang.  Mudah.  Cepat.

Betul. Betul. Betul. Tak tipu. Sepanjang tiga tahun perkenalan saya dengan spatula binti oven. Ini adalah resepi paling mudah, senang dan cepat yang saya dah cuba. Dalam masa 15 minit dah boleh duduk depan laptop menikmati keenakan coklat dalam mulut. Wah. Dah terbayang lebihan kek dalam peti ais. 

Bila baca memang nampak mudah kan. Masa buat tu pun nanti rasa sekejap je. Tak sempat nak habis kemas dapur. Dah berbunyi microwave. Ting..!!



Meh saya kongsi resepi Nutella Mug Cake dengan korang semua.

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.

Senang kan. Baca resepi ni seminit pun dah boleh paham. Saya ni punyalah lama dah beli bahan nak buat. Susu segar tu dah dua tiga kotak beli tapi tak buat. Boleh pulak guna susu segar makan dengan cereal setiap pagi. ha ha. 

Tangguh punya tangguh. Akhirnya hari ni menjadi juga. Memang tak sangka dalam masa 2 minit dah boleh masak kek saya. eceehh. Seronok tengok adunan tu naik turun masa tengah dibakar. Serupa macam larva gunung berapi tengah mengelegak. ho ho. Nasib tak melimpah ja. 

Apa lagi. Resepi ni memang sesuai sangat untuk penggemar coklat. Memang 100 peratus rasa coklat. Lagi-lagu Nutella. 

Saya bukanlah penggemar coklat. Jadi bila makan tadi saya tambah susu segar lagi biar dia basah. Lagi bertambah lembab dan semestinya sedap. Barulah kena dengan selera saya. Nyum Nyum.

Ada tiga mangkuk lagi dalam peti ais. Walllaaahhh...!!



Sapa-sapa yang teringin. Supaya awok sedekahkan kek ni. Sila angkat tangan macam saya. ~Usop Wilcha~



39 comments:

toyolkiut said...

huhu..
tu je?
cm senang kn..
tp.. hehe..

Fazlinil Irma said...

apa yg tapinya toyolkiut. heheh.

アヌム ちゃん~~ said...

wah nampak sedap :)

Fazlinil Irma said...

anum chan.

semudah menyebut A B C.

tak habis sampai Z dah siap.

Ting..!! ;)

Nadiah Sidek said...

masak dlm microwave je? menarik ni. nak kena cari nutella dulu la ni

Fazlinil Irma said...

ya nadiah. guna microwave je. 2 min. siap. :D

ceera said...

macam menarik la. nak cuba la nanti. =)

Anonymous said...

selain microwave, oven leh x? or?..suggest dear..

Fazlinil Irma said...

dear anon.

saya agaklah, boleh je guna oven. memandangkan resepi ni bila guna microwave tak sampai 5 min. kalau guna oven pun MAYBE sama je. lagi senang. boleh masukkan dlm bilangan bekas yg banyak.

Anonymous said...

Tepung naik sendiri tu tepung apa ye? Tepung gandum ke? Brand apa yg awak guna.. Sy curious sgt.. hehe.. Thanks anyway.. :)

Anonymous said...

Salam Cik Fazlinil....tq for sharing the simple recipe......simple but the result was marvelous.....sedap sangat and very easy to make.....

Anonymous said...

hi..nak tanya, microwace oven ke microwave biasa...? sya takda microwave oven, blh ke pakai microwave biasa???

Fazlinil Irma said...

hi anon.

microwave biasa saja. yg selalu guna utk panaskan makanan.

kHaiRunNisSa iRnA said...

sis..
mana nak cari bekas putih tu ye?jenuh vcari x jumpe....

Anonymous said...

nk tanya..resepi ni utk 1 mug ker?

liza said...

nice blog sis..admire ngan masakan u smua..utk nie u guna microwave suhu berapa ea? mana tau karang i terbubuh suhu yg telebey plak..tengs..

lady.afzan said...

salam.... nutella tuh y coklat ker? kalau pakai nutella y hazelnut tuh blh tak? heheheee

Fazlinil Irma said...

khairunnisa irna.

sy beli bekas ni masa dekat london dulu.

anon. sy guna bekas kecik jd dpt 6 bekas sbb sy gandakan adunan.

liza. bergantung pd watt microwave masing2. sy punya sy letak 500W.

lady afzan.

setahu sy nutella mmg coklat hazelnut. :)

Farah Darby said...

Faz,
Dah try..pakai oven okay gak....sedap laa resepi nih...hehehehe...letak dalam ramekin....masak tak sampai 5 minit....

Cik Eyqa said...

sy ader microwave.. tp microwave sy xder yg tok bakar..cm ner ea?huhu

Fazlinil Irma said...

Farah..

boleh buat selalu kan. senang> :)

cik eyqa.

boleh dear. aceli resepi ni mmg guna microwave. sbb mudah. cepat dimasak.

mama tisya said...

sy dh try, nanti sy nk share resepi ni kt blog sy ye..tq

Sidratul Muntaha said...

klu oven..
setting temperaturenya bape yer?!!

mOoN said...

salam...nak tny cup yg chomel dlm pic nie ada jual kat mn??

Fazlinil Irma said...

sidratul muntaha.

cuba guna api 160 selama 3-4 minit.

moon.

ini namaknya ramekin. mangkuk ni saya beli di uk dulu. kat msia cuba cari dekat jusco atau dekat bahagian peralatan dapur mana2 shopping mall.

Nina73 said...
This comment has been removed by the author.
Nina73 said...

...boleh gunakan LOYANG BIASA kah?

Fazlinil Irma said...

nina. sy tak pernah cuba.

bila difikirkan kalau guna loyang biasa dia akan jd kek.

kalau takde bekas kecik ni, guna mug minum pun boleh. janji tahan panas.

Nina73 said...

...boleh tahan brp lama Nutella Mug Cake ni?

Marina said...

Nutella tu nk cr mana..sy ni kurang sket bab bahan2 buat kek ni

anayen said...

salam..

may i know this can make how many mug yee??

izah osman said...

Salam,

Kak Irma, boleh saya tahu jenis coklat yg digunakan? Atau boleh saya guna serbuk coklat Cadbury?

izah osman said...

Salam Kak Irma

Boleh saya tahu brand chocolate yg akak guna? Atau boleh tak kalau saya guna serbuk chocolate macam Cadbury tu?

BabyIntan said...

Salam kenal Kak Irma :)

Nanti Intan nak cuba lah recipe nie coz bunyi mcm senang je nak buat nya. BTW Intan baru follow ur blog bcoz of this recipe ;)

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

bpe suhu yg ptt dibuat??

SuperEndud said...

Hai :D I dh try. And, Hmm. Yang ni kelakar. Oleh sbb terlalu happy. I trlupa ltk Susu -.- Rasa dia? Hmm. Tk lah sedap sgt :/ Sbb i tak letak susu. Haha :D I akan try buat lg sekali ;) Thnks for the information :D

nabila azmi said...

btul ke 5 minit je guner oven? nak try ni=)..kire api sederhn la yew kak?

anna said...

hi..nak tanye tepung naik sendiri tu brand ape sbb dah cube resepi ni tp pahit la...sukatan semua dah betul

Shariffah Amnah said...

Boleh kukus ke