Wednesday, May 11, 2011

Teruknya Ruang Udara Petang Ni. Jerebu.

Assalamualaikum wbt.


11/5/2011
5.09 petang

Ini pemandangan hari-hari yang biasa saya nampak dari balkoni rumah. Biasa dari sofa di ruang tamu boleh nampak pemandangan KL Tower dan KLCC nun jauh di hujung sana.

Tapikan hari ni bila saya pandang je luar rumah. KELABU. Langsung tak  nampak kedua-dua bangunan. Kena tenung lama-lama. Tajam-tajam. Betul-betul. Baru nampak bayang-bayang bangunan KLCC. 

Dek kerana sudah seminggu hujan tak turun. Pemandangan sekitar Kuala Lumpur menjadi semakin kelabu. Jerebu.

Moga Allah turunkan hujan untuk mengurangkan udara yang tercemar dan panas yang melampau.

No comments: