Friday, May 20, 2011

Pakai kamera apa? Cantik gambar awak.

Assalamualaikum wbt.

Saya suka bergambar ambil gambar. Sejak memegang kamera pakai filem lagi saya memang gila ambil gambar. Sebulan memang ada peruntukan dua hingga tiga gulung filem. Bila ada majlis akan bertambah-tambah pembelian filem. Zaman tu memang parak la bujet bulanan. Dah ambil gambar mestilah nak cuci. Syukur sepanjang menggunakan kamera filem tak pernah lagi mengalami masalah filem rosak atau gambar tak jadi. Berkat beli kamera bagus. :)

Ingat lagi, masa tu zaman belajar kat KUSZA. Kebanyakan kawan-kawan bila dapat duit pinjaman semua pakat beli handphone. Masa tu zaman Nokia 3310. Sapa pakai memang kira hebatlah. Saya berbelah bahagi. Minat saya lebih kepada kamera berbanding handphone. Selepas difikir-fikir, saya tekad membeli kamera dan menjadi pengguna setia telefon awam Telekom. hi hi.


Inilah pilihan hati saya. Kamera Olympus. Memang puas hati pakai selama tujuh tahun. Kualiti gambar sangat cantik. Sempat jugaklah saya jadi tokey cuci gambar. Semua kawan pakat nak cuci gambar yang saya ambil. Tak menang tangan.

Tahun 2008 kamera ni menghembuskan nafasnya yang terakhir di Dubai. Tak sempat nak sampai London. Memang tak dapat nak diselamatkan lagi. Dah tak boleh nak tekan shutter button. Memang rezeki dia kebumi dalam tong sampah London. 

Sebulan selepas kamera pertama rosak, saya mula buat survey nak beli kamera apa seterusnya. Tanya pendapat kawan. Baca review di internet. Selak poket tengok bajet. Akhirnya saya jumpa kamera yang sesuai.


Canon Poweshot IS A590. Ini je lah bujet yang ada masa mula-mula sampai London. Pegi mana memang sentiasa bertemankan kamera. Hatta masuk dapur pun dia ada sama. :)

Nak kata puas hati memang tak la. Ada je yang tak kena. Ke tuan dia yang tak pandai guna. ;P

Tiga tahun kamera ni berbakti pada saya. Alhamdulillah. Beribu gambar yang diambil dengannya. Ada yang jadi. Ada yang gegar. ggrrr.

Tahun 2010 masa di Cardiff, kamera ni jatuh dalam kondisi zoom dia terbuka. Saya pun tak perasan. Duk kalut keluar masuk kedai. Sedar tak sedar, kamera dah duk atas tanah. Bila dipegang rupanya zoom dia dah tersekat masuk ke dalam. Terkehel. Nak tarik pun dah tak boleh. Hantar kat kedai pun katanya kena hantar service. 

Balik London pun saya masih lagi cuba tarik zoom tu keluar. Mana tau. Ajaib. Boleh. Dua hingga tiga hari jugak lah saya cuba. Tetap macam tu juga. Menggigil tangan takde kamera. Dah terbiasa pergi mana bawa kamera. 

Tak lama. Kali ni dalam tempoh seminggu je saya dah order kamera baru. Pantas. ;P


Masih setia dengan Canon. Kali ni bujet lebih sikit. Mula nak sambar DSLR. Bila bincang dengan keluarga, mereka kata tak payah beli DSLR. Arwah abang ada tinggalkan satu kat rumah. Nanti balik Malaysia kalau nak merasa pakai. Ambil je. Sampai sekarang baru sekali je saya pegang. Leceh. Gabak. Tak boleh masuk poket baju. 

Sekarang, inilah kamera yang saya usung ke sana ke mari. Canon Powershot SX210 IS. Kamera ni memang best. Cuma dia tak leh nak capture imej bergerak. Confirm gegar. 

Saya ni bukanlah pandai sangat ambil gambar. Dek kerana minat, saya belajar. Saya berkawan dengan orang yang ada minat yang sama dengan saya. Tengok cara dorang ambil gambar. Lepas tu tiru. Cari artikel-artikel tentang cara ambil gambar. Faham dan cuba aplikasi.

Biasanya bila hujung minggu masa di London, saya akan keluar jalan sendiri. Kadang bertemankan anak-anak Kak Siti. Masa ni lah saya akan ambil gambar tak ingat nak jalan. Mana taknya, jalan sikit berhenti. Jalan lagi berhenti. Bila keseorangan senang. Tak perlu fikir siapa. Bila dengan anak-anak kak Siti saya kena ikut rentak mereka. 

Pernah, masa di London saya menjadi pemandu pelancong merangkap juru gambar mereka. Jalan sikit berhenti. Jalan lagi berhenti. Mula-mula memang dorang tak larat layan kerenah saya. Bila balik rumah, tengok balik gambar. Sukanya dia. Tak henti bercerita pasal saya dengan kawan yang lain. :)

Begitulah. Di sebalik gambar yang cantik. Sebenarnya ada sepuluh gambar yang tak cantik pernah saya hasilkan. Yang penting minat. Bila minat, kita akan belajar. Bukan setakat berdiri. Pegang kamera. Petik gambar sesuka hati. Kamera kalau mahal mana sekali pun, kalau kita tak pandai guna. Rugi. 
























































Bila dah minat, lautan api pun sanggup ku renangi. Cewaah..!

Orang tengok gambar saya cantik. Saya tengok gambar orang lain lagi cantik. Jeles. Tapi bila fikirkan nak bawak kamera gabak tu kat leher. Aduhai. Kensel. 

Nota di hujung entry : Kenali kamera anda. Pasti gambar yang dihasilkan akan bertambah cantik.  :)





14 comments:

Juana said...

"Kamera kalau mahal mana sekali pun, kalau kita tak pandai guna. Rugi." akak suka ayat ni. betul kata Irma. yg penting, gambar yg diambil menjadi. :)

Nadiah Sidek said...

saya pulak baru jgk lagi la minat ambil gambar. sejak aktif berblogging rasanya. bila blogwalking kat blog org, tgk gmbr cantik2. suka tgk. tu yg teringin nak ambil gmbr cantik2 jgk tu

teringin gak nak ada dslr tapi biar dulu la. kena belajar lagi cara ambil gmbr cantik2 (lagipun belum ada budget :p). kamera mahal2 tak reti ambil gmbr tak guna jgk..hehe..

marinahunny said...

kdg2 kalu nk gambar yg cantik x semsetinya pakai dslr kan..janji kemahuan dan minat kita. camera mcm irma tu pun kalu godek2 pun blh jd secantik dslr..

New Mama Mia said...

mmg marvelous la kak!cayala...suka giler tgk pic2 ni...time kasih share entry ni...sy akan belajar ambil gambar mcm akk...hehehe =)

lina said...

salam irma - terima kasih atas tip tu....gambar yg kamu ambil sgt cantik2 subanallah

Ummu~Ishak said...

view kat london mmg cantik2!

heheh

IntaNBerliaN said...

Wah.. Cantik2nya gambar...suka tgk gmbar2 dkt blog kak irma..

ohya, nak inform kak irma, hadiah dah sampai tau... thanks :-)

beautynotty said...

suke jgk tgk gambar kt blog Irma....angle nyer btl je,cantek je gmbr nye...bakat terpendam kot....heheheheh

deqlis said...

saya pun suka kamera dari handphone... klu diberi pilihan antara kamera ngan hb mesti pilih kamera... :)

kak, hadiah saya dah sampai hari ni...tq..tp sayang laa kemek sikit.. posmen ganas sgt kot huhu...tp yg bestnya baiklaa pulak posmen hantar sampai muka pintu rumah aprtment saya... agaknya sebab tak muat masuk post box...

pepun saya hargai tanda ingatan dari akak Irma nie:)

nak jadikan hiasan dinding kat ruang SOHO saya nie laa..:)

K.zai said...

salam irma
akak tgh dlm dilema nk cari kamera yg terbaik...semua gmbr disini semua guna kamera Canon Powershot SX210 IS. ke?...cantik sgh gmbr2 nya...agak2 berapa rm malaysia harga ye...

ZR said...

salam...

cerita awak dok spend kan duit utk beli filem tu mcm kisah saya zmn belajar juga...ehehehhe...

siMpLY nana said...

memang cantik2 gambar di sini...suka sangat...nnti leh letak n3 tip2 menangkap gambar pula...sudit mana yg perlu diambil...siyes, memang cantik

ecadwinkyasha said...

mmg cantik gmbrnya.....berbaloi2... :)

Busyra Takiyudin said...

cantik sngat.. :)