Wednesday, February 23, 2011

Oh Kome Deghiyan Dah Berbunga.

Assalamualaikum wbt.

Yang ditunggu sudah tiba. Yang diidam dah pun merasa. Berbaloi betul tak makan durian selama 3 tahun. Bukanlah tak makan langsung. Ada la jugak makan durian frozen. ~ syukur ada~ 

Mestilah tak sama kan bila sampai masa musim durian kawan-kawan kat Malaysia seronok buat status makan durian. Tunjuk gambar durian. Sentap oh saya kat sana sambil telan liur. Puas pujuk hati sambil makan stoberi. 

Naaahhh... masa pi makan kenduri kak Maton kat Yan, Kedah. Sempat singgah bermalam di rumah Kak Naim sekeluarga di Titi Serong, Perak. Seronoknya dapat balik kampung tengok sawah padi. Walaupun masa tu bendang dah kering. Dah habis masa menuai. Udara kampung tu yang best..!! 

Seronok betul sekali sekala dapat layanan kampung yang tip top. Menu kampung yang dimasak oleh kak Naim dan mak dia memang malatoopppss..! Siap kena pesan (baca :amaran) jangan makan kat kedai. Mai makan kat rumah nanti. 

Kami yang menurut perintah pun tak delah cari kedai makan untuk makan tengahari. Sebelum pi rumah Kak Naim kami pun singgah la pusing-pusing Pekan Parit Buntar. 

Meh layan gambar dulu. Cuci-cuci mata dengan gambar Cuti-Cuti Malaysia.







Santeeekkk. Santeeekkk sangat...!

(Percubaan menjadi blogger ayat sempoi. nenonenoo. No.. no. Tak sesuai lah. Rasa macam terlupa sekejap umur tu dah 29. ;P )


Ehhmm.. balik pada nada ayat biasa. 

Pertama kali balik kampung selepas 3 tahun memanglah sangat teruja. Tak tunjuk je kat depa. Eh ya ka.? Yang duk sekejap tangkap gambar signboard. Tak lama lepas tu naik status balik kampung. Tak cukup dengan tu boleh siap tunjuk gambar siaran langsung sepanjang 4H 3M dari Klang ke Yan. Tu belum kira dengan tagged Kak Siti pasal dengan gambar Gunung Jerai. Tak tunjuk lagikah tu namanya Irma..? ~ngeeehehehe~

Dah puas round Pekan Parit Buntar (baca dengan nada orang Perak : Paghit Buntaq) kami pun teruskan perjalanan ke rumah Kak Naim. Sampai-sampai tu duk rehat sambil layan sembang dengan mak Kak Naim dan anak lelaki dia, Fawwaz sambil minum ayaq oren sejuk. Uihhh, dapat pekena ayaq sejuk masa hangat memang la tak sedaq duk tambah dua tiga kali. Hilang dah segan terbang di bawa angin kampung.



Duk tak lama siap dah Kak Naim masak untuk makan tengahari. Tu diaaaa. Lauk kampung dah mai. Ikan keli masak cili merah, ulam kampung, sambal belacan, ikan keli goreng, kue tiaw dan mee sup.

Perghhh... meleleh ayaq liur sambil duk taip ni. Duk teringat lagi sedapnya makan sambil bersimpuh. Mujur tak request nak makan tepi bendang ja. Kang ada yang kena tinggai kat tepi jalan. 

Dah habis layan perut kenyang dan sembang kami pun minta diri nak berehat sekejap kat Kak Naim. Syok ooo bila dapat tahu dari Kak Zai kata nak pi Home stay Kak Naim. Dah terbayang rumah kampung dikelilingi sawah bendang. Bila sampai sana sangkaan saya meleset la pulak. Ini home stay moden. Rumah teres siap ada aircond. 

Masuk rumah terus pasang aircond. Waahhh, ini menambah rasa ngantuk di mata. Perut dah kenyang. Ada aircond. Mata pun kata, 'Tidurlaahh. Tiduuuurrr.' 

Dapat lelapkan mata sejam dua selepas seharian dalam kereta memang sedap. Tak hengat nak bangun dah. Bila ingat nak ronda Pekan Parit Buntar lagi barulah mata ni celik. Ceiihh, dasar kaki jalan memang lah kamu ni Irma. 

Dipendekkan cerita, lepas habis hulurkan duit kat kedai-kedai Parit Buntar sekali lagi Kak Naim dah telefon. Pesan, jangan makan kat luar. Balik makan kat rumah ja. Kami yang menurut perintah pun tak beranilah nak pi cari Mee Udang ka apa ka. Terus balik.

Sekali lagi kami dihidangkan dengan lauk kampung yang memang superb. Sluurrrpppp...!! Malam tu ditambah dengan menu Ikan Sepat masak taucu. Mana nak dapat kat KL dek oiii. Balik kampung pun kalau takde rezeki jawabnya telan liur pendam rasa ja lah. 

Malam tu selera saya kat nasi tak berapa ada. Konon. Ceeiihh.

Nak tau sebab apa?

Masuk rumah dari jauh mata dah nampak sesuatu. Pi dekat-dekat terus senyum lebar. Tu diaaaa... rezeki balik kampung yang tak ternilai. Deghiyaaaann...!!! Fuhhh. terus telan liur sambil duk tekan-tekan duri durian. Manalah tau kot saya mimpi ja. 

Punyalah dah syok nampak durian sampaikan makan nasi pun tak nak tambah. Konon nak simpan ruang untuk durian. Wehoooaaa...!!



Tak lama lepas tu, bermulalah episod duk bersila mengadap mak Kak Naim tengah kopek deghiyan untuk kami semua. Seronoknya dah tua-tua pun ada lagi orang sayang duk layan kopek durian. Lepas sebiji ada lagi sebiji. Punyalah seronok makan sampai tak sedar dah bertimbun biji durian dalam besen sampah. Burrpppp... alhamdulillah..!!

Rasanya ada kot sampai sepuluh biji kami bedal. Saya lah ketua. Aisyah, Kak Zai dengan Fawwaz makan sikit ja. Puas sangat dapat makan. Habis hilang kempunan selama 3 tahun dengan sekali hadap ja. Hihi. Memang hantu durian betul. 

Malam tu dah mula rasa tak sedap badan. Hangat. Risau dah takut suhu badan naik. Masa tengah syok makan tadi lupa la pulak nak minum air masak dari pangsa durian. Takut punya pasal. Habis sebotol besar air saya paksa diri minum. Tak cukup dengan tu, tidur pun bertemankan botol air kat sebelah bantal. Senang kalau terjaga dahaga.

Alhamdulillah. Takda apa berlaku. Elok ja lena dalam aircond sampai Subuh pagi. Syukur.

Esok pagi sebelum balik Kolumpo mak Kak Naim siap bagi lagi durian suruh bawak balik. Sampai rumah Kak Zai, rupanya saya sorang yang pulun makan. Kak Zai tak mau dah. Ya Allah. Nikmatnya dapat makan durian lagi. Sorang-sorang pulak tu. Dasar kedekut. hihii. Tayang gambar ja kat hangpa no. :)

Semalam dah jumpa orang jual durian kat simpang Wangsa Melawati. Kat tempat orang jual kueh-kueh sepanjang kiri kanan jalan tu. Nak beli payah la pulak sebab saya duk tolak stroller Nazira. 

Tak pa. Tak pa. Panjang umur ada lah rezeki lagi. Nyum. Nyum. Duk bayang makan durian lagi. 

Deghiyan oohhhh Deghiyaaannnn...!!!


11 comments:

eLLy said...

parit buntar, nibong tebal, sungai nibong, SM Teknik nibong.. pekan baru, ampangan, waaaaaaa terkenangggggg ;(

marinahunny said...

waaah sedap giler mkn nasi bersial lauk2 kampung gtu..

lepas geram makan durian plak..hahaha

irma, nanti buat lah macarons dgn filling hazel nut. akak teringin nk mkn perasa hazelnut dgn pistachio yg hijau tu ;)

nieda said...

nice pic...masakan kg pun nmpk sedap

Ummu~Ishak said...

keli goreng + ade cili2 gitu.. adoiiii.. sedapnyaa

Lady of Leisure said...

hadoi la tak tahan tengok pic makanan, skrol kebawah nampak durian lak hheheheh

Anonymous said...

ma oii!!! tak aci tak aci! bikin meleleh air liur wehhh!!! especially tang masakan kampung tu!! adushhh!!! k siti

ADEEYA said...

Semua best except tang durian tuuu huhuhu :/

Lady Lavender said...

salam kenal...paling2 terliur bila saya tengok durian. Bila nak merasa mkn durian fresh lagi.

p/s: saya folo blog irma :-)

fa10 said...

sini bunga crocus, sana bunga durian. sama musim la rupanya.
crocus x der buah, durian boleh makan... best!!!!

sweetazezah said...

salam..wah!bejalan sakan hang noo..xtahan btoi nengok ikan kelyy clarkson masak berlader..huhu..pep0n,sudi2kanlah skodeng umah ceq-->sweetsnonakuazizah.blogspot.com...s0k2,moh ekot ceq balik kamp0ng plak..umah tengah bendang,bwah gunung n tepi sungai..cane tu?j00mm...

Adzrien Shoppe said...

bila la kak liza dpt pi paghit buntaq niii...