Thursday, August 26, 2010

:: York ~ Part 1 ::

Assalamualaikum wbt...


Selamat datang ke Yorkshire, United Kingdom. Anda bersama saya pemandu pelancong yang akan membawa anda menjelajah sekitar tempat-tempat menarik di sini berdasarkan gambar yang diambil.

Cheewaaahhhh.... ada gaya pemandu pelancong ke? atau gaya tukang karut saja. haha.

Serius.

Sudah lama saya simpan hasrat untuk datang ke York. Melihat bangunan lama yang cantik terpelihara. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt dapat jugak saya menjejakkan kaki ki sini bersama Salimah. 

Terharu.

Destinasi pertama. National Railway Station.

 Percuma. 

Tak perlu risau. Nak duduk dari pagi sampai petang pun tak pa. 

Takda masalah. 

Ehhh... jangan la duduk saja. 

Rugi. 

Pusing-pusing la tengok keretapi yang digunakan sejak zaman arang batu sampailah keretapi bullet yang paling laju kat Jepun tu. 

Semua ada.


Ini adalah pintu pagar Euston Station tahun 1838 di London.


Keretapi arang batu untuk tujual komersial. Dengan bayaran 1 pound tak silap. 

Boleh naik merasa tak sampai 10 minit pun.


Koc keretapi lama. 


Salah satu bangunan lama yang dijadikan hotel.


Lepas habis pusing muzium, baru kami ambil York City Sightseeing. Best la jugak. Duduk atas bas sambil dibawa pusing-pusing bandar York.

Salimah punyalah letih duduk sampai sempat tidur seround. eheh.



Bersihkan sungai dia?

York Minster dari jauh.


Clifford's Tower


Budak comel yang malu-malu bila saya ambil gambar. 



Saya suka bangunan lama. 

Jadi apa saja yang menarik di mata saya ambil saja gambar.










York railway Station









York terkenal dengan nama York city walls. Ia adalah peninggalan sejak zaman Roman lagi. Dulu digunakan untuk tujuan pertahanan tapi sekarang dikekalkan sebagai salah satu dari tarikan pelancong.

Ada juga wall yang boleh digunakan untuk tujuan pejalan kaki.

Nak tahu lebih lanjut pasal wall ni. Meh baca di sini.








6 comments:

Ummu~Ishak said...

seronoknya pi jalan2.bila la saya nak merasa

Lady of Leisure said...

cantiknya tugu2 tu..

fa10 said...

inilah bandar pertama kak fa10 jalan2 di UK.
time tu x reti mana pun nak tangkap gambar.. heheh

Fazlinil Irma said...

ummu..

nanti ada rezeki kita p sama2 dr msia. skrg tambang dah murah.

lady..

sy pun suka. cantik kalau buat background bergambar.

kak fa10..

betul. samalah sy pun. dulu mla2 x berseni gambar yg diambil. dah lama baru belajar dr gambar2 yg pro.

Marsha~ said...

bersih dan tenangggg je kan??? rindu bau UK... huhuhu... woaahh.. sport direct tu ape kebenda?? boleh ke shopping online?? ke kedai tu kat sana je?? saje je buat kite jeles tau... heheh

Fazlinil Irma said...

betul marsya.. jalan sehari pun x rasa penat.. dah balik baru penat :D