Tuesday, August 24, 2010

Kueh Lopes.

Assalamualaikum wbt.


Stok beras pulut kat ofis (baca:dapur) saya memang banyak. Rasanya sampai tahun depan takkan habis kalau setakat buat Kueh Seri Muka. Jadi projek berganda pun bermula. Hari yang sama, saya buat 2 jenis kueh yang menggunakan bahan yang sama, pulut. 

Senang ja nak buat kueh lopes. Cumanya kat sini kami takda daun pisang nak balut pulut. Jenuh jugalah bermain dengan pulut nak jadikan dia bentuk bulat-bulat. Sekejap-sekejap melekit tangan dengan pulut. Memang mengalirlah air tangan saya di setiap biji kueh yang terhasil. Tu pasal laku sat ja masa dihidang. eheh. Almaklumlah kami ni takda bazar ramadhan. Siapa yang buat kueh melayu masa ifthor jamaie memang sangat laku.

Resepi Kueh Lopes.


Cara-cara :

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1/2 cawan air pandan (kisar)
1 sudu teh air kapur (saya tak letak)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pandan paste

kelapa parut (isi putih sahaja) dan garam untuk digaul dengan lopes.

Air Gula Merah.

1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
3 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara :


1. Basuh dan rendamkan beras pulut selama 2-3 jam dengan air kapur sebelum dikukus. Saya tak letak pun air kapur. Rendam biasa sahaja.

2. Campurkan kesemua bahan kecuali kelapa. Kukus selama 30 minit. Selepas 30 minit, kacau pulut untuk memastikan ia masak sekata. Kalau pulut tak cukup masak lagi. Tambah 10 minit lagi masa mengukus. 

Sekiranya korang rendam sekejap sahaja pulut. Bolehlah dibiarkan pulut tu dikukus lebih lama. Bila diperiksa ia lembut seperti nasi.

3. Bila dah masak, sejukkan seketika sebelum dibentuk menjadi bulat.

4. Satu cara : lumurkan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sejemput besar pulut. Bentukkan menjadi bulat. Buat sehingga habis. 

Part ni kena sabar banyak ye. Pengalaman saya, 2-3 biji sekali saya kena basuh tangan. Pastu lumur balik minyak. Bila melekat tangan dengan pulut. Basuh balik tangan. Lumur minyak. Ulang sampai habis.

Cara dua :  Gunakan penutup bekas Nescafe untuk membentuk jadi bulat. Alas dengan plastik untuk mudah masa keluarkan pulut. 

5. Masak kesemua bahan untuk air gula merah sehingga mendidih.

6. Bila nak makan, gaulkan lopes dengan kelapa. Tuangkan air gula merah ke atasnya. 



Jom makan!

Resepi asal diambil dari Tok Guru Hana. Pastu pandai-pandailah anak murid derhaka. huahuahua.


13 comments:

marinahunny said...

teringat pernah buat kuih lopes masa zaman praktikal 10 thn dlu..hehehe

liyana said...

mak akak baru jer buat lopez weekend lepas...bungkus daun :)

Fazlinil Irma said...

kak marina.. wahh. lama dah tu. nampak gaya kena buat pulak nanti.
asah bakat balik ;)

kak liyana.. seronoknya dapat makan air tangan mak.. aishh, mode rindu dah datang! :(

Shy said...

ma..ko ni sumer benda leh buat..pe yg x reti cuba citer sikit? (statement jeles nih).....

eLLy said...

wow kuih jeniffer lopes ..
emmm nak cuba buat la .. tapi bila ye ;p

cikdah said...

Salam .. Paling mudah sekali kuih ini sbb guna microwave masak pulut.. :) masak for 15 min.. Every 5 min keluarkn dan kacau.. guna cling wrap/film disapu butter sedikit, amik 1/3 adunan dan balut padat2..dah sejuk bolehla di potong jd bulat.. cara perantau..Hehe

Fazlinil Irma said...

shy.. meh la jd perantau. aku compem ko boleh buat semua. haha.

aku jeles tgok ko boleh beli :)

kak elly.. beli jelah. hehe

cikdah. tu resepi alternatif kalau xde pengukus kan. hehe.
kita ni semua boleh buat. kena rajin je sikit. :)

Lady of Leisure said...

sedapnya kuih lopes ni my fav juga nih..
:)

Fazlinil Irma said...

lady.. sedapkan.. tp nak buatnya punyalah lama. setahun sekali. hehehe. banyak kueh lain yg beratur nak dicuba :D

doublezai said...

KAK PENAH TGOK MAK KAK BUAT DULU2... DIA BUNGKUS DLM PLASTIK SBLM KUKUS... PAS KUKUS BARU DIA POTONG PKAI BENANG @ PISAU...

Fazlinil Irma said...

oh.. pakai plastik ya.
ehmm.. senang tu. boleh cuba nanti.

tenkiu kak zai...

za salehan said...

salam
akak,hadiah dapat dah. (n_n) tapi tak sempat tengok lagi, minggu ni start cuti sem untuk balik raye, then baru tengok. hehe time kasih sekali lagi ye :D

farah said...

salam dr jepun..tumpang menyampuk.. ;)
teman2 kt sini pun dah try..saya je belum..caranya sama spt yg CIKDAH katakan tu..gelaran pun 'lopes perantau'..hehe..klau dah dok luar ni..semua kena buat sdri..tambah2 ramadhan ni..rasa nak cuba semua jenis kueh kan.. ;)