Monday, August 16, 2010

Kueh Seri Muka

Assalamualaikum wbt...


Apa perasaan korang. Kalau kueh yang dibuat hasilnya secantik begini?


Pabila dibuka tin loyang. Hasilnya, subhanallah. Seperti yang diharap-harapkan.



Eh... Takkan cheese cake perisa pandan? :P


Sabtu lepas ada jemputan berbuka puasa di kediaman seorang pelajar Phd di sini. Mereka menjemput kami sekeluarga berbuka puasa bersama beberapa keluarga dan pelajar Malaysia yang lain. Jadi adatlah kita sebagai tetamu takkan nak datang dengan tangan kosong. Malulah p makan saja. Kalau tak sempat buat. Belilah barang sesikat pisang ke kan. Nak harap bazar ramadhan mana ada di sini.

Bila Kak Ct bagitahu sahaja tentang jemputan tu terus saya pun cakap. 'Saya buat seri muka lah ye'. Kak Ct tak kisah.

Jadi bermulah episod membuat Kueh Seri Muka ini sejak pagi Sabtu lagi. Sejak kali pertama mencuba saya menggunakan resepi dari Tok Guru dari Johor yang tersohor. Cik Mat Gebu. Alhamdulillah, kalau tak derhaka memang akan jadi =)

Untuk membuat Kueh Seri Muka sebaiknya dibuat dari pagi atau tengahari. Kerana apa? Kueh ini cantik dipotong selepas dibiarkan sejuk dalam 2-3 jam selepas dimasak.

Untuk Kueh Seri Muka kali ini saya gunakan tips dari Tok Guru dari Terengganu. Kak Hanieliza. Dia pernah sarankan supaya menggunakan loyang tin spring form. Senang bila nak buka dan potong. Rujuk gambar di sini

Sejak pagi jam 8.30 saya sudah merendam pulut selama 2 jam. Awal-awal dah derhaka dengan resepi tok guru. :D

Bismillahirrahmanirrahim...

BAHAN LAPISAN BAWAH. ( Bahagian pulut)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan

200 ml santan cair*

1/3 camca teh garam*

1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul

Cara-cara membuat bahagian pulut :

1.  Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Masukkan pulut dan semua bahan ke dalam loyang. Kacau rata. Kukus pulut sehingga masak selama 20 -30 minit. Kalau tak puasa boleh rasa pulut dah masak atau tidak. ;)

2.  Bila pulut dah masak, tunggu sejuk sebentar. Kemudian pulut bolehlah ditekan sehingga padat dan rata.

Ketepikan pulut dan korang boleh mula sediakan bahan untuk lapisan atas. 

BAHAN LAPISAN ATAS ( Warna Hijau )
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

Cara-cara membuat bahagian atas yang berwarna hijau :

1.  Masukkan ke semua bahan di dalam satu bekas. Kacau dengan menggunakan whisk. Kalau tak ada whisk, gunakan senduk pun boleh. Ketika mengacau, tekan belakang senduk ke arah dinding bekas supaya bahan yang berketul menjadi sebati. Paham kan?

2.  Bila dah sebati dan gula pun larut. Tapis kemudian masukkan bahan ke dalam loyang yang berisi pulut. Sebelum tu, cakarkan bahagian atas pulut dengan garpu supaya mereka melekat bila masak. 

Tips ketika mengukus :

1. Panaskan kukusan 15 minit sebelum loyang dimasukkan.

2. Balut penutup kukusan dengan tuala atau kain tebal untuk mengelakkan titisan wap jatuh ke atas permukaan kueh. Pastikan penutup ditutup rapat.

3. Masak dengan api sederhana besar. Penutup dapur gas berada dalam keadaan di tengah-tengah.

4. Kukus selama 50 minit atau satu jam. 15 minit terakhir. Bolehlah periksa dengan mencucuk bahagian kueh dengan lidi. Sekiranya lidi tidak melekat dengan bahagian yang berwarna hijau. Masak dah la tu maknanya. 

Tips untuk memotong :

1. Biarkan kueh sejuk 2-3 jam sebelum dipotong.

2. Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Buangkan. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.


Alhamdulillah, kueh ini dan kueh lopes mendapat sambutan yang menggalakkan. Habis kesemuanya sampaikan ada tetamu perempuan mengadu pada saya yang mereka tak sempat nak rasa kueh lopes. Aiseeyyy... boleh buka gerai ni nampak gaya. ;D

19 comments:

nuanza said...

alahai...cantiknya kuih...kite pun baru wat 2-3 hari lepas...n guna resepi yg sama...cuma x secantik u punya

hanieliza said...

Salam..
memang cantik sungguh serimuka tu..berseri-seriii....
ingatkan ada petua baru..rupanya anak muris akak..
wakakakka...
TQ sbb naikkan nama akak dalam ur blog... seronok sangat...

sweetsal said...

amboi nampak cantik betui kuih seri muka tu..pandainye, menjadi, mesti sedap ni..buka posa selalu beli kt pasar ramadhan..nk buat tak reti..hehe

Ummu~Ishak said...

irma!
cop awak jd menantu saya :D

Fazlinil Irma said...

nuanza..

sy dah buat byk kali. kdg jd kdg x.. kena belajar dr kesilapan. alhamdulillah. kali ni menjadi.

tok guru hanieliza..

terima kasih kak.. tips akak byk membantu..

sweetsal..

kami x dak bazar ramadhan.

ummu..

cop.. sy ka atau anak sy? kehkehkeh

Lady of Leisure said...

kemasnya kuih seri muka.. :) i buat gak today hehe

Fazlinil Irma said...

lady..

kueh ni mmg fav ramai masa posa. sy suka tgok awk punya. nampak moist sangat..

6/4 said...

wah..wah. nanti boleh buka catering.
tokey lazat catering kat edinburgh dah balik malaysia, x nak isi kekosongan ke? sambutan amat menggalakkan.
-- kak faten--

Fazlinil Irma said...

kak fa10..

xde rezeki. kalau takat buat utk akak makan boleh je. insyaallah, tunggu nanti sy dtg edin :)

AjEz ShiPPudEn said...

wah bila tgk irmanya seri muka..terus terliur..harus CARI KAT BAZAR nih...nak buat..kene tunggu ada waktu..cun..sedap...blink!blink! mata...

YAT@e-one said...

hhhmmm sedapnyer...Bole order? hehehehehe... kalu mcm tu , kita tukar2 resepi nak?... jemputlah ke blog saya or FB....

nieda said...

memang menarik..nak cuba buat tapi yg makan nya sorang, nanti membazir pulak..hehe...

Fazlinil Irma said...

nieda.
makan sorg mmg kurg best. melainkan kalau nak bagi jiran2. ok gak kan :)

Zamri Ahmad Tony said...

Salam dari Singapore Irma.....

Kita dah ada buat jugak kuih putri salat/sri muka ni. Mula2 tu ura2 jugak nak pakai springform.

baru masukkan adunan bawah, santan nya da mengalir keluar. terus tukar mind, pakai acuan biasa.

tapi agaknya mungkin tin springform kita ni jenis 'capalang' punya kot. hahahaha. awak punya yang bagus ekh?

Fazlinil Irma said...

wsalam zamri...

spring form tu kena ketat. kalau longgar mmg keluar.

tu maknanya kena buat pelaburan sikit beli yg berkualiti =)

♥ kami ♥ said...

salam kak irma.

nk tny, pati santan santan tu ap yep?

SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1 said...

saya dah cuba tapi xpuas hati dengan lapisan atasnya..keras dan xlembut..jadi kurang sedap bila dimakan

Hanafi-Rahman said...

salam....minta izin copy gambar kuih yer,,,

Hanafi-Rahman said...

minta izin copy gambar kuih yer....
tq