Assalamualaikum wbt...
Resepi Cheese cake kembali lagi. Maaf buat anda tertunggu-tunggu. Aiseyy.. ada ka orang tunggu? hehehh. Ada. Ada. Saya tahu sapa. Kerja banyak tak setel lagi (kerja sampai bila pun tak setel. sentiasa ada). Apapun, sebelum saya lupa cara-cara nak buat cheese cake ni. Baiklah saya siapkan entry ni cepat-cepat. Gosok baju tak akan lupa caranya kan. Jadi yang tu kemudian sikit ya bibik kerjakan.
Ada yang minta resepi Oreo Cheese Cake. Memandangkan saya dah upload gambar Lemon Cheese Cake sebelum ni ( dah peram dua tiga malam rasanya. huahua) . Makanya peminat Oreo Cheese Cake perlu bersabar. Boleh? =D
Bahan-bahan untuk membuat Lemon Cheese Cake ialah...
2 cawan biskut Digestive atau biskut yang bernama Marie. Kalau suka base tebal. Boleh tambah biskut lagi. Saya punya nipis ja.
2 sudu besar marjerin biasa. Yang guna untuk sapu roti. Tak perlu pakai jenama Butter Cup atau Butterfingger (tipu).
2 bekas soft cheese cap Philadelphia. Pengguna setia (ceeewaaahhh).
1 cawan gula.
3 biji telur. Dibasuh dan dilap kering.
1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
2 sudu besar tepung gandum. Tak perlu membumbung.
Pelakon utama. Tadaaa. 2 biji lemon. Untuk diparut dan diambil jusnya. Kalau takda ni taklah namanya Lemon Cheese Cake.
Cara-cara membuat sebiji Lemon Cheese Cake Yang Memang (baca:SANGAT. tak tipu. Diakui oleh mereka yang sudah merasai. 80 orang peserta MEKAR. Kurang-kurang 40 orang yang rasa. Lebih tu bertuah la. 3 biji untuk 80 orang. hehe) SEDAP.
Parut kulit lemon. SEE. Baik tak saya..? (;P) sampaikan gambar pemarut pun saya glamerkan. wawawa. PARUT BAIK-BAIK TAHU. Jangan sampai isi putih tu termasuk dalam parutan. RESEPI NAK KULIT LEMON SAHAJA. Apa akan jadi kalau TERparut isi yang berwarna putih? Haaa... Alamatnya nanti kalau cheese cake anda ada rasa pahit. INILAH PUNCANYA. Isi yang berwarna putih akan menghasilkan rasa pahit pada cheese cake anda. PERCAYALAH.
Saya pun punyalah CUAK (tak tipu) masa parut kulit lemon. Parut dengan PERLAHAN dan sangat BERHATI-HATI. Sampai satu tahap. Tak terparut kulit lemon. TAKUT PUNYA PASAL. hahaha.
Dua biji lemon akan menghasilkan parutan yang sedikit sahaja. Anda mesti akan kata dalam hati. Termasuklah saya. ngehngehngeh. " Errr.. CUKUP KE sikit ni nak bagi rasa lemon..?"
Sifu kata.. " Cukup..."
Anak murid dalam hati, " Yalah.. Baik sifu. Jangan DERHAKA.." =)
Kemudian, ambil 2 biji lemon yang diparut kulit. Perah dan campurkan dengan parutan kulit lemon.
Naahh.. terus bagi gambar cheese dengan telur ye. hehe. TAK LARAT NAK BUH GAMBAR SEMUA.
Biar saya terangkan ajelah ye...
Kosong (sengalkan. guna kosong. sebenarnya dah taip sampai no dua baru teringat tak terang pasal biskut.ekekek)... Seperti biasa. Biskut dikisar sehingga halus. Masukkan marjerin dan cairkan selama 15 saat dalam microwave. Kalau takde microwave. Cairkan atas api pun boleh. HATI-HATI ya. Marjerin tu sedikit panas kalau terus pegang dengan tangan. Gunakan sudu.
Bila dah gaul sebati biskut dan marjerin. Tekan atas tin yang sudah dialas dengan kertas minyak. Masukkan dalam peti ais sementara kita siapkan adunan bahagian atas.
Pertama... Pukul soft cheese dalam mangkuk yang bersih dan kering selama 2 minit. Kalau soft cheese masih berketul lagi. Tambah seminit lagi.
Kedua... Masukkan gula dan teruskan memutar lebih kurang 2 atau 3 minit. Agak-agak gula dah sebati. Cukup. Masukkan tepung pula. Sambung pukul lagi. Kaup adunan di bahagian tepi mangkuk yang kurang mendapat perhatian mixer. Pukul lagi selama 1 minit.
Ketiga... Masukkan telur yang sudah dibasuh dan dikeringkan SATU PERSATU. Bukan sekaligus. Satu biji kemudian putar. Pecahkan yang kedua kemudian putar. Sampailah ketiga. Kemudian putar sampai semuanya sebati.
Keempat... Masukkan esen vanilla dan jus lemon + parutan kulit tadi. Putar sehingga sebati dalam 1 minit. Kaupkan lagi sekali adunan bahagian tepi mangkuk yang sememangnya kurang mendapat kasih sayang (hoho) dan pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Selepas dibiarkan kesejukan di dalam peti ais semalaman. Inilah hasilnya. Petua kami ( sifu dan saya. eceehh nak masuk jugak nama.) Buatlah cheese cake di waktu malam. Ini untuk mengelakkan suara-suara sumbang yang akan bertanya.
Nak lagi geram kalau yang besar pun sama naik dengan anak-anak jugak. hahaha. Bukan tak faham bahasa. Tapi dah TERUJA tengok cheese cake yang GEBUSS itu kan. hehehh.
Nak nak lagi bila tengok yang dah siap berhias dengan strawberri pulak. Aduii. Mana boleh tahan. hehe. Habis semua diet dah dicampak ke laut.
Alhamdulillah. siap juga entry ini. SELEPAS DIPERAM SELAMA 10 HARI. Pheeww.. Rentung hangus kalau masak macam ni. (kuengkuengkueeenngg.)
Untuk Oreo Cheese Cake tak tahulah bila boleh siap entry. huhu. Inchek Morphy Richards dah tak sabar tunggu nak ajak dating. huahua. Bertimbun baju tak gosok lagi. T________________T

Sebaik-baiknya semua bahan berada dalam SUHU BILIK. Untuk memudahkan kerja-kerja nanti.

Agak-agak adunan anda dah jadi seperti gambar di atas. Oklah tu. Lulus dah jangan risau. heheh.
Masukkan adunan cheese ini ke dalam tin. Goyangkan sedikit untuk mendapatkan permukaan yang cantik.
Membakar Dengan Teknik Waterbath.
Satu... Potong dua keping aluminium foil yang sama panjang. Agak-agak boleh menutup sekeliling tin cake. Bentangkan dalam kedudukan satu melintang dan satu menegak.
Dua... Letakkan tin cake di atas aluminium foil. Balut sekelilingnya dengan kemas.
Tiga... Letakkan tin di atas loyang pembakar seperti gambar di atas. Masukkan dahulu loyang ke dalam oven. Kemudian baru masukkan air panas di sekeliling loyang. (Faham tak..?) Dari anda semua letakkan air panas dahulu baru masukkan dalam oven. BERAT, PANAS dan BAHAYA.
Suhu Untuk Membakar.
Selepas membakar 4 biji cheese cake bersama sifu. Yang terakhir 1 biji sendiri ( dah pandai la kononnya kan. hehe). Saya telah menukar suhu dari 170'C kepada 150'C selama 50 minit. Dengan suhu ini cheese cake anda akan menghasilkan permukaan yang CANTIK, GEBU dan YANG PASTI (Insyaallah dengan izin ALLAH) TIDAK MEREKAH.
Selepas 50 minit, anda akan melihat seolah-olah permukaan di tengah-tengah kek tidak masak. Bila digoyang sepertinya masih lagi lembik bukan. TAK APA. Itu memang akan terjadi. Makanya, keluarkan tin pembakar yang mengandungi air tadi. Biarkan tin cake di dalam oven selama beberapa jam. Kek akan masak dengan lebihan panas atau haba yang masih ada di dalam oven. Selain itu, ini untuk mengelakkan cheese cake sejuk dengan MENGEJUT yang mana akan membawa kepada kemungkinan untuk MEREKAH. Ohh Tidak.. Mohon dijauhkan.!! huahua.

Tadaaa... Inilah hasilnya. Lemon Cheese Cake yang MENJADI.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah swt.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah swt.
Selepas dibiarkan kesejukan di dalam peti ais semalaman. Inilah hasilnya. Petua kami ( sifu dan saya. eceehh nak masuk jugak nama.) Buatlah cheese cake di waktu malam. Ini untuk mengelakkan suara-suara sumbang yang akan bertanya.
" Ummi, bila boleh makan..?"
"Mama, lambat lagi ke nak siap..?"
" Ibu, kakak nak rasa sekarang boleh tak..?"
"Mama, lambat lagi ke nak siap..?"
" Ibu, kakak nak rasa sekarang boleh tak..?"
Nak lagi geram kalau yang besar pun sama naik dengan anak-anak jugak. hahaha. Bukan tak faham bahasa. Tapi dah TERUJA tengok cheese cake yang GEBUSS itu kan. hehehh.
Nak nak lagi bila tengok yang dah siap berhias dengan strawberri pulak. Aduii. Mana boleh tahan. hehe. Habis semua diet dah dicampak ke laut.
Alhamdulillah. siap juga entry ini. SELEPAS DIPERAM SELAMA 10 HARI. Pheeww.. Rentung hangus kalau masak macam ni. (kuengkuengkueeenngg.)
Untuk Oreo Cheese Cake tak tahulah bila boleh siap entry. huhu. Inchek Morphy Richards dah tak sabar tunggu nak ajak dating. huahua. Bertimbun baju tak gosok lagi. T________________T
Apa pun. Selamat Mencuba ye..!!
~nak suap Fatih makan sambil tengok Adamaya~
=D

27 comments:
ya ampun nakpak sangat sedap.. dengan strawberry tersusun ada warna merah dengan hijau.. nampak menarik n sedap sangat...
terliur sgt :(
hari tu blueberry cheese cake.slurrpp slurpp.bile nak ade mase ni..
LoL..ya ampun.. nasib awk x pregnant. hehehh. hiasan tu yg lebih ye =)
ainmusa..ada satu lg.. oreo cheese cake. =)
xpa. ada masa nanti buat lah..
Salam kpd tuan rumah ..
Terima kasih .. sedapnya I cuci mata dgn cheese cake yg beranika rupa. Kononnya dah jot down resipi lemon cheese cake (sbb kat rumah ada 4 biji lemon); tapi kenapa rasanya mcm susah aje I nak buat? Isshhh.. :-(
wsalam somuffins..
sama2.. jgnlah cuci mata ja.. ringan2kanlah tgn terus. heheh
rasanya lemon cheese cake paling mudah nak buat =)
err.. semua mudah kot.. ngeee
walla...meliurkan sungguh la ciskek mu itu irma...:)
kak liyana.. ada masa boleh cuba =D
lovelynya ciskek ni..
thanks for sharing..my mom going to love it..
nice blog here.
kak, jap, yang CHEESE tu bile nk campur ngan telur tu.a fter da kacau cheese tu btol2 ke? ta tertulis bile nk campurkn cheese tu.
sharul.. telur tu diputar dalam mangkuk cheese jugak..
hai..nk tny..b4 bakar..kne panaskan oven dlu x?
ijati..
boleh juga. panaskan 5 min sebelum masukkan bekas.
Salam Irma, wow nampak menarik kek, dgn color combination, mesti rasa sayang lak nak potong n makan .. anyway nanti nak cube recipe Irma ni, cuma nak konpemkan size loyang yang Irma pakai, 8" yeh? aritu saya ade buat cheese cake pakai loyang 10" tapi jadi nipis la pulak kek nye ...huhu
wsalam siti.
sy pakai 9 inc punya loyang. lebih kecil size loyang lebih cantik. nanti adunan jadi tinggi.
Wah. Mesti best. Tapi pernah ke org buat kek ni gune pengukus? hu3~
bestnye. Tapi boleh ke buat cheese cake gune pengukus?
kak ade resipi chesse kek..pakai whipping cream,tepung jagung ngn cream of tartar..sy confuse laa kak semua tue..len rasa ke nanti..per function semua lau letak semua tue..
cik papau.
ehm.. akak tak pernah lagi cuba resepi lain. cik papau kena tanya org yg guna bahan tu.
maaf ya. akak pun tak tau nak terang camana.
Hi..Nice cheesecake.kalau buat tanpa biskut digestive just the cheese boleh tak?
wah...mcm sedap..slurppppp
sedap ar....slurppp
mana nak beli soft cheese tu ye kak irma?
kak mana nak beli soft cheese tu kak irma?
...Ada tak resepi kek tiramisu & puding roti bakar dengan kastard sos.
salam akak , lemon ni , kena perah 2 bijik tu ke ? and keju tu sy guna sebuku keju philadelphia . rupa mmg cun dah . tapi bila makan masamnyaaaaa . sy silap dekat mana ye ?
err..tadi ada msg tapi goggle cant accept pulak...anyway, from my research and experience, 2 biji lemon tu mmg cukup untuk di parut tapi juice cuma ambil 3 tbsp. Kalau ambil juice from 2 lemons ia akan jadi terlalu masam. Dalam recipe ni juga ada sebut "2 bekas soft cheese"??? Its quite misleading, i am using 250g which is turned out very nice! Perlunya kita untuk meletak measurement yg tepat untuk cake sebegini, ataupun letak kan gambar "bekas" yg digunakan untuk soft cheese sebagai panduan kepada org2 yg baru belajar, sebab tak semua org tau apa bekas apa yg dipakai. As salam.
camne cara nak letak dr tin cake ke papan cake tu. sy buat mesti berterabur biskut base tu. ni pakai yg tin cake boleh buka tepi kan
Post a Comment