Saturday, April 24, 2010

Cherry Blossom At Nottingham University..



Assalamualaikum wbt...


Salam penghulu segala hari yang penuh keberkatan ini. Salam petang Jumaat.


Semoga kita semua dalam rahmat, kasih sayang dan maghfirah dari Allah swt...


Ini cerita hujung minggu lepas. Dengan izin Allah swt kami (kak ct sekeluarga & saya) dapat bermusafir ke Nottingham (senang sebut - Notts). Ini kali ketiga saya sampai ke Notts. Tiap tahun mesti sampai. Alhamdulillah. Apa yang kami hajatkan dengan musafir itu dapat terlaksana dengan baiknya.



Ok. Ini cerita kami. Cerita saya dan anak-anak semasa di Notts. Kami jalan-jalan di Nottingham University untuk bermain di playground ( sedap pulak guna perkataan playground ). Oh.. tapi saya tak nak cerita kisah di playground. Saya nak cerita tentang Cherry Blossom yang sedang lebat berbunga di tepi playground.


Sebelum tu, masa cuti Easter saya dah bawa anak-anak ke Greenwich Park. Selain daripada alasan nak raikan mereka sedang bercuti. Saya sebenarnya nak tengok Cherry Blossom yang sedang berbunga lebat di sana. Dua tahun di sini, saya tak berpeluang untuk mengambil gambar di sepanjang jalan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok Cherry Blossom. Kononnya memandangkan ini tahun terakhir (insyaallah. doakan ye) tak naklah lepaskan peluang. hehehh.


Allah izin, Cherry Blossom takda. Samada dah habis gugur atau belum gugur. Saya tak berani nak belek pokok sebab ada anjing yang tak bertali dengan tuannya sedang berpiknik di sana. Tengok dari jauh dengan perasaan sedih. sob. sob. Dalam diam saya pujuk hati. Takpalah. Allah tak izin. Dia ganti dengan pemandangan dari bunga-bunga Daffodil yang masih segar berdiri dan tanpa disangka dalam kami sambil berjalan berjumpa dengan Tulip yang masih malu-malu nak berbunga. Subhanallah. Masyallah. Sekejap sahaja Allah pujuk hati ini dengan ciptaanNYA yang Maha Hebat.



Lagi buatkan saya terharu. Allah tak biarkan saya ralat dalam kesedihan kerana tak dapat menikmati pemandangan Cherry Blossom di Greenwich park. Rupanya Allah dah susun dengan sebaik-baik perancanganNYA yang saya akan menikmati keindahan bunga-bunga ini di Nottingham. Alhamdulillah.



Lebih menyeronokkan saya dapat bersama-sama menikmati keindahan Cherry Blossom dengan anak-anak yang sangat saya sayangi di bumi Uk ini.



Teruja betul Aisyah membaling kelopak bunga.



Membiarkan mereka bebas leka bermain dengan kelopak bunga yang bertaburan di lantai bumi.



Khusyuknya Fatih memerhatikan ciptaan Allah ya sayang. Apalah yang bermain difikiran Fatih tu..? Kalaulah saya dapat baca fikiran Fatih. Boleh kongsi dengan anda semua. =)



Sambil duduk memerhatikan mereka bermain. Tangan saya juga ligat memicu kamera untuk dikongsi hasilnya bersama anda semua.



"Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun? Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)." (QS. Qaaf, 50: 6-8)



Subhanallah

Alhamdulillah


Walailahaillah


Allahuakbar





Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)



Cantikkan... Alhamdulillah. Segala puji-pujian kita kembalikan kepada Pencipta bunga ini. Saya diberi peluang olehNYA untuk berkongsi dengan anda semua.


Selamat berhujung minggu.


~ Pssttt... perasan tak. Awal mukadimah entry ini saya ucapkan salam Jumaat. Bila pos ini keluar dah jadi pagi Sabtu. heheh. ~


Wassalam...





No comments: