Sunday, July 3, 2011

Meh la tengok gambar. Tak habis lagi gambar kat kampung.

Assalamualaikum wbt.

Saya tengah tunggu pelanggan ambil cupcakes. Tak tahu pukul berapa dia nak mai. Sambil duk tengok drama tv3 ni dalam hati duk bosan tak sangka.

Sebenarnya saya dah rindu nak balik kampung. Keadaan tak mengizinkan untuk pulang. Kerja sedang menunggu.

Jadi dalam duk bosan saya pun tengok balik gambar dan video masa di kampung. Rindunya nak jalan kat bendang. Dah sebulan ni mesti padi dah mula menampakkan buah kan. Saya agak ja. Mesti cantik.


Adegan berani mati. Cewah. Takde maknanya. Jalan kampung. Lengang. 


Masa saya ambil gambar ni, Wa Pin saya tegur. "Hang duk buat apa terpusing-pusing kat situ?" Datang Ucu saya terus bagi penerangan panjang lebar. " Haa. tu la gheja dia. Duk ambik gambaq tak sudah. Duk kat dapuq, sebelum makan ambik gambaq. Dia tengok orang duk sembang. Ambik gambaq. Tu la gheja dia." 

Saya sengih besar dengar cakap Ucu. Hahaha. Ucu pun dah tahu perangai saya. Suka ambil gambar. :)

Pernah sekali lampu flash menyala bila saya ambil gambar senyap-senyap. Habis melatah orang tua kat dapur yang tengah bungkus pulut nyior. Lepas tu kena penampaq manja dari Wa Tam. Sebab dia yang paling dekat dengan saya. 


Pengiring peribadi saya (ewaahhh) sepanjang cuti di kampung. Tak cukup sorang lagi. Wawa. Dia tidur masa kami semua keluar. Depa ni la yang bawa saya pusing kampung. Kalau takda depa, saya SEGAN nak jalan sorang sambil bawa kamera. :P


Air yang tenang, pasti ada bayang. :D


Inilah nikmat duduk di kampung. Tenang. Takpalah takde Mymydin kat bawah rumah. Takde Platinum Walk nak makan kedai. Takde pemandangan KLCC dan KL Tower di luar rumah. Sekali sekala dapat pandang sawah padi yang menghijau memang lupa sekejap rumah di KL. Alhamdulillah. Syukur saya masih ada kampung. 


Tali air. Kami jalan dari sini sampai hujung sana.


Subjek utama kita ialah pokok kelapak. Ya, kelapak. ;D


Tok Su Din saya. Sebelah kanan sana tu bendang dia. 


Subjek semakin dekat. Apa lagi. Pokok kelapak jugak. ;P


Berkawan dengan sepupu yang masih muda, saya pun jadi muda sekali. Euww. ;)


Saya tercari-cari patung tipu yang biasa dipacak kat tengah sawah. Patung yang tangan terdepang konon nak takutkan burung yang suka makan padi. Tak ada. Yang ada ni haaa. Sarang burung yang tak ada pun burung. Eerrrr... ke kena tunggu padi masak baru ada patung tu ye..? ~ehhmm...~


~ Dalam air ku terpandang wajah. Adikku yang ku puja ~

~ lalala.... laaaa ~


Dah senja. Tak boleh lama-lama kat bendang. 

Moh la kita balik. Sebelum balik tu ada pemandangan bangau pulang ke sarang. 

Siapa yang belum tengok lagi. Meh klik sini. 

Klik.  Klik.  Klik.

Tak rugi tengok.


Sampai saja rumah Wawa duk menangis sebab kami tinggai dia kat rumah. hihi. Sian la pulak. Esok pagi dah kena balik KL. Sekejap je dua minggu kat kampung. Raya ni tak tahu lagi balik ke dak. :(

----> Kejap tadi kakak tu kata tak leh ambil kek malam ni. Esok la pulak. 

~Ehm.. Apa nak dikata. Tunggu ajelah~








11 comments:

nur easy said...

subhanallah.. cantik kgnya..;)

eni osman said...

cantik la kg...kg irma dkt mana?

nieda said...

indah pemandangan kt kampung..best dpt hirup udara segar..pagi2 nyaman je.

p!nkerton said...

best kan skali skale dpt layan nikmat duduk kat kg ;) takyah pikir jammed, duit, pakai kain batik pegi sana sini pun takde org kisah :D

sweetsal said...

rindu la pulak kt kampung, macam kpg akak la, kalau blk mesti nak pi belakang rumah, ada bendang blh tangkap ikan..bestnye..hehe

Kancilbiru said...

damai nya rasa...tenang sangat. pasni boleh buat wallpaper PC...ekekeke

Adzrien Shoppe said...

sejuk mata..

Anonymous said...

hai irma. ni kg saya ni.kg selinsing,rumah saya kat area skolah keb. dato' alaudin tu.umah irma kat area mana ni?

Fazlinil Irma said...

rumah tok sy dekat dlm lg. dekat tiang letrik besar. rumah pagar oren.

Anonymous said...

hai ..sy fairus.saya kawan wani yg amik kek awak smalam.sedap kek awak tu.byk lah tiang letrik kat kg tu,xleh nak perasan umah atok awak yg mana 1.

Fazlinil Irma said...

hai fairus. terima kasih.

dr kedai hulu.. tiang eletrik yg paling besar pertama. rumah tok sy belah kiri. sy rasa ada gambar rumah tok sy dlm entry lepas.

carilah. :)