Assalamualaikum wbt.
Tiga hari saya di rumah mak. Saja. Bila takde tempahan boleh la nak balik sana. Macam la jauh sangat kan rumah mak tu. eheh. 15 minit dah sampai.
Hari Isnin, mak masak nasi lemak untuk makan malam. Petang tu masa mak nak beli lauk, saya cakap teringin nak makan udang. Tak kisah la udang kecik ke udang besar. Janji udang.
Nampaknya bukan rezeki saya nak makan udang hari tu. Dah petang, udang kat kedai pun dah habis.
Esoknya, pagi lagi mak dah siap beli lauk. Mak suruh saya siang udang. Yeayy. Ada rezeki nak makan udang.
Sambil siang udang, saya cakap kat mak. "mak, orang simpan kulit udang ni. Esok kita buat mee kari." Sambal udang pun tak nampak rupa lagi dah merancang menu esok. :)
Resepi Sambal Udang dengan Belimbing Buluh.
Bahan-bahan :
500 gram udang
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sudu besar cili kisar
5 biji belimbing buluh -dibelah dua
1/2 cawan air
garam
Cara-cara :
1- Udang dibersihkan. Buang kepala dan ekornya. Kalau nak simpan kepala dan ekor pun boleh. Nanti boleh guna untuk buat air rebusan udang kemudian hari.
2- Tumbuk atau kisar kering bawang merah dan bawang putih. Bagi yang suka letakkan belacan. Boleh letak sekali semasa menumbuk.
3- Tumiskan bahan yang ditumbuk sehinggan garing. Masukkan cili kering. Masak sehingga pecah minyak dengan api sederhana.
4- Bila cili dah garing (pecah minyak), masukkan air. Kacau sampai sebati.
5- Bila dah mendidih, boleh masukkan udang. Masukkan belimbing buluh. Biarkan sehingga udang masak dan kuah pekat.
6- Hidangkan dengan nasi panas. Perghhh... saya pulak telan liur bila ingatkan balik sambal udang mak. ;)
Hari sebelum tu saya mengadu kat mak senak perut. Tak sedar yang seharian saya tak makan apa-apa. Tup.. tup balik dari Jusco saya habiskan air teh Boh dalam tin. Memang cari pasal lah nak kena tazkirah pendek dengan mak.
Jadi masa makan nasi ni mak dah siap petik pucuk berbuas dan pucuk kaduk. Belum makan dah kata pahit lah. Tak nak lah. Tak sedap lah. Bila dah mula makan. Eh, sedap lah pulak. Rasa pucuk berbuas tu berangin macam daun pudina. Sambil makan, mak pun bercerita. Pasal orang dulu-dulu yang badan masih sihat sebab amalkan makan ulam. Makan pria katak. Gulp.
Saya selain dari pria katak boleh lagi. Masa kerja dengan Kak Siti pun bila dia beli pria katak. Kak Siti yang masak. Saya makan udang dengan suun ja. hehe. Saya akan cuba satu hari nanti yang entah bila.
2 comments:
nyum nyumm...sdapnye tgk mkanan2 ni...membangkitkan rs nk mkn...huhu... jamu mata aje la.hehe..
kak..follow la blog sy.. bru je wt blog..blogger baru..tunjuk ajar ye..
bestnya...dapat makan yang mak masak.. saya dari darjah 5 dah masak sendiri. sampai sekarang bila saya balik rumah mak, mak akan pesan siap2, singgah makan kat mana2 sebab mak saya tak masak kat rumah.. masa lepas spm, mak saya buka kedai makan, setiap pagi bangun masak sampai kul 11. kul 12 siap2 gi blaja keta amik driving licence.. itulah rutin saya lepas spm sampailah masuk u.. dulu masa sekolah saya duk asrama, bila balik hujung bulan, saya tak merasa masakan mak, sebab mak suruh saya masak... saya rindu ada mak yang bila kita balik dapat rasa masakan dia.. bukan dia tak pernah masak, tp bila masak, kadang2 dia merungut penat..itulah antara sebab ipar2 saya tak suka balik umah mak saya, sebab mak saya kurang entertain mereka... entahlah...benda ni dah lama terbuku di hati saya, tp sy tak tau nak cerita kat sape. tapi kalau dengan adik saya, mak saya masak. baru2 ni saya chatting ngan adik saya, saya tanya mak buat apa? dia kata mak masak, mak masak ikan pekasam masak sambal... terliur saya... bila fikir2, sy terfikir, mak saya cuma syg adik sy ke? panjang dah sy merepek ni.. tp ada bnyk benda yg terbuku di hati saya
Post a Comment