Wednesday, July 6, 2011

TER....beli juga akhirnya.

Assalamualaikum wbt.

Tadi saya ke Jusco Wangsa Maju. Nak beli stok strawberry dan blueberry untuk pavlova. Sampai je dekat supermarket Jusco boleh pulak melencong naik escalator. haha.

Dalam hati konon nak jamu mata ja. Bila dah sampai syurga buku saya, MPH. Fuh... fuuhhh. Banyaknya buku baru. Berpeluh dah dahi. Tangan dah terketar-ketar membelai buku yang ada. Dalam duk membelek buku yang banyak, saya nampak penulis kesukaan saya punya buku baru. Alahai, nak tak nak je ambil. Saya ni kalau buku penulis kegemaran, tak best pun saya beli. Menambahkan koleksi yang wajib ada. 

Lagikan kalau dah best. Memang dalam terketar-ketar tangan mengambil. Kuatkan semangat pergi ke kaunter. Letak dan bayar. 

Phewww... sampai sekarang rasa bersalah tu masih ada. Bukan apa. saya masih ada 10 buah buku lagi yang masih belum habis dikhatamkan. Bukan novel. Buku motivasi. Tu yang nak juga beli buku ni. Kononnya nak bacaan santai la kan. ~alasan~ ;P


Saya pilih untuk baca buku Anis Ayuni dulu. Nampak gaya ada yang berjaga sampai 3-4 pagi ni kang. ;)







8 comments:

Lelord said...

hohohohoh ni yg x saba nk balik mesia bulan dpn

saudah said...

Anis Ayuni pun my fave author..

notie said...

Wah peminat kak anis juga ke? Baca jangan tak baca. hehe. Aleya tu pun best juga. Akak memang minat keduanya sejak buku pertama dan sentiasa menunggu buku terbahru mereka. Lagi satu Aisya sofea pun best.

Novel kak anis "Saat kau kata cinta" tu best Irma sebab mengimbau kenangan di London. Masa akak pi sana novel tersebut akak bawa dan gunakan buat panduan jenjalan di London.

opss salam perkenalan dari akak. Selama ni silent reader je tapi bila buka topik novel terus teruja nak komen.

~EcahAbu~ said...

kejadian TER ni memang selalu berlaku

yellowie roses said...

dah khatam dahhhhh hihih~

Cik Wani said...

anis ayuni is my fav...
but novel yg akk bru beli tu xsmpat nk beli lg..
muka dpn dh nmpk mnarik,crita dlm msti gempak pnye!!

btw.. jom komen kt link wani ni

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

アヌム ちゃん said...

cover pun dah nampak comel tu..heeee

Minsofea said...

novel karya HLOVATE dah pernah baca??? best sangat!!! banyak ilmu dlm novel dia....