Saturday, July 9, 2011

Resepi Chili Con Carne.

Assalamualaikum wbt.

Sekarang saya sedang menonton Enchanted di TV2. Cerita ni saya dah tengok masa kat London dulu. Ni sajalah tengok lagi. Sambil tengok cerita, tangan menaip entry untuk hari Sabtu. Ada faedah juga kan. Berkongsi resepi dengan pembaca saya. Mana la tahu. Ada yang tergerak nak mencuba resepi baru hujung minggu ni.

Sedaaapp..!! nyum. nyum. ;D

Nama resepi hari ni Chili Con Carne. Saya tahu menu ni dari perbualan dengan Fatimah di YM. Saya tanya dia makan apa..? Fatimah bagitahu ummi ( Kak Siti) masak Chili Con Carne. Saya pun cepat-cepat Google nak tahu. Macamana rupa Chili Con Carne.

Oh... Ini ke rupanya. Nampak sedap. Mari kita cuba. ;)

Sebenarnya saya dah beli bahan untuk buat CCC (dasar malas nak menaip. haha) ni dua minggu lepas. Seru tak sampai lagi masa tu. Hari ni dalam duk kalut siapkan tempahan untuk Salimah, sempat lagi saya memasak CCC. Alhamdulillah, siap bekalan untuk seminggu. ;P

Inilah resepi yang saya nak kongsi bersama kalian semua. ;)


RESEPI CHILI CON CARNE.

Bahan-bahan :

500 gram daging cincang
3 biji bawang besar Holland dipotong dadu
3 biji bawang putih dimayang halus
3 biji tomato di potong dadu
1 biji cili benggala dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 tin tomato cincang - saya guna sos spaghetti jenama Kimball
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 tin kacang merah dibuang air
1 kiub pati ayam
1 cawan air
Garam

Tambahan - saya terlebih bijak letak cheddar, mixed herbs dan oregano dalam kuah CCC. Saya suka. ;D

Resepi asal menggunakan serbuk kulit kayu manis. Pastu macam-macam la herbs yang lain. Bila ikut tekak melayu kita ganti je dengan serbuk kari. Kan sonang..! ;)

Cara-cara :

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili garing. Masukkan rempah kari. Kacau sampai semuanya sebati dan pecah minyak.

Masukkan daging cincang. Tuangkan air. Sambil kacau hancurkan daging dengan hujung senduk. 

Masukkan tomato yang didadu, sos tomato Kimball dan cili benggala. Masak dengan api perlahan.

Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam. Kacau jangan sampai hangit. Nak tambah air dalam setengah cawan pun boleh. 

Akhir sekali masukkan kacang merah yang sudah ditoskan airnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Kemudian boleh tutup api.

Chili Con Carne sedap dimakan dengan nasi, spaghetti, kentang goreng atau nak lagi western carilah chip jenama Doritos. Kat Malaysia takde. Saya pun belajar makan Doritos masa kat London. Sedap chip dia..! :(

Oklah, tak mau cakap panjang lagi. Cubalah sendiri ya. Tak rugi.Sebab... saya sendiri dah masak untuk bekalan selama seminggu. ------> Senang. Tak payah fikir nak masak apa selama seminggu. Hooyeaahh..!



Enchanted pun dah habis. Moh la kita tidur. ;)

4 comments:

sweetsal said...

blh tahan sampai seminggu ke..wahh tak payah masak hari2..tu mcm kuah spagheti bolognise kan..nampak sedap dan menyelerakan..kalau rajin nk try buat..hehe

アヌム ちゃん said...

alamak..setiap kali dtg rumah akk mesti byk makanan sedap2..nangis tengokkk..sob2..

meh2 sy sembur sikit kat akak..kasi rajin buat drop down widget tu..hihi :D

'idun sa'idun said...

Akak pun suka mkn ccc ni.. (heheheh tiru irma gak la, malas nak taip penuh heheh) Penah cuba resepi style cmg dan juga style jamie oliver. dua2 pun sedap.. cuma akak tengah mencari resepi ccc yg original.. hehehe nak gak tau rasa ori dia mcm mana.. :)

Sue Aleen said...

CCC ni akak kenali melalui games The Sims.. hehehe... sabo je la kan...