Assalamualaikum wbt.
Salam hujung minggu. Dua hari lagi Ramadhan bakal tiba. Allahumma baligna ramadhan.
Tadi saya buat apam polkadot untuk jamuan sempena menyambut ramadhan di rumah Danau. Makin lama saya jadi seronok duduk membuat dot-dot atas apam tu.
Sambil mengedot mulut pun jangan lah diam. Meh la kita berzikir. Bila ingat mulut tak henti berzikir. Makin lama eh senyap. Ralit mengira dot-dot sampai tak sedar mulut dah tak berbunyi zikirnya. :)
Bayangkan kalau kita buat 100 biji apam polkadot. Kali dengan 6 butir dot-dot tu. Subhanallah. mudah kan nak peroleh pahala.
Buat sorang-sorang ambil masa lama sikit nak habis. Masa ni teringat dekat tiga beradik. Seronok kalau dapat buat apam polkadot dengan dorang. Mesti masing-masing nak pilih warna sendiri. Syakirah dengan purple dia. Fatimah dengan warna biru. Maryam suka pink.
Rindu. Panjang umur (insyaallah) kita akan bertemu Ramadhan. Moga Allah beri kekuatan pada mereka untuk berpuasa. Tahun ni puasa jatuh ketika musim panas sedang berada di puncak waktunya. Siang di sana antara Subuh sehingga ke maghrib memakan masa lebih dari 15 jam. Barangkali tahun ni 17 jam lamanya. Tahun lepas kita di Malaysia dah masuk sahur untuk hari kedua, mereka baru nak berbuka hari pertama.
Memang cabaran yang memerlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Moga Allah limpahkan keduanya buat mereka.
5 comments:
comelnya apam. saya pun suka bila nak letak dot2. lagi seronok bila buat dengan adik2.
tapi kan, saya penah try 3 kali buat apam ni dan tak menjadi. rasanya dah ikut macam step dlm resepi. boleh dimakan tapi bentuk tak ok. tak kembang pun. ada apa2 tip tak? kalo boleh nak cuba lagi sampai menjadi.
cantik, kemas jer dot dot irma..suka suka..
Assalamualaikum Kak Irma.
Saya nak tanya kalau pergi snowdonia tu, penginapan mudah tak? Dan kalau dari London mudah naik train atau bas atau flight? Maaflah lari topik dah. :) Jazakallah.
irma,terharu terharu...irma still ingat kami di sini...mmg puasa this year lagi lama dari last year. just over 17 hours. dan fatimah dah start tanya: "ummi, if subuh at 3.15, thsn you have to wake me up at 2 am, right? oh noooo!" kesian gak ...sbb mlm pun dah tido lambat sbb isya' lambat kan. doakanlah depa naa...dan kami juga.by the way, last week syakirah buat choc chip cookies dan fatimah buat zingy peppermint (rasa mcm chocolate aero) , all by themselves!!!!
ok irma.....selamat menyambut ramadhan. semoga berusaha utk mentarbiyyah hati dan diri di madrasah ramadhan ini. lots of love, k siti
salam sis,mcmane nk letak dot dot tu sama je?
Post a Comment